CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Tuesday 28 May 2013

Menggambar

 MENGGAMBAR

PENGENALAN

Topik satu dimulakan dengan pengenalan dalam bidang menggambar yang menyentuh tentang definisi menggambar. Kemudian diikuti pula dengan pengenalan dan penerokaan tentang alat, media dan teknik dalam menggambar. Beberapa contoh menggambar dari pelbagai alat, media dan teknik ditunjukkan dalam topic ini. Dalam sub tajuk seterusnya, disentuh tentang tujuan menggambar dari aras pengetahuan, kefahaman,aplikasi, analisa,sintesis dan penilaian. Dalam kepentingan menggambar banyak diterangkan bagaimana murid-murid berkomunikasi, ekspresi diri dan menerapkan nilai estetik dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Akhir sekali ialah rumusan keseluruhan topic secara menyeluruh.

1.1            PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR
Mengikut sukatan pelajaran pendidikan seni visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Di samping itu, ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Antara kegiatanyang dijalankan dalam bidang menggambar ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek.

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lenih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi focus utama bidang menggambar ini.

Selain dari itu bidang menggambar dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Dengan ini murid akan dapat menyelaraskan pemerhatian mereka dan pengalaman mereka dalam aktiviti hasil kerja seni. Aspek apresiasi hasil kerja perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.

(a) Definisi menggambar
·        Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata
·        Ia mengandungi komposisi artistic yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata
·        Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang
·        Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
·        Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik
·        Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi
·        Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

(b) Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media, dan Teknik
Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, berbagai jenis warna dan saiz. Lain-lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah, ‘sugar paper’, ‘toilet paper’, kertas kadbod dan banyak lagi.

Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau media basah semuanyan amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Selain itu gunting berbagai saiz dang am bahan buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti menggambar juga perlu. Alatan dan media yang berbagai yang digunakan ke atas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton.

Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh digunakan dan disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang boleh digunakan bagi aktiviti menggambar :-
·        Berbagai jenis pensil
·        Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil
·        Kapur warna
·        ‘oil pastel’
·        Artline atau marker
·        Berbagai jenis pen
·        Gouche, akrilik, cat minyak
·        Stensil
·        Kolaj
·        Capan, cetakan
·        Lilin
·        Berbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah
·        Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran dan buah-buahan
·        Penyedut minuman
·        Gunting,pisau lipat dang am
·        Berbagai jenis berus lukisan
·        Palet/pembancuh warna

1.2            TUJUAN MENGGAMBAR
Hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh setiap murid dalam kegiatan menggambar ialah :-
·        Asas menggambar
·        Menggambar
·        Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar
·        Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
·        Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan computer
·        Menggambar berdasarkan tema pengalaman imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berpandukan computer

Jika dilihat secara keseluruhannya, setiap hasil pembelajaran tersebut boleh dibahagikan mengikut aras yang tertentu seperti berikut :-
·        Aras pengetahuan
·        Aras kefahaman
·        Aras aplikasi
·        Aras analisa
·        Aras sintesis
·        Aras penilaian

(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman
·        Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari
·        Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi yang dipelajari melalu kegiatan menggambar
·        Meningkatkan pengetahuan asas seni reka serta mengaplikasikannya

(b) Aras Aplikasi dan Analisa
·        Merasa dan mngenalpasti pelbagai kesan, benda alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan
·        Membuat penerokaan berdasarkan pemerhatian dan bantuan computer dalam penghasilan karya
·        Mempelbagaikan alat, bahan dan teknik dalam penghasilan karya seni visual

(c)  Aras Sintesis dan Penilaian
·        Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak disukai
·        Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasikan bahan secara kreatif
·        Meningkatkan minat daya kreatif dan imaginasi dalam kegiatan seni visual
·        Mengumpul dan merekod maklumat serta pengalaman untuk meningkatkan hasil portfolio
·        Menghargai sumbangan pelukis tempatan dan unsur-unsur budaya tanah air melalui kegiatan seni visual




1.3            KEPENTINGAN MENGGAMBAR
Proses penerangan, analisis, interpretasi dan penilaian yang dilakukan sewaktu pengajaran dan pembelajaran diterangkan secara terperinci dari tahun satu ke tahun enam seperti berikut :-
Tahun pertama : murid didedahkan dengan asas menggambar.
Tahun kedua :murid dapat mengetahui dan mengenalpasti alat, bahan dan teknik yang wujud berdasarkan eksperimen yang dijalankan
Tahun ketiga : murid sudah boleh meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar
Tahun keempat : murid dapat menggunakan asas senireka iaitu unsure-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
Tahun kelima : murid dapat mengaplikasikan elemen asas senireka yang sesuai dalam aktiviti menggambar mereka. Murid juga dapat mengetahui bahasa seni visual yang mudah untuk berinteraksi
Tahun keenam : proses menggambar adalah berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan computer.

Berikut adalah bagaimana proses komunikasi, luahan perasaan, penilaian dan penghargaan dilakukan :-
·        Perbincangan di antara guru dan murid mengenai pengetahuan dan konsep asas senireka dalam menggambar
·        Soal jawab berkaitan unsure seni dan prinsip rekaan sebelum semasa dan selepas menggambar
·        Pameran – memerhati dan membezakan alatan, media, bahan teknik dan kegiatan



Komen hasil kerja murid – kita boleh komunikasikan tentang :-
·        Apa yang kita suruh murid buat
·        Bentuk, warna, corak, garisan dan ton dan jalinan
·        Kadar banding, saiz dan susunan corak
·   Cara-cara bagaimana idea tersebut boleh digunakan dalam bidang berlainan media

Ini antara karya yang aku buat untuk Bidang Menggambar yer kawan-kawan ...

KOLAJ

LUKISAN ( MY SON )

CATAN WARNA POSTER

CATAN ARKRILIK

RESIS 

GOSOKAN

GURISAN

CAPAN

POSTER


 ada lagi karya yang aku tk masukkan dalam ni.. nnti la kalau free aku masukkan lagi yer...