CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Friday 2 September 2011

Apam Lapis dot dot...

salam....dah lama tak update n3 nni....hari ni hari jumaat...tak tau nak buat apa...pastu plan ngan adik...kita buat apam polkadot... barang2 adik yg beli, buat pun dia...tang menghias ni kakaknya lah..hehehehe...itu yang ada yang dot2 ada yang berbelang2 tu.... adik amik resepi kat kawannya nama wan fatimah... cuber kita tengok resepinya...senang yoooooo....


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@kaya@coklat ,apa2 ikut citarasa
  • pewarna


Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan dalam mixer....mix sampai putih....
  2. susu berselang seli dengan tepung
  3. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  4. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  5. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  6. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  7. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  8. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak