CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Thursday 30 August 2012

Origami dompet kertas

assalamualaikum semua. sihat ke tak? alhamdulillah aku diberi lagi kekuatan dan kudrat untuk menaip dan berkongsi idea dengan kamu semua.  tadi aku ada buat satu projek dengan anak-anak murid aku yang berada di tahun 1. tajuk hari ini ialah membuat satu origami.. origami ini ialah satu seni lipatan kertas yang berasal dari Jepun.  aku hanya ingin membuat satu projek yang mudah bagi kanak-kanak yang berumur 7 tahun. sangat mudah tetapi perlu diberi perhatian sepenuhnya.  biasalah ada benda yang mudah tetapi cerewat kan. so, setakat yang aku ajar tadi seramai 23 orang murid semuanya, yang tidak dapat menyiapkan origami dompet ni hanyalah 2 orang sahaja.  so, maknanya boleh la dibuat oleh semua orang jika dibuat berulamg kali pasti boleh kan.  takde lah susah mana pun. so, ni cara- cara nk buat origami ni erk.. ada anak murid aku tanya "teacher, kita nak buat origami warrior ker.......? " .  aku pun jawablah " origami warrior tu seorang pahlawan, tapi pahlawan tu kalau nk makan kena gak pergi makan, nak makan kena la ada duit, so duit tu nk simpan kat mana semua ...?" ... anak murid aku pun jawablah " kat beg duit teacher.."... aku pun senyum la........" pandai semua anak murid teacher ni, beg duit, purse dan dompet tu sama lah, so hari ni kita nak belajar bagaimana untuk meghasikan satu dompet yang diperbuat daripada kertas, jom mulakan langkah demi langkah, kita buat sama-sama dan satu persatu yer..........."

so, jom kita buat sesame erk.........

sediakan kertas berukura A4, lagi cantik jika ianya berwarna.  boleh la ikut step bu step ke bawah yer... rasanya tak la susah sangat nak ikut kan.. selamat nmencuba.......























Monday 27 August 2012

Roti Jala Umieez

hehehehe......... cam menyampah je kan bile tengok tajuk camtu... suke ati ler nk letak nama makanan yang aku masak kan... ha, hari ni nak ajar masak roti jala... hehehe... macam la orang lain tk reti masak roti jala erk.. resepi cam biasa tu jer.. cuma, dari segi rupa nak bagi menarik jer..

asal usul roti jala ni aku tak pasti jugak la.. tp yang pasti nk buat roti jala ni kena ada acuan yang berlubang..macam yang sebelum ni, acuannya ada lima lubang kan.. cam yang ini..


 yang asal ni memang kejadian roti jala tu amat la berkirai sana sini la rupanya setelah siap dimasak tu. yang terbaru ni sekarang pulak, dijadikan dalam bentuk botol yang ada muncung 3 tu.. pernah tengok tak.. yang ni maksud aku..

so, korang buatlah pilihan,samada nk seperti yang di atas ata bawah belah atas ni... macam aku, dua benda tu aku ada.. terpulang la.. kalau ikutkan hasil yang cantik, pastilah yang bawah tu cantik.. nk tengok tk hasilnyer.. jeng... jeng... jeng..


ha............ teruja tak..? tak...? ikut suka ko la... nak resepi ke tak ? nk bagi ni... kalau korang nak resepi ni amik ler, taknak puk tkper... sama je lebih kurang ngan resepi orang lain ni pun...
BAHAN-BAHANNYER
1 cawan tepung
1 biji telur ayam bukan dinasour ke ape ke..
sedikit garam
air susu segar / air paip biasa pun boley la... agak agak la, jgn byk sangat nanti cair pulak
* pewarna makanan, aku pakai merah dan hijau...

CARANYER LA PULAK KAN...
1. masukkan semua bahan kecuali * ke dalam blender..
2. blend la sampai sebati
3. bahagikan adunan tepung tu kepada 2 bekas ( aku pakai 2 botol yang ada    
    muncung 3 tu )
4. titiskan pewarna ( cam aku prefer warna hijau, satu lagi warna merah )
5. panaskan kuali dan lenserkan minyak ( aku basahkan tisu dengan minyak 
   makan, pastu lenserkan kat kuali   , ikut suka korang la nak pakai yang non-
   stick ke ape ke kan )
6. picitkan bancuhan tepung merah dulu ikut suka jalur nk banyak mana, pastu 
   buat selapis lagi warna lain lak atas lapisan pertama tadi, supaya jadi cam 
   tikar / jala..
7. tunggu sampai warna adunan jala tadi menjadi pucat sket
8. kira dah masak la tu, pastu angkat 
9. ada orang suka lipat dalam kuali tu jugak, cam aku angkat dan letakkan 
   dalam pinggan baru lipat.
10. taraaaaa...... dah siap la jala kita ..
11. pastu boleh la nak makan ngan kari ke, serawa durian ke, suka hati korang 
     la kan...



Buah zuriat

assalamualaikum semua........... alhamdulillah, allah panjangkan lagi umur kita untuk bertemu lagi kita pada post kali ini... kali ni nak post tentang satu buah yang dipanggil buah zuriat.. kenapa dipanggil buah zuriat erk..? sebab biasanya orang akan makan buah ni untuk mendapatkan zuriat.

Kebetulan aku ada seorang sahabat lama yang bernama Tarunnisah bt Jali. Beliau telah menetap di Mekah kerana mengikut suaminya bekerja di sana selama sudah beberapa tahun.  Kebetulannya dia mahu pulang cuti berhari raya di Kuantan, Pahang Malaysia ni.. aku pun ambil kesempatan ini untuk memesan beberapa biji buah zuriat ni dari sana. alhadulillah, allah makbulkan permintaan aku ni, sekembalinya dia dr sana, sahabatku ini telah membawa beberapa biji buah zuriat ini dan diberikan kepada aku.. seronok tk terkata.. terima kasih tahrun.... moga-moga tujuan aku mengambil khasiat daripada buah ini dengan izin allah dapatlah apa yang aku hajati, insyaallah....


ni gambar sebenar buah zuriat

 
ni setelah dipecahkan sabut luarnya

ha.... yang ini isinya yang tersangatlah keras


di bawah ini aku bagi tau la antara khasiat buah zuriat ni...


#Khasiat Buah Zuriat.
Buah zuriat ini dikatakan amat berkhasiat. Khasiatnya (dengan izin Allah SWT) adalah dapat menyebabkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.
Saiz buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. 
Kulitnya adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena menggunakan bantuan dan kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Rupa dalamnya pula macam sabut kelapa. 

#Macamana nak dapatkan buah zuriat.
Di mana nak dapatkan buah zuriat? Nak beli buah zuriat di mana? Ia hanya boleh didapati di Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan gua Hirak. Di situ saja yang ada buah nie. Harganya sekitar 25 sen sebiji. Kalau nak, kenalah minta tolong kepada sesiapa yang hendak mengerjakan haji atau umrah untuk belikan

#Kaedah dan Cara Makan Buah Zuriat
Terdapat beberapa cara makan buah zuriat yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencubanya iaitu :-

1.Cara Pertama
-Caranya ialah dengan menggunakan sudu lalu di ketuk-ketuk pada sekitar dinding buah zuriat (tak perlu di belah) bagi melembutkan kulitnya, seolah-olah seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

2.Cara Kedua
-Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan buah hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Selepas direbus, buah zuriat ini kemudiannya dibelah menjadi dua bahagian bagai pinang dibelah dua (hehe), dan ingatkan sekali lagi bahawa buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Anda di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum oleh suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah zuriat yang baru. 

#Tips-tips.
1. Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: 
“RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”. Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.

2. Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit, Insya Allah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya. 

Sunday 26 August 2012

...raya kat umah mak...

selamat hari raya untuk semua. memang la best dapat beraya kat kampung sendiri,dahtu pulak dengan mak dan abah.  alhamdulillah semuanya masih sihat. berkumpul dengan famili sendiri. raya pertama aku beraya di beraya di rumah aku la bersama-sama keluarga di sini. ni ada la sebahagia gambar bersama-sama keluarga aku.





Harapnya kedatangan Syawal tahun ni membuka 1000 kebaikan untuk semua ahli keluarga dan sahabat handaiku......

Monday 20 August 2012

Syawal..............

wah, alhamdulillah..syawal dah datang........... hari ni hari ke dua hari raya aidilfitri.. alhamdulillah dapat juga menyambut hari raya pada tahun ini.... yey.yey.yey..... tapi dalam masa yang sama kena say babai kat ramadhan.. uhukkksss.. sedih jugak sebenarnya sebab dalam bulan ramadhan la banyak nikmat dan keberkatan kita akan perolehi dalam bulan ramadhan itu.. doa2 lah agar dapat lagi berjumpa di ramadhan akan datang. semoga tahun demi tahun dapat juga kita upgrade tahap keimanan dan amalan kita.  semuanya dengan izin allah swt..


Thursday 16 August 2012

Nasi Arab @ Nasi Mandhi


Resepi aku dapat dr satu blog masakan juga.. lupa dah aku namanya apa.. sori,but terima kasih pada tuan punya blog tu... resepi ni sedap sangat taw.. cuba la.baru korang leh kata sedap ke tak...  kalau makan kat kedai,sah 2 la mahal kan. so apa kata korang cuba resepi masakan ni yang boleh korang buat di rumah sendiri ebih eratkan kasih sayang korang dengan famili lg kan......

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti mengikut kesesuaian beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
1/2 s/b lada hitam biji
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning @kunyit
2 helai daun pandan -disimpul (resepi asal x de)
sedikit daun ketumbar -dihiris (resepi asal x de)

Bahan utk menumis:
2 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
3 ulas bawang merah] dimayang halus
1 ulas bawang putih]

Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan stok ayam dan lada hitam.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning dan daun ketumbar. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk

Ayam Mandhi

1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 2
1 inci halia - diketuk
garam secukup rasa
air secukupnya (dlm 7 cawan)

Bahan A:

1 sudu teh zaffran – kak ez ganti dgn skit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
skit garam

Cara membuat:

Rebus ayam selama 45 minit bersama halia dan garam.
Angkat dan toskan. Simpan air rebusan utk masak nasi.
Lumurkan ayam dgn bahan A. Perap seketika
Selepas itu ayam dibakar selama 1 jam dlm oven pd suhu 200 C

Salata Hara @ Tomato Salsa

Bahan-bahan:

Buah tomato
daun ketumbar
cili padi
garam secukup rasa
jus lemon - akak guna cuka aje sodap jugak
sket bwng besar diptong dadu halus2

Cara membuat:

Mesin tomato, daun ketumbar, garam dan cili padi tanpa mengunakan air. Kisar kasar aje. Kemudian campurkan bwg dadu dan jus lemon/cuka.