CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Pasal saya...





Assalam. Saya Iz. Seorang realis yang jauh ke depan dan sentiasa menjadi seorang wanita Jun.  Seorang yang  dilahirkan Islam. Saya dari satu Bandar di pantai timur . Bbaru-baru ini saya telah menyambung pelajaran saya di salah sebuah pusat pengajian juga di bahagian pantai timur yang mengambil masa selama 4 tahun. Walaupun jauh lagi perjalannya, saya akan cuba untuk lebih cekal dan sabar dalam menuntut ilmu, dalam  Ijazah Sarjana Muda PErguruan (Kepujian) dalam Pendidikan Seni Visual (alhamdulillah - segala puji bagi Allah) dan saya kini terus berusaha, doakan saya. Saya rindu pada rakan-rakan dan suasana kerja di Kuala Lumpur tetapi saya mempunyai perasaan kuat bahawa tempat saya di Pahang lebih memerlukan saya di sini..

Saya tertarik kepada beberapa perkara seperti  Islam, kemanusiaan, membaca, menonton dokumentari, suka kepada aktiviti yang mencabar dan seorang yang sangat suka bidang  fesyen, dan berkaitan kulinari.

Blog ini adalah  salah satu tempat untuk meluahkan idea kreatif saya dan satu wadah untuk menyuarakan pemikiran. Sebagai peminat fesyen, saya cenderung untuk berfikir cara hidup dan segala-galanya yang melibatkan warna. Oleh itu, perbincangan berkenaan ekspresi kreatif tentang bentuk, tekstur, corak, dan warna adalah sebahagian besar daripada kehidupan saya.

Blog membolehkan saya berhubung dengan ramai orang yang menarik di seluruh dunia dan saya mendapati ia sangat berkesan walapun antara kita ada titik persamaan  dan orang lain yang berbeza daripada saya dari segi bangsa, agama, jantina, kewarganegaraan, dan budaya.

Sebagai seorang Muslim yang sentiasa rediscovering amat perlu mencarai makna Islam yang sebenar dan apa yang  dimaksud kan untuk mempercayai Tuhan, blog merupakan cara terbaik bagi saya untuk belajar dan membincangkan banyak isu yang menarik perhatian saya kerana saya suka berkongsi perspektif saya dan juga mendapat pandangan  yang baru daripada orang lain.

Jadi itulah serba sedikit pengenalan diri saya dan bagaimana menjalani kehidupan saya. Seperti televisyen, kehidupan adalah jauh lebih baik dalam warna dan tidak ada pengalaman yang lebih membuka mata, menyeronokkan dan membina dengan  meneroka pelbagai warna dalam kehidupan yang boleh mematangkan kita.
Allah sentiasa ada untuk kita…