CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Monday 27 August 2012

Buah zuriat

assalamualaikum semua........... alhamdulillah, allah panjangkan lagi umur kita untuk bertemu lagi kita pada post kali ini... kali ni nak post tentang satu buah yang dipanggil buah zuriat.. kenapa dipanggil buah zuriat erk..? sebab biasanya orang akan makan buah ni untuk mendapatkan zuriat.

Kebetulan aku ada seorang sahabat lama yang bernama Tarunnisah bt Jali. Beliau telah menetap di Mekah kerana mengikut suaminya bekerja di sana selama sudah beberapa tahun.  Kebetulannya dia mahu pulang cuti berhari raya di Kuantan, Pahang Malaysia ni.. aku pun ambil kesempatan ini untuk memesan beberapa biji buah zuriat ni dari sana. alhadulillah, allah makbulkan permintaan aku ni, sekembalinya dia dr sana, sahabatku ini telah membawa beberapa biji buah zuriat ini dan diberikan kepada aku.. seronok tk terkata.. terima kasih tahrun.... moga-moga tujuan aku mengambil khasiat daripada buah ini dengan izin allah dapatlah apa yang aku hajati, insyaallah....


ni gambar sebenar buah zuriat

 
ni setelah dipecahkan sabut luarnya

ha.... yang ini isinya yang tersangatlah keras


di bawah ini aku bagi tau la antara khasiat buah zuriat ni...


#Khasiat Buah Zuriat.
Buah zuriat ini dikatakan amat berkhasiat. Khasiatnya (dengan izin Allah SWT) adalah dapat menyebabkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.
Saiz buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. 
Kulitnya adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena menggunakan bantuan dan kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Rupa dalamnya pula macam sabut kelapa. 

#Macamana nak dapatkan buah zuriat.
Di mana nak dapatkan buah zuriat? Nak beli buah zuriat di mana? Ia hanya boleh didapati di Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan gua Hirak. Di situ saja yang ada buah nie. Harganya sekitar 25 sen sebiji. Kalau nak, kenalah minta tolong kepada sesiapa yang hendak mengerjakan haji atau umrah untuk belikan

#Kaedah dan Cara Makan Buah Zuriat
Terdapat beberapa cara makan buah zuriat yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencubanya iaitu :-

1.Cara Pertama
-Caranya ialah dengan menggunakan sudu lalu di ketuk-ketuk pada sekitar dinding buah zuriat (tak perlu di belah) bagi melembutkan kulitnya, seolah-olah seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.

2.Cara Kedua
-Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan buah hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Selepas direbus, buah zuriat ini kemudiannya dibelah menjadi dua bahagian bagai pinang dibelah dua (hehe), dan ingatkan sekali lagi bahawa buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Anda di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum oleh suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah zuriat yang baru. 

#Tips-tips.
1. Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: 
“RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”. Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.

2. Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit, Insya Allah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya. 

0 comments:

Post a Comment