CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Saturday 28 January 2012

Jalan-jalan kat kampungku.......

Assalamualaikum korang......... Hari ni aku takde mood nak cerita banyak...cuma nak tunjuk kat korang jer kampung aku di Kuantan... 

Gambar-gambar yang aku amik ni semuanya semasa bermain layang-layang di Pantai Batu Hitam..

Korang boleh tengok la kecantikan pemandangan ciptaan Allah swt ini.  Kagum kita dibuatnya...

Sori erk, 2 keping gambar terawal tu aku dah edit nak wat poster, tp still gojes nak tunjuk kat sini...

Subhanallah.....




Friday 27 January 2012

Cuti Sekolah

assalamualaikum semua... sudah lama tidak update n3 kali ini... ada masalah sedikit di sini...its okey....

cuti sekolah sudah pun berada di penghujungnya.... aku berasa sekejap sahaja masa berlalu.. hehehe....biasalalah kalau dah cuti memang rasa sekejap kan....

apa aktiviti aku semasa cuti sekolah ni? aku dah nekad cuti sekolah kali ini aku nak spend time ngan keluarga aku dan cuti secutinya... sebab apa? pasni aku kena study, takde masa nak cuti lama-lama... huhuhuhu...

Baru ni aku bawa anakanda anakanda yang ada ni pergi bermain layang2 di Pantai Batu Hitam di Kuantan... Seronok jugak layan budak2 ni main layang2... sebenarnya bukan mereka pun yang main... silap hari bulan, dia ntah ke mana..layang2 ntah ke mana.... 

sambil bermain layang2 tu, sempatah aku snap gambar view di pantai tu....wah, cantik betul pemandangan yang Allah kurniakan ini yer... subhanallah....sesungguhnya aku bersyukur kerana masih diberikan rezeki untuk kurniaanmu ini ya Allah...
alhamdulillah........

Tapi, gambar aku takde erk sbb tukang amik gambar kan..huhuhuhu


Saturday 21 January 2012

Komen..?


Salam......bertemu lagi kita....alhamdulillah.... korang sihat..?
hari ni aku nak cerita bab komen mengkomen... erk..?


nak dijadikan cerita adalah sorang adikku yang cute sangat di fb ni memberitahu aku yang aku telah komen satu blog ehem..ehem... di fb..maksudnya di group tu lah..

masalahnya komen aku tu berbaur (SG) la korang... adoiyai.. termalu pulak dengan teguran adik fb aku ni..OMG... 

Puas aku dok godek cari gali kat mana la group yang aku komen tu, berhari-hari tak jumpa..ingat nak delete jelah komen komen yang seksi sangat tu.. tapi tak jumpa la dik non...

mungkin apa yang aku komen tu komen yang bersesuaian dengan perbualan orang dewasa kan.. tapi, yelah sepatutnya aku berhati-hati kerana yang membaca juga bukan hanya orang dewasa sahaja..malah semua golongan....

so, korang...jangan jadi cam aku...komen ikut suka... moral of the story, ada orang suka apa yang kita buat dan ada juga yang berbulu dengan kita....king kong kah atau orang minyak...ermm? ada kena mengena ke?

Apa-apa pun, thanks pada adik manja yang sudi menegur akak yang comel ni...awwww......nak mention nama ker?  takyah lah, cukup dengan nama adik manja jer...........

adik...? adik...? mana ko ni.........?

ngeh...ngeh...ngeh....

Friday 20 January 2012

Balik kampungku........

Mungkin hari ni atau esok, aku akan balik kampung aku........wah, seronoknya.. rasanya semua orang suka balik kampung kan...mestilah best, sebab jumpa mak abah, adik beradik dan semua orang.  korang tak balik kampung ke dah time cuti sekolah ni? jom...........




Tuesday 17 January 2012



Hari ni aku penat sesangat... penat kenapa? penat sebab kerja banyak la sayang... kerja apa? hurmmm.. kalau mengeluh aje nanti tak dapat pahala kan..

Hari ni aku balik dari kerja orang azan maghrib baru sampai rumah.  Penat jangan cakaplah.  Balik rumah nak kena masak lagi, lipat kain lagi, kemas rumah lagi... adoiyai........tolong...... sapa nak tolong sila contact no ni yer..012-...... 

Dah sudah mandi dan solat Maghrib, perutku mula kedengaran menyanyikan lagu rock...ella... "pabila hujan mengundang suasana bahgia dalam hidup yang seindah....mimpi yang tidak pernah melukakan perasaan...."...hehehehe... kalaulah betul perut boleh menyanyi, sah dah takde radio dan mp3 ni..

tapi, kenapa lagu rock? sebab pagi tadi aje aku makan bihun kat kantin tempat kerja aku tu.  itu pun jam 7.30 pagi dan baru ni lah nak makan... laperrr...

sebelum sampai rumah tadi, aku singgah di kedai sebab dah penat dan tak terasa nak masak, so aku imagine that aku nak makan roti ajelah malam ni. aku beli roti gardenia dan vanilla waffle.

so, menu aku malam ini ialah vanilla waffle ngan sos butter.  sos butter? sos apa tu? ini resepi aku sendiri.. kalu korang nak tau sedap ke tak, boleh lah try sos yang simple sesangat ni...

RESEPI SOS BUTTER

3 sudu madu
1 sudu butter

CARA
Panaskan butter dan madu sekali dalam 10 minit je..

Apabila korang dah cairkan madu dan butter tu, bolehlah korang tuangkan atas waffle tu...

Cam aku, aku tambah lak ngan sos coklat feveret aku tu.. lagi mengancam lah rasanya..hehehehe

Walla, dah siap dah dinner untuk anak tekak aku malam ni....hurmmm..alhamdulillah, kenyang sudah.....

Bolehla try erk.... selamat mencuba....

Wednesday 11 January 2012

Sambal Siakap Portugis Petai


Hari ni aku tak nak membebel pasal lain.  Hari ni aku nak bagi resepi makan malam kat umah aku ni.  Hari ni aku rasa tekak aku nak makan ikan bakar lah.  Cari punya cari resepi dalam internet, terjumpalah aku dengan resepi CMG ni... korang mesti kenal dengan CMG kita ni kan... So, tanpa berlengah-lengah td, aku teruslah memasak untuk santapan dinner aku malam ni.

Actually, aku memang dah plan nak masak, so aku pergi pasar malam dan beli lah bahan-bahannya untuk sambal siakap portugis..dalam suasana hujan lagi...siap berpayung bagai sambil memilih ikan siakap yang cantik gitu!!

Sebenarnya aku pun tak tau kenapa dinamakan sambal siakap portugis ni.  Maybe, resepi ni berasal daripada orang keturunan portugis kot... Apa apa pun, terima kasih pada CMG kerana sudi berkongsi resepi ni.... wow, best...

baiklah ni resepinya, walaupun menderhaka sikit erk..


BAHAN-BAHAN 
1 ekor ikan siakap
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang serai
1 cm lengkuas
4 helai daun limau purut
1 biji limau nipis
4 sudu cili kering blender
2 helai daun kunyit yang besar
2 biji buah keras
sedikit minyak bawang putih
garam
gula
Petai
Aluminium foil

CARA
Tumiskan minyak masak sikit dan letak bawang putih dalam 6 biji untuk jadikan minyak bawang putih dan sejukkan seketika
Bersihkan ikan dan perap dengan garam dan limau nipis dalam 10 minit
Kisarkan serai, bawang merah, bawang putih, buah keras, lengkuas
Sediakan aluminium foil dan alas dengan daun kunyit,letak ikan di atasnya
Setelah siap bahan campuran tadi, lumurkan pada ikan luar dan dalam
Tuangkan sedikit minyak bawang putih 
Hiriskan daun limau purut dan tabur atas ikan
Taburkan petai yang telah dikupas
Bungkus dengan cermat
Bakar ikan tadi dalam 30 minit api sederhana atau mengikut dapur/oven anda
Setelah siap, boleh juga dihidang dengan sambal kicap berlada
Selamat mencuba


Tuesday 10 January 2012

Penat.........

Salam....






Wah...hari semakin gelap.... Mata pun semakin layu... Badan serasa kepenatan dari siang tadi...


"Aaaaaaargggg.....bila kerja nak habis ni....."


hurmmm..... apabila ada kerja sudah tentulah tanggungjawab tu kena utamakan..tapi apabila mengenangkan penat ni, huh...rasa macam malas nak kerja la..


tapi, nak buat macam mana kan...nak cari rezeki.. kita mau cari kerja yang halal...mahu berikan anak2 keluarga kita makan kan...perlulah membuat kerja dengan sebaik mungkin...


motivasi diri sendiri...go gurl!!  go gurl!! go gurl!!




Monday 9 January 2012

"Oyiem nak makan makanan yang halal la umi........."




"Umi, nak makan makanan yang halal......." 

Ha, jenuh tak nak fikir jawapan yang sesuai untuk permintaan dari budak umur 7 tahun ni... hurmmm...

Aku memang sensitif bab makanan ni, maksud aku tentang kehalalan sesuatu makanan ni dan kesucianya.. kadang-kadang orang akan kata, "takpelah, ni orang melayu yang buat.." bagi aku bukan setakat melayu yang buat, tapi mestilah Melayu yang Islam dan faham kata erti Suci itu sendiri.. 

Kat tempat aku ada jual mi kuning buatan orang melayu..its good but takde logo halal dan isi kandungannya.. risau gak aku.. sebab aku takut asid borik dia tu berlebihan, bahaya tau.. bukan aku tak sokong produk orang melayu ni, tapi rasanya perlu kesedaran untuk mempromosi dengan betul.. 

untuk pengetahuan korang, aku memang ada beli satu buku ni...bagi aku buku ni sangat sangat lah bagusnya untuk setiap orang Islam di muka bumi Malaysia ni ada.. SERIUS...

Buku ni keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan tajuk buku ni ialah HALAL HARAM.. no isbn 983-104-202-6.. kalau korang seorang yang sangat mementingkan kesucian makanan yang masuk dalam perut korang, pergilah cari buku ni... sangat berbaloi memiliki buku ni, takde la mahal pun. mampu milik lah... Ingat makanan yang tak halal apabila masuk ke perut kita boleh jadi bahan bakar api neraka...

aku bukan dapat komisen dari buku ni pun apabila aku promot kat korang, tapi aku rasa bertanggungjawab la plak sebagai orang islam kena bagi tau kat korang tentang buku ni.  Buku ni telus sangat tau.. siap ada gambar, jenama, jenis bagai lagi..dari segi makanan, pakaian, alat mekap, peralatan rumah dan segala-galanyalah... siap dengan ayat2 dari al-quran lagi..kalau buku ni salah fakta dah lama kena GAM kan... hehehehe.... so, ofkos la betulnyer.... korang cuba la dapatkan... tolonglah diri sendiri.....


Aku bagi tau ni pun sebab tak nak orang islam macam kita ni makan makanan yang meragukan, yang tak suci dan memacamlah cara mereka untuk memesongkan umat islam ni. salah satunya melalui sumber makanan yang tak halal.  

Ingat...


PEMUDA HARAPAN BANGSA....


SELAMATKANLAH KETURUNAN NABI MUHAMMAD S.A.W......









Sunday 8 January 2012

"ish..... kenapalah aku ni dijadikan perempuan.......?"




1. “Ish, sini tutup, sina tutup. Susah la camni. Apesal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.
2. “Kenapa la kita sang isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.
3. “Jika kita ikut faraid dalam pembahagian harta pusaka, tak rasa rugi ke? Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Mana boleh.. Kami mahu keadilan!
4. “Kenapa Allah jadikan wanita yang mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Itu belum lagi tambah alahan masa mengandung.. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri?” 
5. “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya?  takde kan..Mana keadilan pada kaum hawa?
6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?” 
7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Mahu hak sama rata dengan kaum hawa pulak... Kaum lelaki pula cakap, “Huh, mujur aku ni lelaki!
Kejap!...Tunggu..! Astaqfirullah hal azim.....Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
1. “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!
2. “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!
3. “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!
4. “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!
5. “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!” 
6. “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!
7. “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!
Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?
Lantas, wanita-wanita tadi menangis dan berkata;
MasyaAllah, demikian sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu.
Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya. Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti!

Saturday 7 January 2012

Kecewa....teramat sangat





Kecewa.............................



Kecewa..................................

Kecewa..........................................

Hati ini benar-benar kecewa dengan mu. Sudahlah, pergi sahaja
tanpa menoleh ke belakang.
Aku juga tidak akan berpaling lagi. Aku tekad dengan
keputusanku. Biarlah aku 
keseorangan sendirian menghitung penantianku.

Jika dahulu aku bagaikan "habis madu sepah dibuang", kini diriku
bagaikan bergantung
tidak bertali. Sungguh! Itu lebih menyeksakan.

Sakitnya hati ini.

Allah.........

Dulu pernah dikecewakan. Sekarang masih juga
dikecewakan. Sampai bila harus
dikecewakan? Mengapa harus ada yang dikecewakan?

Jika dulu aku mentah, tapi sekarang aku sudah matang.
Jika dulu aku seorang pemimpin,
tapi sekarang aku adalah tulang belakang. Aku telah terlatih
sebegini sejak tahun 1, 
bagaimana harus untuk aku ubah supaya risiko dikecewakan
tidak berulang kembali?

Haruskah aku berhenti? 

Mustahil. Darah daging sudah sebati dengan kesibukan.
Tak sibuk, sengaja menyibuk.

Sebenarnya aku kecewa dengan siapa?

Jika kau adalah manusia, berlalulah kau seketika dari pandanganku
sehingga aku reda.
Jika kau adalah sahabat sejemaah, sudah! Ketepikan soal hati
yang membantutkan 
gerak kerja!!
Jika kau adalah bisikan nafsuku, berambuslah dikau!
Jika kau adalah hasutan syaitan terlaknat,
pergi jahannamlah kau!
Jika kau adalah perjuangan, maafkan aku, beri aku masa
untuk pulih.
Tak sepatutnya
aku salahkan kau.
Jika kau adalah takdir, doakan aku agar tabah menerima
kehadiran kau.
Jika Kau adalah Allah, kuatkan hati ini Ya Allah......







































Kita buat je kerja...
Kita buat je kerja...
Kita buat je kerja...

Walaupun kita keseorangan, kita buat je kerja.
Walaupun aku keseorangan, buat je kerja.

Jangan tengok orang lain, buat je kerja.
Jangan banyak mengomel, buat je kerja.
Jangan banyak merungut, buat je kerja.

Kalau kita tak kerja, siapa lagi nak kerja?
Walaupun orang kata syok sendiri, ada kisah?
Walaupun orang kata aku syok sendiri, ada aku kisah?



Sebenarnya, iman ni sama je lebih kurang dengan 
semangat ,Kadang-kadang naik kadang-kadang turun.
Andaikata, sekarang ni iman tengah tinggi, semanga 
mebuak-buak, buat je banyak kerja.  Buat je apa yang 
mampu dan paling penting, jangan lupa berdoa agar 
satu hari nanti apabila semangat kita lemah akan ada 
orang lain yang menggantikan tempat kita bekerja. 


Kerja dakwah ni mana ada yang senang yang manis. Yang
manis itu hanya syurga. Kalau nak syurga kenalah rasa
kepahitan dikecewakan.


Nabi SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah memberikan 
dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang 
tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman 
kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya.



Bertabahlah! Kecewa dan dikecewakan, itulah namanya kehidupan.


Mencintai dan dicintai






Mencintai dan dicintai. Fitrahnya, suatu kemestian buat seorang insan. Hadirnya perasaan ini mungkin di kala ketidakmatangan dalam menilai cinta yang sejati. Namun, saat hati sudah pulang kepada Tuhan, cinta itu kembali bertandang dan berbunga semula. Ia mengundang 1001 kecelaruan.

Kenangan manis mahu pun sejarah hitam begitu asyik berputar menenggelamkan prinsip "bercinta selepas nikah". Bukan mudah diusir. Bukan mudah melupakan. Hanya Allah yang Maha Tahu betapa sengsara dan laranya hati menanggung seksa keseorangan. 


"Everytime ex-bf saya text balik, saya mudah sangat nak nangis. Saya tak nak bercinta lagi. Saya berjaya tak capel ngan mane-mane laki lepas tuh. Tapi hati saya sakit bila ingat ape yang dia pernah buat kat saya. Hari-hari saya bace doa minta petunjuk. Saya nak berubah. Saya tak suke ex-bf saya message saya. Setiap kali dia merayu, saya kata dalam hati, "Kau jangan capel. Kau bercinta lepas kahwin". Itu je yang mampu saya buat. Tapi hati saya kadang-kadang tak tahan. Kat FB kadang-kadang dia saje letak gambar mase saya dengan dia dulu".



Buat mereka yang pernah bercinta dan mahu berubah, kembali kepada yang lebih berhak, TAHNIAH!
Buat mereka yang sedang derita dan bermuhajadah dalam kecelaruan cintanya, TAHNIAH!
Buat mereka yang tidak putus asa berusaha untuk mencari cinta Tuhan semula, TAHNIAH!
Buat mereka yang terseksa dengan amukan nafsu cinta remaja dan kini sedang mengubatinya, TAHNIAH!

TAHNIAH dan pujilah diri!
Itu adalah satu kebanggaan! Satu kehormatan yang tertinggi daripada mereka yang tidak pernah bercinta. Untungnya mereka ini, pernah merasa syoknya bercinta dan deritanya bercinta. Mujahadah yang paling besar buat seorang hamba adalah melawan nafsunya sendiri!


Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?". Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)



Walaupun status hadis ini adalah hadis dhaif, namun apa yang boleh diiktibarkan, bahawa jihad dalam konteks islam bukan semata-mata jihad mengangkat senjata, mahu pun jihad menuntut ilmu, malah meliputi jihad menentang hawa nafsu sendiri. Betapa pentingnya kita memahami konteks jihad secara syumuliah (keseluruhan) agar sisi pandang kita terhadap keindahan agama Islam bertambah sempurna. Ia berhasil ke arah kemantapan iman dan kedewasaan pemikiran seseorang hamba dalam menjiwai agamanya.


Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, Nabi SAW bersabda: "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah."



Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :

"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat."


Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata : "Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu."












PUJUKLAH DIRI, LEPASKAN DIA PERGI

Hasil didikan (tarbiyyah) cinta dusta mengajar kita untuk tidak berpaling ke lembah hina itu lagi. "Putus cinta dan mahu bercinta kembali" perlu dibuang jauh-jauh. Nyahkan dari otak! Hapuskan dari hati!

Lihatlah wahai hamba kesayangan Allah, Allah mahu ajar kita, mahu didik kita, mahu tarbiyyah diri kita, betapa cinta sebelum nikah adalah hina. Mudahnya diri terperangkap dalam noda dan dosa. Asmara itu tidak bernafsu ketika akad. Kerana kesuciannya telah dibunuh hidup-hidup oleh kata-kata manis sang jejaka.

Ya! Mungkin kita cair dengan pujukan dan keindahan rupa si dia, tetapi itu tidak menjanjikan kebahagiaan selamanya yang kita cari. Hati kita sebenarnya tidak puas! Tidak puas menagih cinta dan kasih sayang manusia.


Cubalah renungkan kembali. Air mata kita begitu murah hanya kerana cinta manusia! Lemahnya diri tertawan dengan janji-janji si mulut manis. Tubuh badan diratah, maruah tergadai dan akhirnya kita ditinggalkan dengan bodoh sekali apabila sudah muak dan bosan. Andai itu tidak terjadi, bersyukurlah. Tetapi jika sebaliknya, bagaimana?



Manusia memuja muji kekasih kerana tidak kenal Allah. Mereka keliru cinta mana yang harus dipuja. Justeru, tatkala iman dan kepercayaan tidak utuh, seorang hamba akan dikepung syahwat dari seluruh arah, dikelilingi sifat keliru dari semua penjuru, semua itu akibat dari kelemahan ilmu dan ketumpulan mata hati. Maka yang yang dituntut ialah penyesalan. Sesallah sekarang sebelum kita disesalkan kelak. 


Oleh itu, siapkanlah jiwamu untuk dicuci, pujuklah diri dengan mendekatkan diri kepada Allah dan orang-orang soleh, pupuklah diri dengan tarbiyyah yang betul, kekanglah dari segala kehendak dan alat yang boleh menjerumuskan diri ke lembah terkotor itu lagi. 




Jika Facebook menjadi punca luka berdarah kembali, block/deletekan sahaja dia daripada akaun kehidupanmu! Tukarlah nama atau profile yang baru.

Jika handphone menjadi punca kegersangan cinta, tukar sahaja nombor yang baru tanpa berfikir dua kali! Lemparkan sahaja semua gambar dan kenangan bersamanya di dalam longkang najis! Bukanlah membenci, tetapi tegas dalam prinsip!!!

Jika dirinya hadir melintasi kepala otak, ambillah sejadah, rendahkan dahi menyembah bumi, ciumlah haruman syurga segar mewangi sedang menanti doa-doamu sebagai tetamunya. Allah SWT, Tuhan kita yang telah lama dipinggarkan juga tidak putus menunggu air mata untukNya. Ketagih berbicara dengan hambaNya dengan taubat dan penyesalan yang mendalam.

Hakikatnya, kata-kata penulis tidaklah sehebat mana jika dibandingkan ayat-ayat cinta dari langit. Tentu sahaja semangatnya tidak konsisten dan tidak begitu mendamaikan hati yang sedang lara dan keliru. Pujuklah diri, renungkan dalam-dalam dan ajarlah hati untuk menjiwai setiap bait kata-kata Allah ini. 


Firman Allah SWT : "Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang MENJAUHKAN DIRI dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang MEMELIHARA KEMALUANNYA kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi sesiapa yang DICARI BALIK itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang MELAMPUI BATAS. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi (SYURGA) FIRDAUS. Mereka KEKAL didalamnya." (Surah al-Mukminun ayat 1-11)

sumber : being a doctor for muslim