CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Saturday 24 March 2012

...Terukir di bintang..........



Aku suka sangat lagu ni.......... macam duduk kat Paris jer......... rasa cam iklan Enchanteur pun yer gak... boleh ke aku cakap gituw... hahahaha.. apa-apa je lah...
Bagi mengubat kerinduan peminat yang tertunggu-tunggu buah tangan terbarunya, penyanyi bersuara unik, Yunalis Zarai, akhirnya melancarkan album keduanya berjudul ‘Terukir Di Bintang’ . Album ini memuatkan lapan buah lagu kesemuanya termasuk tiga lagu Inggeris yang direkodkan di Amerika Syarikat (US) iaitu Coffee, Someone out Of Town dan Fears And Frustration.
Album kali ini hanya menampilkan dua buah lagu berbahasa Melayu dan yang paling penting, difahamkan lagu berjudul ‘Terukir Di Bintang’ ini dicipta khas untuk Qi.
Aku nak paste lirik lagu tu kat sini.so korang leh la nyanyi sambil tengok lirik lagu ni

Lirik Lagu Terukir Di Bintang – Yuna
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


http://www.youtube.com/watch?v=SjHTJywVmAI 
















Sunday 18 March 2012

.........ko pehal, tak puas hati dengan aku......?


Assalamualaikum.... ha, pehal.......? kikiki....

Hrmmm...Bukan senang nak puaskan hati orang sebenarnya..kadang² aku pelik dengan dorang nie tak fikir ke..kita nie manusia mane mungkin kita dapat puaskan hati semua orang..Cuba kita lihat pada mereka yang pernah melakukan kesilapan atau perkara kejahatan sebelum ini..bukan main lagi orang sekeliling mengata , x suka dan benci tapi bila mereka nak berubah ke arah yang lebih baik , pun ada juga yang mengata..meluat aku tengok! ish² x faham sungguh...semua serba tak kena..

Ada juga yang mempertikaikan bab agama.. Bila mereka nie belajar untuk lebih ke arah keagamaan...orang sekeliling dok mengata tak payah nak berlagak alim la , sedangkan mereka nie nak beribadah nak mendekatkan diri kepada Allah dan menyucikan diri dari kejahatan dan kesilapan lampau..sepatutnya kita beri sokongan ini sebaliknya pulak..



Anyway,apa perasaan korang bila someone kutuk korang? Kata lah,korang dapat tahu yang  orang tu dok kata kat korang yang korang ni tak pandai nak dress up,tak bergaya langsung! Dah la muka tak lawo.. Boipren pun  taraakkkk.. dan sewaktu dengannya la yang memburukkan tentang korang.. Hape perasaan korang?Sakit hati kan? 



Selagi kita dok kat muka bumi ni,ada je la orang yang tak puas hati dengan kita.Kat mana-mana pun mesti jumpa spesis orang macam ni.Then it's normal rite? Cuma kadang-kadang tu rasa macam tension sangat. Kita tak buat hape2 pun kat orang,tetiba orang buat 'tahik' kat kita kan? Sebab tu,kadang kala kita rasa dunia ni tidak adil. (Eh! tetiba teringat lagu yuna.. Ini tidak adil.. ini tidak adil. ok sila sambung pliz.. dah tak hengat lirik.  ok dah melalut. rofl! -..-')

Tetiba teringat quote ni, ' Life is too short to be unhappy'.So hape orang nak kata.. kata la kan.. Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri. Hati ni kena kering! Walaupun kekadang rasa susah.. Tapi mungkin cara tu,kita tak terasa macam down sangat. Anggap benda tu macam remeh je. Walaupun hakikatnya memang terkesan di hati sikit. mungkin? -..- Takkan hidup kita ni nak penuh dengan tekanan kot kan?Senyum pun boleh buat kita rasa release tension. Sebab tu la ada orang yang kadang kala bila ada masalah tapi dia still masih senyum. Sekurang-kurangnya,dia cuba  untuk  release tension.Ok ini motivate untuk aku senanye.. hehe. ...


jangan lupa tengok video kat bawah ni guys.......


Thursday 8 March 2012

...kak ana, semoga cepat sembuh dengan izin Allah.. amin..



Hari ini , aku dapat perkhabaran kurang gembira daripada seorang teman di fb yang menyatakan bahawa rakan sekuliyah aku kak ana merangkap teman sebilikku sedang berada dalam keadaan koma ketika ini dan berada di hospital di JB..

Ya Allah, alangkah sedihnya hatiku ini.... Ya Allah, apa pun juga yang kau duga kepada kami, harapnya menjadi satu penghapus bagi dosa kami.. moga kami diberikan ketabahan dariMu ya Allah..

Teringat kenangan bersama-sama Kak Ana di bilik asrama Blok D Maktab Perguruan Teknik.. Selama 3 tahun kami memang bersama-sama.. Ada yang suka dan ada yang duka.. ada masa jugak berkecik hati, ada masa buat dek jer... kak ana... 

Apapun Izma mintak maaf atas kesalahan izma pada kak ana... walaupun kita dah 11 tahun tidak berjumpa, tp alhamdulillah di fb kita bertemu... di fb jualah kita melihat keletah anak masing-masing... Izma doakan agar kak ana dalam lindungan Allah swt... Kami sentiasa doakan kebaikan kepada kak ana sekeluarga.. Amin

‎"Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa."

Baru tadi izma call abg zaini bertanyakan perihal keadaan kak ana.... demi allah, amat sedih menerima perkhabaran dari abg zaini.. walaupun suami kak ana tu satu usia dengan izma, tp izma tetap panggil dia abang... hehehe... sajeje..... Abg zaini kata kak ana stress dengan kerja di sekolah.. ye lah.... izma faham dengan stress tu sebab sekolah zaman sekarang tak seperti du-dulu.. serius kalau izma tau kerja banyak camni, izma taknak jadi cikgu.... kalau org bukan cikgu mungkin tak faham, sebab masing2 ada stressnyer sendiri. Tapi memang ada kajian yang menunjukkan kerja sebagai pendidik ni kerja yang paling stress sekali...

Kak Ana, Izma harapkan agar kak ana memberikan respon yang baik semasa dalam perawatan penyembuhan ini.. walaupun kak ana tidak sedar, tapi izma tetap berpesan pada abang zaini agar selalu bacakan yaasin pada kak ana... insyallah berkat dari surah yaasin yang abg  zaini bacakan tu, dengan izin Allah, kak ana akan pulih seperti sedia kala.. izma juga ada kirimkan salam untuk kak ana...

Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"

Abg zaini, harapnya abg zaini bersabarlah dengan ujian dari Allah ini yer.. Itu je Izma mampu beritahu pada abg zaini... izma tau, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..takpe abg zaini... izma tau abg zaini boleh buat, izma tau abg zaini seorang yang kuat... izma tau abg zaini hebat.... insyallah abang zaini mampu untuk mengharungi dugaan yang maha hebat untuk abg zaini dan anak-anak sekalian.. semoga anak-anak mempunyai hati yang kuat seperti ibu dan ayahnya juga.

Anak-anak, aunty izma tahu korang mempunyai hati yang kuat seperti ibu dan ayah... bersabar yer.. itu Allah mahu menguji keimanan kita aje.. Aunty tahu korang mesti dah berdoa kepada Allah supaya sembuhkan ibu kan.. takpe, doa kami juga sentiasa mengiringi doa kalian... usah gentar, usah khuatir anak-anak, Allah sentiasa bersama hambaNya yang sabar...  Walaupun anak-anak kecil lagi, tapi kamu mempunyai hati yang besar..... minta pada Allah supaya Allah lapangkan hati kamu yer... Jangan lupa untuk mengaji untuk ibu.. Ibu senang kalau tahu anak-anak ibu mengaji untuk ibu... Anak-anak ibu sentiasa doakan yang baik-baik untuk ibu kan....





‎"Kami tak tahu ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik pada Allah."


Boleh tengok kat link ni 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm 


Akhir kata dari izma, semoga abg zaini, anak-anak dan keluarga kak ana tabah dalam menghadapi dugaan dari Allah ini.... Ingatlah, dugaan Allah amatlah besar, kerana Dia kasih kepada hambaNya.... Allah ingin uji ketaqwaan kita..... doalah supaya diberikan kekuatan dan ketabahan untuk bersedia dan redha dalam menempuh ujian dariNya ....


Semoga cepat sembuh kak ana...


Amin..........



....lambat solat ke der....


"cepat.......cepat......... bangun.... bangun........".. itulah yang aku selalu dengar masa kecik dulu... biasanya keadaan ini berlaku masa hari sabtu dan ahad.... Mak yang aku sayangi tu selalu mengeluarkan ayat-ayat power supaya semua anak-anak bangun dan mengadap Allah s.w.t dulu.... perkara wajib beb! huh...

Nak tak nak dengan mata yang macam ada gam ni, merangkak-rangkak menurunkan kaki yang sedap mengerekot dari atas katil turun dan perlahan-lahan dengan mata terpisat-pisat menuju ke bilik air... huh....

Bukannyer aku tak tau tentang kewajipan tu, tapi setan gemuk dok sedap bersama-sama aku ni...( sambil tangan aku menghalau syaitan-syaitan gemuk yang melambai-lambai padaku...oh..no.. go to hell la lu woi..).  Aku pernah kena simbah ngan air secebok sebab mak panggil pepagi tak dengar.. tu la pasal...habis basah bantal aku seme... padan muka aku, sapa suruh liat sangat nak bangun... Aku punyalah sakit hati bila mak aku  buat camtu...ggrrrrrr.... tp, dah memang salah aku kan..... padan muka sapa?



walaupun aku tau, solat 5 waktu amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang muslim. Ada kalanya kita melambat-lambatkan dan sengaja malas untuk menunaikan solat. Ketahuilah wahai rakan-rakan sekalian Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-


Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat.



 (*FYI - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)


Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.



Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah



Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.



Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."


Wednesday 7 March 2012

...ayam goreng masak kunyit...



Ni lauk malam ni... ayam goreng kunyit... dah lama sangat tak masak kat rumah ni.. malam ni baru terasa.. actually bukan terasa tapi memang kena la masak. Tak daya je nak berbeli di restoran.. bukan tak tau di restoran tu banyak guna perasa kan..


Balik dari kerja siang tadi, terus je singgah kat kedai beli bahan-bahan untuk masak. Tapi masa tu tak sure nak masak apa, just beli je dulu.. boleh..? hurmmm...


so, menu malam ni pun dah siap.. alhamdulillah.. kenyang.. 


Okey, ini resepi yang dikongsi bersama..


BAHAN
300g ayam yang dihiris
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
5 biji lada kecil
6 batang kacang panjang
1 batang lobak merah
garam
gula 
perasa




CARA
Panaskan kuali yang ada minyak masak dahulu
Masukkan hirisan ayam ke dalam kuali
Apabila ayam sudah separuh masak, masukkan hirisan bawang merah dan bawang putih
Masukkan lada kecil
Masukkan potongan kacang panjang
Masukkan garam, gula dan perasa
Tunggu beberapa minit and done..


Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas tu.. Wow, meletop.....

Saturday 3 March 2012

Nasi Lemak Hujan Panas..



Hari ni nak post pasal nasi lemak.... tapi nak buat yang lain sket.... atas permintaan anakku yang soleh ini.. "umi..oyiem nak nasi lemak.... yang cantik tu.."...


ooo... cantik erk... tahulah apa maknanya tu.. nasi lemak yang diletakkan pewarna la...


okey, korang aku letak la resepinyer kat sini.. korang boleh tukar resepi ni ikut selera korang tu.. aku okey jer..
Resepinya cam biasa aje, macam nasi lemak biasa tu je, cuma yang berbeza tu ialah ditambah pewarna aje..


Nasi
Beras
Santan
Halia
Serai
Bawang putih
Garam
Pewarna merah, hijau dan kuning


Sambal ikan bilis
Lada kering
bawang merah
bawang putih
Asam jawa
Garam
Gula
perasa


Hiasan yang boleh makan
Ikan bilis goreng
Kacang goreng
Timun
Telur goreng


Cara masak nasi lemak
Beras di masak seperti biasa. Sukat santan+air seperti tanak nasi biasa.  
Letak la bawang putih,halia,serai dan garam
Apabila dah kering air nasi tu, titiskanlah pewarna tu jauh2 sikit
Biarkan dalam 5 minit
Then gaul semuanya sekali
Tunggu hingga masak sepenuhnya


Sambal ikan bilis
Blender lada kering yang telah direbus dengan bawang merah dan bawang putih
Tumis hingga naik minyak
Ada juga yang masukkan belacan, tapi aku tak letak
Masukkan air asam jawa ikut kepekatan yang dikehendaki
Masukkan ikan bilis sikit
Masukkan garam dan perasa ikut citarasa koranglah
Ada juga yang masukkan potongan bawang besar, terpulang


Hidangkan dengan telur goreng, ikan bilis, timun dan kacang goreng