CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Saturday 31 December 2011

Mi Ladna Umi

  

Hari ni hari Sabtu....so, nak wat apa erk breakfast..? hurmmm.... tengok kat tempat sejuk beku ada ayam, udang dan sotong. Pastu aku tengok kat dalam gobok ada lak bihun...sayur-sayuran juga ada banyak dalam peti ais..mmm....ting! ha, boleh buat mi ladna la hari ni..Buat banyak sket boleh makan sampai malam..takyah masak dah malam karang, punyalah pemalas aku kan...huhuhu...Sebenarnya mi ladna ni makan ngan mi kuning yang digoreng dengan sedikit minyak dan kicap, tapi yang ada dalam gobok aku tu bihun.. belasah je la...janji sedap.. sedap? test la dulu...

Ok, ini resepinya...

MI LADNA UMI

1 bungkus  bihun
semangkuk sotong yang telah dipotong bulat
semangkuk udang yang telah dibersihkan
semangkuk ayam yang telah dipotong kecil
5 ulas bawang putih
sesudu besar lada putih
1/2 batang lobak merah
200g kobis bunga
1 biji tomato merah
3 sudu tepung jagung
10 biji cili kecil
Garam, perasa, gula

CARANYA

Rebus bihun sampai lembut dan toskan, asingkan bekas lain

Tumbuk bawang putih dengan lada putih sampai hancur
tumiskan bahan tumbuk tadi sampai wangi
masukkan ayam, masak sampai suku masak
masukkan air dalam sebotol kecil
masukkan sayur-sayuran
masukkan udang dan sotong
bancuh tepung jagung dalam mangkuk berasinga dan tuang ke dalam periuk
tunggu sampai mendidih
masukkan garam, perasa dan gula
siap untuk dihidangkan bersama bihun atau mi kuning



Thursday 29 December 2011

Syabas, Oyiem akan ke Tahun 1 (2012), Good Luck dear...



Diam tak diam dah 7 tahun anakanda tersayang aku ni.  Tahun depan dah masuk darjah satu rupanya. Of course la sama sekolah ngan umi kan.. Umi kan cikgu kat situ. 

Segala persiapan ke sekolah telah disediakan seperti baju sekolah, seluar sekolah, beg sekolah, kasut sekolah, stoking, buku-buku dan sebagainya termasuklah buku rekod kesihatan yang kena isi tempat kosong yang sepatutya, arahan guru kelasnya Pn Normaliza bt Jamaluddin...huhuhuuhu..





Sekejap aja masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah besar dah anak umi ni. Harapnya Oyiem dengan izin Allah akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat, Amin......
Doa umi, abi dan semua sentiasa mengiringi Oyiem di mana sahaja dan apa sahaja yang Oyiem buat untuk kebaikan.
Semoga perjalanan Oyiem untuk meneroka sirkulus kehidupan akan lebih mematangkan anakanda umi dan abi ni.. Ambillah segala yang mahmudah dan tinggalkan segala yang mazmumah itu ye nak..
Oyiemlah peninggalan Umi dan Abi apabila kami di sana kelak.  Doa kami agar Allah memperkenankan supaya Oyiem menjadi anak yang soleh...seperti yang umi kata "CEMERLANG DI DUNIA DAN DI AKHIRAT"

Doakan Muhammad Syuraim Assharif b. Saiful Anuar yer kalian......... alhamdulillah....

Gubahan Hantaran Tunang Yee


Ha........ lega... siap pun gubahan hantaran untuk majlis pertunang Yee.. Setakat nak buat cara simple aku tu bolehlah.. Nak vouge sesangat tu aku tak berapa buat seadanya lah. Temanya putih kemerahan.. hehehe.. cam tema aku kawen dulu jer..thats why barang-barang cam riben dan segala bagai tu masih ada lagi dalam kotak aku..so, takde masalahlah nak topup kaler dalam hantaran tuh... Yee ni insyallah akan bertunang dengan orang Kuantan juga seperti aku la... orang Kuantan yooo...!!! Nak jugak orang Kuantan kan, nak kata apa, orang Kuantan comey gamoknyer...cewah....perasan, angkat bakul sendiri....mesti ada yang menyampah nih..btw dah siap pun, esok ada perkara lain lagi nak setel.. job ni dah siap....yessss....

Tom Yam simple.......

Tom Yam antara makanan feveret aku... sebab dia souppy, pedas dan banyak sayur... so,malam ni aku nak masak tom yam aku.... simple dan mudah. ingat tahun baru ni nak ada azam baru...hehehhe..nak tau apa..? NAK KURUSKAN BADAN......boleh? huhuhu.... insyaallah..tiap2 hari la jawabnya aku makan tom yam ni..tp serius aku cakap korang, seminggu korang makan tomyam je tanpa nasi, sure boleh turun beberapa kilogram..betul.....

ni aku bagi resepi tom yam aku....


TOM YAM

1/2 kg   ayam ( potong kecil )
200 g    udang ( buang kulit dan kepala)
200 g    sotong ( potong bulat )
1 biji     tomato( potong 4 )
1 biji     lobak merah ( potong baji )
1/3 biji  kobis
4 btg     baby corn
6-7 btg lada kecil
sedikit kobis bunga
2 biji     bawang besar
5 biji     bawang putih
2 sudu  paste tomyam
2 btg    serai
2 helai daun lima purut
1/2 inci lengkuas
perasa
garam
gula

CARANYA:
Korang jerang air bagi mendidih dulu
Masukkan ayam, lobak, bunga kobis, baby corn..
dah agak-agak separuh masak, masukkan tomato, udang, udang dan lain-lain
tunggu sampai masak betul...

okey, siap untuk dihidang.....



Wednesday 28 December 2011



Happy Birthday Abah



dedicated 4 only 1 my dad in this world. huhu.

hepy bufdey 2 my lovely dad Wan Ibrahim Wan Damat. moga dipanjangkan umo n dimurahkan rezki hendaknya, moga bhgia slalu di samping mak n anak2 mu yg tercinta. juga mudah2an dilimpahkan rahmat ke atas kita sekeluarga... amin.


tiada kata secantik bahasa yg dapat aku ungkapkan lagi. tiada hadiah yg lebih tulus n ikhlas dr aku slain doa, serta kasih n sayang pada abah. kdg2 rasa aku bukan anak yg baik seperti yg diharapkannya, tp aku akan cuba jadi yg terbaik di matanya, n di hatinya.

abah aku, heroku, musuhku, sahabatku, PAPABAH. *ek..konon nak bunyi PAPADOMKU tp mcm xsodap".

aku masih bersyukur sebab masih ada abah untuk aku jabat tangannya bila tiba hari raya, masih ada abah untuk bawak aku dan anak aku g jalan bila laki aku takde, masih ada abah untuk aku dgr gelak tawanya n masih ada abah untuk aku support, aku tatap n aku dakap setiap kali dia penat baru balik keje. sungguh aku bersyukur! sebab kat luar sana ramai yg sudah kehilangan abah. ramai yg m'buang abah beliau sendiri di rumah org2 tua. ramai yg melupakan abah saat beliau menikmati kesenangan.


 


Gambar kat atas tu celebrate budey abah kat kedai tomyam... abah yg order makanan tu...selera abah..
abah aku bukan mcm abah korang, air mukanya lembut and cool.., sejuk mata memandang.... sumpah aku cakap, aku memang tak takut ngan abah aku b'banding ngan mak. tatau napa. hehehehe.. abah aku  setiap hari, setiap masa or kdg2 doplohpatjam ada kat umah tak macam abah sesetengah orang tu.... sekarang ni pulak abah tak duduk sekali ngan mak sebab tempat kerja jauh..


time aku kawen, tiba2 abah aku dakap aku n wat bnda yg sama mcm orang lain . time 2 rasa sayu sgt2. tuhan makbulkan doa aku. rasa fasa pertama yg membahgiakan. sumpah lau bley diulang balik, rasa nak ulang.

aku pelik napa, aku adalah antara kwn2 aku yg langsung xpenah cium abah... kecuali masa aku kawen...malu la. bagi aku, sebenarnya rugi besar x cium abah rasanya la. sebab peluang itu bukan slalu ada. nak malu apa, darah daging sendiri bukan.

abah xpenah naik tgn walaupon sikit kat aku n adk aku. berbanding ngan mak yg kerap menghangerkan aku even aku dh msk sk menengah pun time 2. tapi, aku tabik cara abah bg hint lau dia mrh. cukup dia cakap sikit jer, sudah mampu m'buatkan aku faham...t still slumer wat2 tak faham... abah bukan garang.. daddy..daddy cool....daddy..daddy cool...

walaupon cmne pon abah aku, dia tetap abah aku wat selamanya. syg abah sgt2. sowie 4 everything...
 :(

hurm..i noe u read dis abah... 

HEPY BUFDEY.... 


lot of luv,
ur daughter.




Friday 23 December 2011

Kucing aku...

Snowball...manalah kau pergi.. letih dah aku cari ko ni? Snow... Snow....

Pagi tadi aku pergilah sidai kain kat ampaian lah kan.. banyaknye kain nak sidai..maklumlah sekarang ni musim hujan kan.. kain berlambak-lambak nak disidai.. punyalah banyak sidai kain...
Sambil sidai kain tulah aku lihat beberapa ekor kucing aku sedang bermain-main dan bergurau senda.  Seronok juga jadi kucing ni, takyah risau masalah dunia ni.. Kucing pun merupakan binatang kesayangan rasulullah tau..ada kisah rasulullah yang memotong sebahagian jubah baginda apabila melihat kucing kesayangan baginda bernama mueeza sedang tidur di situ.

Berbalik pada cerita aku tadi, setelah selesai menyidai kain-kain yang berlambak itu tadi,aku terus panggil semua kucing aku masuk ke dalam rumah..semua ada kecuali si snow ni... "Snowball.. Snowball.... Snow..." aku panggil berulang kali, tapi tiada jawapan..eh, kompius ni.. mana lak la dia pergi.. awak tu orang baru dalam rumah ni, jalan jauh-jauh kang sesat..hurmm...sedihnye..... baru nak rapat dengan aku... Baru pagi tadi tidur kat ketiak aku, baru kejap tadi cium muka aku.....

Sampaiah sekarang, Snow belum balik lagi....

Snow......pulanglah........




Blackout...ooogghhh...

Blackout!!! Alamak.... tak save lagi... adoiyai.... menyampahnyer... camne ni?... alahai... banyak dah taip entri ni, tak sempat save la pulak... jammed betul la.. huh, nak buat camana... buat semula je la..



Apabila blackout ni teringat zaman kecik-kecik dulu.  Masa tengah takde api ni lah, abah akan cari lampu picit dan cari lilin kat laci dapur. Aku dan adik setia membontoti abah ke dapur sambil pegang kain pelikat abah..

Setelah lilin siap dinyalakan, aku dan abengah akan duduk mengadap lilin tu. Tak taulah apa nak ditenungnya pada lilin tu... kadang-kadang sampai berjelaga lubang hidung, ralit sangat bakar serangga yang terbang dan jatuh keliling lilin tu.

Abah dan mak hanya berpesan "Kaklong, tengokkan adik tu, jangan main bakar-bakar..." Tapi, itulah yang best sekali nak buat, bakar serangga terbang... hehehehe...kejam kan.. yelah masa tu, bebudak lagi kan..bukannya tahu kejam ke tak...

Rasa seronok sangat apabila tiada bekalan elektrik masa tu sebab boleh pasang lilin sambil bakar serangga..hehehehe... pengalaman manis aku masa kecil.

Tapi sekarang, tabiat tu telah... turun pada anak aku rupanya..Contohnya la macam tadi, bila tetiba je blackout "Umi, takde karen.... cepatlah pasang lilin..Oyiem nak bakar ulat terbang ni...."... ha? sejak bila anak aku pandai wat barbeque ni... ish... Mananye kuah tak tumpah ke nasi...

Aku telah telefon number 15454 operator untuk tanyakan masalah yang berlaku di sekitar kawasan rumah aku ni... rupanya ada pencawang yang rosak di situ... jadi, kengkawan kalau takde elektrik sila la call number tu ye.. boleh bagi tau takde karen, tapi bukan sebab tak bayar bil elektrik tau.. hehehhehe

Tunggu punya tunggu sampai tertidur aku dengan nyenyaknya.. mana tak, sampai 3 jam blackoutnya... nak buat apa pun tak tau masa tu, tido adalah jalan terbaik...

Jangan korang tak tau, sempat lagi masak nasi goreng ayam kunyit pakai lampu pada handfon tau... berjasa betul tepon aku ni... Dari start potong bawang, goreng ayam yang dah diperap awal (mujur gak), goreng nasi sampai masak...huh.... siap... ! lapor weh, time gelap gelap ni... anak aku siap tambah lagi okey...

itulah cerita blackout aku hari ni.... nasib baik dah okey, boleh la aku edit entry aku ni..


Wednesday 21 December 2011

Dia Ni Lelaki Atau Perempuan? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Dia Ni Lelaki Atau Perempuan? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

" Sorry,  tumpang tanya, Jalan TAR katner erk....?"...
" Adik sekarang kat SOGO kan, lintas jalan depan ni   
  jer, terus jalan sampai jumpa GLOBE, ha belakang 
  bangunan GLOBE SILK STORE tu la Jalan TAR.."
" Eeer....terima kasih kak, eh..abang..ooppss.."


Biasa tak kena macam tu? aku dah banyak kali... ikhlas nak bertanya, pasal jalan la, pasal waktu la... tetiba jer, alamak...... takpelah... salah aku ke terpanggil mereka abang atau kakak? atau yang sedihnya sampai makcik atau pakcik? tepuk dada tanya iman..bukan tanya selera, kalau tanya selera dah tentu ikut nafsu.. kalau ikut hati mati, ikut nafsu jadi lesu... so, fikir-fikirkan....

kalau tanya aku, aku sendiri tak suka artis-artis kita ni berlakon sebagai pondan atau yang seangkatan dengannya.  Kelakar ke? ye kot? kenapa orang kata kelakar?... fikir sendiri... nak ke jadi camni?


Pulak sekarang, ada yang dah berani kahwin di luar negara sesama jantina seperti yang berlaku baru-baru ini.  Apa tindakan kita sebagai muslim?

Bertaubatlah...sesungguhnya Allah sentiasa mengampuni hambaNya...



Untuk lebih detail, korang boleh klik link yang aku add tu...


SBPA....

Aku baru sudah sign SBPA.. berapa tahun? 60 tahun beb. Boleh ke tahan sampai umur 60 tahun? Insyaallah, semoga Allah memberikan kesihatan dan diberkati sepanjang tempoh berkhidmat itu. Diharap semoga perjalanan untuk mendidik anak bangsa menjadi lebih mudah dan berjaya mendidik generasi yang bijak di dunia mahupun di akhirat kelak. Link ke SBPA ada disediakan di bawah :


Tuesday 20 December 2011

Orang gaji atau pembantu rumah?


Orang gaji....? mestilah ada.. zaman sekarang kan.. ia merupakan satu keperluan lah... mana nak sempat buat itu dan ini lepas balik kerja. "Nak masak boleh, tapi semua orang gaji dah sediakan barulah i masak.." begitulah kata-kata majikan zaman sekarang. Aku? takde orang gaji sebab aku masih sempat lagi nak uruskan semua tu.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri S Subramaniam, kumpulan pertama pembantu rumah Indonesia akan tiba pada penghujung Februari atau awal Mac ini.  So, sesiapa yang berminat bolehlah memohon di Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi.

Macam mana? sudah difikirkan? silalah buat keputusan... Kalau aku nak yang Melayu la.  Terpulang pada anda lah.. Janji rajin dan boleh buat kerja yang sepatutnya, setimpal dengan gaji yang dibayar setiap bulan.


Monday 19 December 2011

Rebonding



Rebonding...
hehehe..cun apa kalau rebonding... aku baru jap tadi buat rebonding. mahal tak? boleh tahan la untuk rambut panjang ni... berejam la nak buat rebonding ni kan..kepada yang biasa buat mesti tau proses dia kan.  siap kena pau ngan auntie cina tu lagi suruh beli ubat treatment untuk rambut. wow, gembiranya dapat rambut lurus.. ada yang rambut lurus nak keritingkan rambut, macam i ni nak luruskan rambut i yang ketak ketak ni.. by the way, i like...



وأصحابه أجمعين، وبعد:
Merujuk kepada makna asal perkataan rebonding adalah meluruskan semula rambut. Namun perkataan tersebut digunakan juga dengan makna “kerinting” rambut. Secara umumnya, tiada nas yang spesifik menyentuh mengenai larangan atau keharusan meluruskan atau mengkerintingkan rambut. Bagi mereka yang berpendapat hukum rebonding haram berhujah bahawa amalan tersebut termasuk dalam erti kata mengubah kejadian asal yang diciptakan Allah. Hal ini bersandarkan hadis yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata:
“Allah ‘Azza Wa Jalla melaknat orang yang mentatu dan yang meminta ditatukan, yang mencukur alisnya (bulu kening) dan menjarangkan giginya untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Bagi mereka yang mengharuskan rebonding berhujah bahawa larangan dalam hadis tersebut bermaksud mengubah struktur dan fungsi ciptaan Allah secara kekal. Manakala rebonding bukan mengubah struktur dan fungsinya yang asal malah masih dalam konteks tidak kekal dan sangat berkait dengan kaedah dan tata cara menguruskan rambut. Lebih-lebih lagi dalam konteks berhias kepada suaminya. Sebagaimana diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas pernah berkata:
“Sesungguhnya aku berhias untuk isteriku sebagaimana aku suka dia berhias untukku. Sebagaimana aku suka menuntut semua hakku daripadanya, aku juga menyempurnakan semua haknya daripadaku“.
Pada hemat saya, untuk menentukan sama ada amalan tersebut termasuk diharuskan atau sebaliknya beberapa aspek perlu diteliti;

1. Niat dan tujuan
Sekiranya bertujuan untuk kecantikan diri, ianya masih dalam ruang lingkup perkara yang diharuskan lebih-lebih lagi berhias untuk suami. Sabda nabi saw yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan“. Namun dalam waktu yang sama kita perlu mengakui hakikat di sebalik hikmat Allah menciptakan manusia dalam pelbagai bentuk dan rupa wajah dan kita diciptakan dengan secantik kejadian. Maka jika tujuannya untuk berhias di luar rumah maka sudah pasti hukumnya adalah haram.

2. Bahan yang digunakan
Bahan yang digunakan mestilah suci dan bersih dari sudut syara`. Ini bermaksud jika bahan yang digunakan terdiri daripada bahan kimia, maka pengesahan status halalnya perlu dirujuk kepada pihak berwajib. Begitu juga dari sudut kalis air atau sebaliknya. Hal ini perlu dipertimbangkan kerana ia melibatkan hukum mandi wajib dan berwudhuk iaitu memerlukan rambut tersebut dibasahkan. Ini beerti jika bahan kimia tersebut kalis air maka hukumnya haram sekalipun suci dan bersih.

3. Siapa yang melakukan proses rebonding?
Proses rebonding tersebut hendaklah dilakukan oleh rakan sejantina. Dengan itu tidak harus jika yang melakukan rebonding tersebut seorang lelaki sekalipun ditemani oleh suaminya kerana perbuatan tersebut telah mendedahkan aurat kepada orang yang diharamkan melihat auratnya. Persoalan lain juga yang harus difikirkan mengenai hukum mendedahkan aurat kepada wanita bukan Islam dalam keadaan yang bukan diperlukan atau “ dharuri”.

4. Kesan
Antara perkara yang perlu dipertimbangkan, adalah kesan langsung atau sampingan akibat melakukan rebonding. Secara ikhlas, saya tiada mempunyai maklumat mendalam mengenai kesan sampingan penggunaan bahan kimia berkenaan. Tetapi secara prinsipnya, jika penggunaan tersebut memberi kesan negatif sama ada secara langsung atau jangka panjang maka hukumnya adalah haram berasaskan hadis nabi saw: لا ضرر ولا ضرار yang bermaksud “jangan kamu melakukan kemudharatan dan mendatangkan kemudharatan” .
Semoga garis panduan yang diberikan dapat membantu saudari membuat keputusannya.

والله أعلم بالصواب
Disediakan oleh:
Ustaz Dr Ridzuan Ahmad
Ahli Panel MUIS


Sunday 18 December 2011

Iklan yang sangat kreatif

First time kita tengok, mesti terus berkata "Wow..." .. betul tak? surenyer... aku yang tengok kali pertama pun terus teruja dengan gambar yang aku lihat ni.. memang bijak dan kreatif sesangat pereka ni.  masyallah, jika kita lihat ilmu yang Allah berikan kepada kita tidaklah seberapa sebenarnya jika dibandingkan dengan ilmu Allah kan. 

Tapi, 2 thumbs up la... memang iklan billboard begini memberikan kesan kepada semua orang. betul tak? Sangat menarik perhatian, kreatif, dan memberkan maklumat yang tepat. Bermakna objektif mereka tercapai..
Rasa nak beli tak baranganya selepas ini...?
ha, cuba tengok ni..





Sumber : cisdel.com


Saturday 17 December 2011

Berebut abu al-quran?




Abu pembakaran al-Quran oleh sebuah syarikat yang diberi tanggungjawab melupuskan kitab suci yang rosak kini diburu orang ramai untuk pelbagai tujuan, termasuk mengubati penyakit dan ada yang mencampurkannya ke dalam air untuk diminum anak supaya terang hati.
Itu antara perbuatan pelik segelintir orang yang percaya abu al-Quran mempunyai keistimewaan seperti diceritakan pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang menguruskan pembakaran naskah al-Quran untuk tujuan pelupusan.

Sumber : Metro

Mission : Impossible 4

Aku suke movie ni... memang tak pernah miss... dari drama hinggalah ke filem...jom layan..... korang dah tengok ke? Wow..... dah nama MI kan...





Ni lah alasan biasa perempuan tak nak tutup aurat....



Pernah tak kena sound ngan member perempuan sebab kita tegur dia tak tutup aurat? aku pernah kena sound balik " ala, biarlah.... bukan serius sangat....sikit jer...." alamak member aku ni pandang ringan ker perkara ni? bior betul? tugas aku dah selesai rasanya.... sebab aku kawan dia la aku tegur dia kan...  Tapi, biasanya nilah alasan depa semua taknak tutup aurat....

1. Semua yang tutup aurat tu kompem masuk syurga ker?
2. Tudung labuh pun ada yang buat dosa juga, apa nak heran..
3. Ko tu bagus sangat ke nak tegur-tegur aku..?
4. Walaupun seksi, tak semestinya kami ni teruk taw..
5. Pakai jarang pun, kami suka..... ada ku kisah?
6. Rasa cam bese jer pakaian ni, terpulang pada individu yang 
    tengok tu la....
7. Walaupun i tak pakai tudung, tapi i tak tinggal solat dan puasa
8. Eh, kubur kita kan lain-lain, jangan sibuk
9. Ala, tak sampai seru lagi la...
10. Sikit-sikit la nak berubah la ni....
11. Kami takmo hipokrit

boleh?

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Teater Ombak Rindu


Wow....kalaulah filem Ombak Rindu ni diteater muzikalkan...bestnyer.....  nak pergi tengok...? kena la tunggu siap... Bila tu...? Tunggu dah lihat ajelah....... jangan sampai melepaskan batuk ditangga aje, setakat nak kaut untung tanpa mementingkan kualiti cerita sebenar.. dahlah filem kureng sket dari novelnya kan.. itu belum cinematografi dia lagi... hurm.. apa pun, semoga kita sahajalah yang boleh memartabatkan filem Malaysia ni.. sape nak sokong? kita la..... boleh?




Cantik...

Cantik...... apa ada pada cantik yer? Tapi... aku memang suka benda-benda yang cantik.. Cantik sangat subjektif pada aku.  Ada yang kata orang gemuk cantik, ada yang kata kurus tu cantik, ada yang kata orang gelap cantik, ada yang kata orang kulit cerah cantik.. so, mana pilihan kamu? Pelbagai jawaban diterima begitu dan begini...
Tapi, kecantikan luaran tidaklah sebegitu penting, sepenting kecantikan dalaman... ye tak? Kalau cantik di mata, sakit di hati bagaimana? Siapa yang dapat memberikan definisi yang tepat tentang cantik?
Ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit dan menanggung kesakitan untuk cantik kan? Kalau tidak dilarang agama kita, mesti yang dah ramai mencuba, mungkin termasuk saya..aduh.... cantiknya dia... Cuba kita dilihat di televisyen, di mana-mana media, banyak godaan untuk kelihatan cantik bukan.. subhanallah, maha suci Allah yang sudah semestinya sukakan keindahan... Allahuakhbar...

Biarlah cantik kerana Allah s.w.t...

"Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah."


Thursday 15 December 2011

Kedai mamak.....


Td, aku dengan 2 orang adik perempuan dan anak-anak sedara pergi ngeteh kat kedai mamak di Balok, Kuantan.. takde nak wat apa sangat, so keluar la ngan semua.. lagi pun boleh makan malam ringan sket.   Kedai mamak ni memang la sentiasa ramai orang, biasalah kedai mamak.. di kedai mamak ni ada pelbagai juadah yang disediakan termasuklah roti,  lauk pauk brand dia, dan sebagainya.  Biasanya kedai mamak akan beroperasi selama 24 jam. Aku heran jugak, mana-mana kedai mamak yang aku pergi, rasanya mesti sama..tak taulah,diorang dah ada sukatan dalam memasak kot.  korang perasan tak? kalau kari dia, biasanya sama je rasa kat KL ke Kuantan ke atau memanalah? tekak aku ni rasa cam sama jer.. Ada member aku orang Penang bagi tau, di sana mereka tidak gunakan pewarna untuk memasak.  serba serbi dalam bentuk serbuk yang diimport dari India punyer.. thats why agaknya rasa masakan depa tu mantap.  aku ni memang suka makan kari.. Nak kalau kakak ipar aku yang namanya c'de, pergh.... masak kari memang mantap.. memandangkan suaminya Abang Li tu orang Penang...
Aku pernah la tanya kak ipar aku tu, masak camner, dia kata dia beli bermacam2 jenis rempah kari dan campur semua. so, takleh nak agak la jenama apa..pakai yogurt yang penting.
Aku bukan nak cerita pasal resepi, tapi pasal kedai mamak yang aku pergi tadi ni.  Biasalah kedai mamak... korang ada jumpa yang paling bersih tak? Kedai yang aku pergi ni, rasanya Gred B je.  kalau gred B tu maknanya tahap kebersihan tu biasa biasa aje.  Aku dah tahu kedai tu gred b, aku wat2 la pergi tandas nak tengok dapur dia...umang ai...huh.... aku bukan nak mengiyakan orang kata, tapi betul la sangat...kotor gak la. bersepah jugak. itu pandangan aku la..aku tak tau la orang lain.. kedai melayu pun, banyak gak la yang kotor kalau kita g dapur dia.  Aku pernah gi kedai mamak di KL, dia punya lada kering tu ada la dalam seguni kot, letak kat lantai tanpa beralaskan apa2 pun. astagfirullah.....kotornya.... banyak dah aku dengar citer yg kedai mamak ni kotor...tp, kat depan cam okey jer... itu tak termasuk pekerjanya yang selekeh dan berbau semacam jer, tak mandi agaknya... pening aku kalau tengah amik order atau hantar makanan...hangit kau... aduh!!!
Mahal......? opkos lah. itu dah tentu... kenapa? agaknya, meraka gunakan bahan2 yang diimport kot dari India.. Pernah dulu, kedai mamak Pelita masuk paper sebab enggan turunkan harga makanan kan? ada.... degil... mmmmhhh....  front page lagi...  tapi, bagi aku semua kedai mamak mahal sangat harganya.  air masak pun kena bayar ko... betul tak? aku tak tau la korang, aku marah jugak kedai mamak ni mahal... tp ramai jugak yang datang kan? cuba kalau kedai melayu jual ketam goreng sampai RM7.00 sekor? sah2lah orang tak datang dah kan... kalau kedai mamak wat camni, kita abaikan aje... betul tak? aku tak kata koranglah, aku pun... 

Tuesday 13 December 2011

cinta............



Rasa cinta............ susah nak menyatakan rasa cinta pada seseorang yang kita cinta? adakah rasa malu bersarang di dada? adakah dengan cara meluahkan dapat memuaskan hati kita? banyak yang perlu difikirkan untuk menyatakan rasa cinta.  bagiku rasa cinta perlulah ikhlas dari hati sendiri, bukan kerana nafsu, kepentingan diri semata-mata.  rasa terbeban dengan menyimpan anugerah allah di dada ini. luahkan? benar ke tindakan itu? andaikata luahan itu bisa membuatkan seseorang terluka, simpankanlah.... andaikata luahan itu membuatkan diri  kamu dan orang itu gembira, luahkanlah... cinta adalah anugerah agung pada sang pencinta.  aku bukanlah orang yang sesuai membicarakan soal cinta.  setiap orang mempunyai pendapat sendiri tentang cinta.  bagiku biarlah seseorang menilainya sendiri tetapi masih lagi tidak melampaui batas-batas agama. jika kita mencintai sesuatu yang tidak dibenarkan oleh agama, maka tinggalkanlah. tiada makna dalam kita meneruskan agenda itu, pasti tidak kecapaian. 
Banyakkanlah mengingati allah, nescaya hati tidak akan mati. Bersyukur dengan kurniaan allah dengan tidak meninggalkan larangannya kerana cinta bisa menjauhkan diri kita dariNya jika tersilap langkah.
tiada siapa yang boleh lari apabila hati telah dijentik rasa cinta dan sayang.  mampukah bertahan? jika keadaan mengizinkan, ya pasti diterima.  biasanya cinta hadir melalui pandangan mata.  teringat aku pada satu lagu nasyid.. 

"pandangan mata selalu menipu,
 pandangan akal selalu tersalah,
 pandangan nafsu selalu melulu,
 pandangan hati itu yang hakiki,
 kalau hati itu bersih................"

Monday 12 December 2011

Nak hilangkan sakit kepala? Migrain?



Siapa selalu sakit kepala @ migrain? Kalau anda migrain, apakah yang anda buat untuk kurangkannya? Makan ubat? Telan panadol? Baring dan tidur? Ada tak rawatan alternatif yang anda pernah cuba?
sakit kepala
Dalam entri kali ni saya nak kongsi dengan anda 1 cara rawatan untuk menghilangkan migrain mengggunakan ayat-ayat Quran. Ia adalah rawatan Islam yang berkesan dan mujarab insyaAllah. Dengan syarat, anda mesti benar-benar yakin pada keberkatan ayat-ayat suci al-Quran dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah, Tuhan sekalian alam, yang Maha Pengasih.
So, bagi yang sakit kepala (migrain), sila cuba cara rawatan ini. Amalkan ayat-ayat berikut :

Rawatan Untuk Kurangkan Sakit Kepala

1. Baca Surah Al-Fatihah (1x)
2. Baca Ayatul Kursi (3x)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3x)
4. Baca Surah Al-Falaq (1x)
5. Baca Surah An-Nas (1x)
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3x) 
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3x)
* Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.
Yang paling penting ialah keyakinan, penyerahan yang bulat dan tauhid pada Allah s.w.t. Sebab Allah lah yang Maha Penyembuh.

Sumber : Pakar How To

Saturday 10 December 2011

SIHAT DENGAN SOLAT


Sebagai orang Islam solat dilaksanakan kerana ia adalah perintah Allah swt yang diwajibkan kepada kita.  Allah swt telah menyebut mengenai solat sebanyak 92 kali di dalam al-quran dalam 32 surah yang berbeza.  Namun pergerakan yang kita lakukan semasa solat bukanlah pergerakan yang biasa.  Allah swt telah mengurniakan pelbagai manfaat  kesihatan hasil daripada pergerakan semasa solat.


 Antara manfaat semasa yang kita sebagai muslim dapat ialah:


1. Meningkatkan kecerdasan otak
* Apabila bersujud sahaja darah dapat sampai ke otak kerana ia merupakan aktiviti penting untuk kesihatan otak dan apabila ia mengalir banyak kulit muka, ia boleh menyegarkan kulit muka dan mengurangkan terkena resdung... biasa tak tengok orang-orang alim mukanya cantik aje kan..?

2. Mengurangakan risiko migrain dan sakit kepala
* Apabila terkena sakit kepala cuba anda sujud, insyaallah sakit kepala akan berkurangan. Kenapa? Apabila kita sujud aliran darah telah meningkat ke otak dengan sendirinya.

3.  Baik untuk pernafasan
* Sebenarnya tatkala kita dalam keadaan biasa, hanya 2/3 udara sahaja yang masuk ke dalam paru-paru kita yang dihembus keluar.  Udara yang tertinggal 1/3 itu akan menakung pelbagai bakteria dan habuk yang boleh mengundang masalah kesihatan kepada kita. Jadi, apabila kita sujud secara tak langsung diafragma kita akan menekan paru-paru kita di bahagian bawah ke atas dan mengeluarkan udara yang tertinggal tersebut.

4. Menggerakkan sendi dan otot
* Pelbagai pergerakan yang dilakukan dalam solat mampu menghilangkan rasa lenguh dan sengal seharian.  Jika ini dilakukan berterusan mampu mengelakkan strok, sakit lutut, pinggan dan sebagainya. Contohnya menggosok kaki semasa membasuh kaki perlulah menggosok kaki. Sebenarnya secara tak langung ia merupakan urutan mengelakkan strok pada masa akan datang.

5. Mengelakkan penyakit buasir
* Apabila bersujud pula, ia mengurangkan risiko terkena penyakit buasir kerana apabila bersujud tarikan graviti akan menarik pembuluh darah buasir melawan arah bertentangan.

6. Mengubat penyakit rohani
* Sebenarnya jika kita menghayati, kita akan berasa rendah diri di hadapan Allah swt kerana dengan bersujud  kita berada dalam keadaan paling dekat dengan Allah swt, sekali gus boleh merawat penyakit sombong, riak dan takabur


Tetapi perlu diingatkan bahawa kita solat bukan sahaja mengejar manfaat kesihatan sahaja tetapi ia adalah kewajipan kita kepada Allah swt, insyaallah....