CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Thursday 16 August 2012

Nasi Arab @ Nasi Mandhi


Resepi aku dapat dr satu blog masakan juga.. lupa dah aku namanya apa.. sori,but terima kasih pada tuan punya blog tu... resepi ni sedap sangat taw.. cuba la.baru korang leh kata sedap ke tak...  kalau makan kat kedai,sah 2 la mahal kan. so apa kata korang cuba resepi masakan ni yang boleh korang buat di rumah sendiri ebih eratkan kasih sayang korang dengan famili lg kan......

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti mengikut kesesuaian beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
1/2 s/b lada hitam biji
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning @kunyit
2 helai daun pandan -disimpul (resepi asal x de)
sedikit daun ketumbar -dihiris (resepi asal x de)

Bahan utk menumis:
2 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia ]
3 ulas bawang merah] dimayang halus
1 ulas bawang putih]

Cara membuat:
Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan stok ayam dan lada hitam.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning dan daun ketumbar. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk

Ayam Mandhi

1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 2
1 inci halia - diketuk
garam secukup rasa
air secukupnya (dlm 7 cawan)

Bahan A:

1 sudu teh zaffran – kak ez ganti dgn skit serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
skit garam

Cara membuat:

Rebus ayam selama 45 minit bersama halia dan garam.
Angkat dan toskan. Simpan air rebusan utk masak nasi.
Lumurkan ayam dgn bahan A. Perap seketika
Selepas itu ayam dibakar selama 1 jam dlm oven pd suhu 200 C

Salata Hara @ Tomato Salsa

Bahan-bahan:

Buah tomato
daun ketumbar
cili padi
garam secukup rasa
jus lemon - akak guna cuka aje sodap jugak
sket bwng besar diptong dadu halus2

Cara membuat:

Mesin tomato, daun ketumbar, garam dan cili padi tanpa mengunakan air. Kisar kasar aje. Kemudian campurkan bwg dadu dan jus lemon/cuka.

0 comments:

Post a Comment