CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Thursday 8 December 2011

TUKARKAN KEPADA SESUATU YANG LEBIH BAIK


Di dasar laut yang bening dan jernih, tinggal sepasang tiram yang sederhana besar bersama koloninya yang melekat kukuh pada sebiji batu yang besar.  Makanannya mudah didapati di situ dan habitatnya juga sangat sesuai untuk koloni tiram
Suatu hari, arus deras tiba-tiba mengalir sangat deras sehingga menerbangkan butir-butir pasir di dasar lautan tersebut.  Sepasang tiram tersebut tidak sempat menutup cankerang mereka dan terpaksa menelan beberapa butir pasir yang termasuk ke dalam cangkerangnya.  Mereka cuba meludah-ludah pasir-pasir tersebut, tetapi tidak mampu.
Mereka cuba mengangakan cangkerangnya, namun mereka berdepan dengan risiko lebih banyak pasir termasuk ke dalam cangkerang.  Setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, tiram tersebut memberikan satu cadangan kepada pasangannya "Jika kita tidak boleh mengeluarkan pasir ini, apa kata kita cuba tukarkannya kepada sesuatu yang lebih baik?".  Pasangannya bersetuju tanpa sebarang bantahan.
Setelah bertahun-tahun butiran pasir itu berada dalam cangkerang tiram itu, akhirnya terhasillah sesuatu yang berharga.  Warnanya putih bercahaya.  Itulah dia sebutir mutiara yang asalnya hanya pasir.

Sumber : Solusi

0 comments:

Post a Comment