CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Thursday 8 December 2011

AWAS! DOSA BERGANDA

Walaupun terdapat perbezaan antara dosa besar dan dosa kecil, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. "ala...bukan apa-apa pun, sikit jer!".  Kata-kata itu sering kita dengari antara perbualan sesama kita sendiri. Wajarkah ini berlaku? Tetapi awas, kerana apabila dosa-dosa kecil dilakukan, ia akan berganda seterusnya menjadi dosa besar

Bagaimakah ia berlaku?

Melakukan sesuatu dosa kecil secara berulang-ulang kali dan terus menerus...walaupun sebenarnya hanya perkara yang baik sahaja yang perlu dilakukan secara berterusan

Menganggap dosa itu sesuatu yang remah.."ala, bukan dosa banyak pun, sikit jer".  Ini antara ungkapan yang sering kita dengari daripada golongan pemaksiat..menganggap ia perkara yang remeh.

Timbul rasa bangga apabila melakukan dosa.  adakalanya disebabkan oleh tekanan dan persekitaran sendiri..mungkin juga untuk kepentingan sendiri. Walaupun hakikatnya tahu itu akan mendapat balasan daripada Allah swt.

Tidak segan silu menceritakkannya kepada orang lain.  Seseorang seperti ini bukan sahaja memalukan diri sendiri di hadapan orang lain, tetapi juga di hadapan Allah swt juga.

Dosa yang dilakukan oleh seorang ulama atau tokoh kerana ia akan diikuti oleh orang lain kerana mereka sebagai sumber rujukan dan idoa kepada masyarakat sekalian.  Oleh itu, mereka perlulah menjadi modal insan kepada semua orang kerana perlau mengajarkan sesuatu yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.

Semoga ini menjadi satu perkara yang boleh kita fikirkan bersama-sama untuk muhasabah diri kita sendiri... insyaallah...


1 comments:

Wan Izmawati Wan Ibrahim said...

astaqfirullahalazim..

Post a Comment