CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Friday 17 February 2012

Tandas wangi...


Hari ni aku nak cerita pasal tandas... Baru-baru ni aku ada singgah di satu stesen minyak sebab nak isi minyaklah kan.. dalam pada nak isi minyak tu, tetiba rasa cam nak terkucil lak....... so, lepas isi minyak bagai, aku pun bawalah kete aku ke tempat parking kete yang berdekatan dengan stesen minyak tu... Aku bukak pintu kereta, terus keluar dari kereta terus ke tandas stesen minyak tu..

Aku terus tercari-cari, mana ni bilik air ni...oooo.... kat situ rupanya.. aku lihat tombol pintunya tak ada.. aik, suspennyer... camner ni kalau orang masuk.... takpela, tak tahan punya pasal, aku pun terus melangkah masuk ke tandas tersebut.. dan terus membaca doa masuk tandas.... kalau taknak syaitan jantan dan betina kacaulah......



Sebaik sahaja aku melangkah masuk, aku terus menguak pintu tandas di dalam bilik air itu, dan teruslah ehem..ehem.... fuhhh..leganya....

Semasa aku sedang berhajat tu, sempatlah sangat aku meninjau keliling tandas yang disediakan oleh pihak stesen minyak ni.... Macammana nak bagi tau erk.. nak kata bersih, macam bersih, nak kata tak bersih, boleh jugak kata begitu... sebenarnya camni... kalau dinding mozeknya senang cerita memang tak pernah bersentallah... korang taulah kalau tak pernah bersental tu camne kan, berdaki sana sini kan...coklat celah sana, kelabu celah sini... dah nama tak pernah bersental... aku rasa pekerja bangla ni, setakat nak pastikan hanya cebisan sampah tu tak kelihatan sangatlah.... nak jaga betul-betul bersih tu memang tak lah..!! Wangi jauh sekali la..... kalau dalam mangkuk tandas tu, memang warna kuning lah.... yang biasa menyelamatkan keadaan ialah mozek tu memang warna gelap... so, takdelah nampak sangat kedakian yang telah berkurun lama duduk bermastautin di situ adanya.. boleh..?

wooo..... aku rasa patut diadakan pertandingan tandas awam terceria peringkat demi peringkat la... kalau tak pun buat takat peringkat stesen minyak je pun dah okey dan diberikan ganjaran yang menarik.. mesti diorang yang bekerja di situ berlumba-lumba menjaga keceriaan tandas yang dikendalikan.. ye tak? takdelah berkerak sana dan sini.... buat malu kat pelancong jer kan.... nampak sangat penduduk Malaysia ni tak allergic langsung dengan kebersihan tandas...  


Kebersihan Tandas Cermin Peribadi...?


Ye ke? Ye kot... so, apa lagi.........tindakan seterusnya, pergi bersihkan tandas kita di rumah dulu okey.....

Kalaulah tandas kat rumah aku macam ni.....


0 comments:

Post a Comment