Yuhhu................ betul, saya alah kepada pewangi... tak tau la kenapa.. asal minyak wangi kuat jer, mula lah sakit kepala berdenyut denyut..... dahlah tu, bukan takat masa tu jer, sampai berhari-hari.... tolongla..... macam tu jugaklah kalau bau busuk, pun sama.. .. asal bau tu kuat jer, cepat je kepala ni berdenyut.
Ada satu ketika dulu, masa tu naik komuter nak pergi kerja la pepagi tu... biasalah naik komuterkan, kita kena bersesak sesak dengan ramai orang yang pelbagai bangsa dan opkosss la BAUUUUU..... walaupun dah nama pagi, train bermula dari Pelabuhan Klang, makan masa lama tu... phewwww..... baik punyer... elok la plak, time naik tu rebut jugak la tempat duduk kan, sebab dalam 20 minit jugak la kalau tak dapat tempat duduk kena berdiri. Nak jadi rezeki ada la tempat duduk, aku pun dengan rasa leganya cepatlah duduk kat seat tu... ingatkan kelegaan aku berpanjangan, rupanya dengan keadaan bersesak sesak dengan ramai orang ni, ada la mamat bangla ni berdiri depan aku.. elok pulak tu tangannya yang sebelah dok pegang benda alah pemegang yang gayut kat syiling komuter tu... lantak ko la nak pegang ke tak benda tu, masalahnya bukan kat pemegang tu.. masalahnya kat ketiak ko tu... masyaallah, bau semerbak tak hengat menyebarkan aromanya masa tu.... dengan cepatnya otakku mengesan bau yang kurang menyenangkan tu, eh, bukan kurang menyenangkan, sangat sangat sangat menyakitkan kepala otak saya ni, sebab saya dah start pening pening sampai nak termuntah bagai dalam train tu hokeyyyy.... apa lagi, sah sah la kepala otakku pening kepala sampai 3 hari... walaupun dah makan panadol, tetap sakit kepala yer... oh, tidak! itulah salah satu pengalaman saya semasa naik train selama dah bertahun tahun ni............ temanya saya tak tahan bau kuat!
Kat bawah ni ada artikel daripada kesihatan malaysia katanya .....
http://www.kesihatanmalaysian.com/tak-selesa-bau-wangi/
‘Tak Selesa Bau Wangi’
“MAAFLAH, saya tidak pakai minyak wangi. Saya ada alahan. Ada jenis minyak wangi yang akan buat saya bersin dan sakit kepala. Kalau terkena kulit, akan naik ruam dan gatal-gatal,” kata seorang teman menolak pelawaan rakan sepejabat lain yang membawakan sampel minyak wangi.
Terkejut penulis mendengarnya. Memang penulis sendiri tidak tahan dengan minyak wangi yang terlalu kuat baunya tetapi baru sekarang penulis mengetahui ada orang yang alah pada haruman sehingga boleh menjejaskan kesihatan.
Rupanya ia bukanlah masalah terpencil kerana dianggarkan satu hingga empat peratus penduduk di sesebuah negara mengalami alahan pada haruman.
Menurut Perunding Imunologi, Asma dan Alahan Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Kent Woo, alahan haruman ini tidak hanya merujuk kepada minyak wangi saja malah turut membabitkan bahan dandanan diri, alat mekap, sabun, syampu, losen, haruman kereta atau bilik dan semua barang yang mengandungi pewangi.
Kajian yang dijalankan Universiti Georgia Barat mendapati hampir 30 peratus daripada orang disoal selidik mengakui berasa tidak selesa dengan barang mengandungi haruman. Di kalangan mereka yang ada asma, barang mengandungi haruman ini terutama yang berbau kuat boleh mencetuskan gejala alahan.
Haruman tidak sama dengan alergen iaitu bahan yang menyebabkan gejala alahan. Ia dikelaskan sebagai bahan pencetus ketidakselesaan. Bagaimanapun pada individu sensitif dan mengalami masalah asma atau alahan rinitis tidak terkawal, bahan mengandungi haruman boleh membahayakan kesihatan mereka.
“Minyak wangi khususnya adalah campuran kompleks juzuk berbau manis sama ada daripada sumber asli atau tiruan. Setakat ini lebih 5,000 sebatian yang diketahui digunakan dalam pembuatan minyak wangi. Sebatian yang memberi bau harum itu mudah tersejat. Justeru, pengusaha menggunakan alkohol atau minyak sebagai ‘pemegang’ supaya ia boleh bertahan lama.
“Minyak wangi secara umumnya mempunyai dua komponen iaitu komponen atas dan bawah. Biasanya komponen bawah ini akan melekat pada kulit manakala komponen atas pula mudah tersejat. Komponen atau sebatian yang tersejat dalam udara inilah yang memberikan bau harum kepada minyak wangi.
“Bagaimanapun individu yang menghidap penyakit saluran pernafasan seperti asma atau alahan rinitis yang tidak terkawal boleh mengalami gejala penyakit mereka apabila sebatian minyak wangi ini masuk ke dalam hidung mereka,” katanya.
Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Annals of Alergi, pesakit asma mengalami gejala selepas terdedah kepada minyak wangi. Perkara ini berlaku kerana haruman daripada minyak wangi boleh menyebabkan kerengsaan pada saluran pernafasan.
Punca sebenar alahan kepada haruman masih tidak diketahui. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja daripada semua peringkat umur. Namun biasanya ia lebih kerap berlaku kepada wanita yang lebih banyak terdedah kepada haruman berikutan penggunaan alat solek dan dandanan diri berbanding lelaki.
“Dermatitis sentuhan adalah alahan kosmetik yang paling biasa dialami wanita. Ramai yang mendapat ruam atau rasa gatal di tempat yang kerap disapu kosmetik. Alahan haruman pula biasanya menyebabkan munculnya ruam pada muka, leher atau belakang telinga,” sambungnya lagi.
Tanda-tanda anda alami alahan haruman:
Bersin apabila tercium bau minyak wangi yang dipakai rakan sepejabat dan dalam masa beberapa minit, anda mula sakit kepala.
Apabila membuka sabun cecair dan terkena pada tangan, tangan anda mula ditumbuhi ruam dan rasa gatal.
Bersin apabila tercium bau harum daripada lilin aromaterapi.
Apabila membuka majalah yang ada iklan minyak wangi dengan haruman, mata berair dan anda bersin berulang kali.
Gejala alahan haruman:
Gejalanya mungkin berbeza mengikut masalah kesihatan pesakit tetapi secara umumnya ia membabitkan saluran pernafasan (termasuk hidung) dan mata. Antara alahan yang kerap dialami ialah:
Sakit kepala
Sesak nafas
Bersin
Pernafasan berbunyi kasar dan kuat
Dada terasa ketat
Gejala asma bertambah teruk
Hidung berair atau tersumbat
Kulit naik ruam, gatal dan merah (bagi individu yang ada masalah alahan kulit)
Contohnya pesakit yang ada alahan rinitis yang teruk mungkin akan bersin dan hidung mula tersumbat selepas terhidu bau wangi. Pesakit asma pula boleh mengalami rasa sesak dada dan sukar bernafas.
Ada juga sesetengah pesakit yang mengalami alahan teruk mendapat ruam selepas makan makanan mengandungi rempah seperti kayu manis, bunga cengkih dan vanila – sebatian yang sama digunakan dalam penghasilan minyak wangi.
Bila kesan alahan bermula?
Tempoh permulaan alahan berbeza antara individu mengikut daya ketahanan atau sistem imun badan masing-masing. Ada yang cepat iaitu beberapa minit (biasanya dalam 30 minit) dan gejala akan berulang semula selepas beberapa jam.
Ada juga individu yang hanya mengalami gejala selepas beberapa hari atau minggu dan keadaan ini dipanggil kesan alahan tertangguh. Kesan alahan tertangguh ini lazimnya berlaku pada kulit di mana kulit akan menjadi kering secara perlahan-lahan dan disusuli rasa ruam, gatal dan sakit.
Kesan alahan ini tidak hilang walaupun disapu losen pelembap dan jika ia berlarutan, kulit semakin kering dan mungkin merekah. Jika ini berlaku kepada anda, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Malah jika anda mengalami alahan pada haruman, jangan terlalu risau kerana ia bukan masalah serius tetapi ia menyebabkan ketidakselesaan. Bahkan ia mudah dirawat dengan menghentikan penggunaan yang boleh mencetuskan gejala alahan berkenaan.
Kanak-kanak juga boleh mengalami alahan haruman ini kerana mereka sudah terdedah kepada produk yang wangi sejak kecil. Lebih cepat pendedahan seseorang kepada produk mengandungi haruman, lebih tinggi kebarangkalian untuk mengalami alahan ini pada usia muda.
Justeru, ibu bapa yang mempunyai anak kecil disarankan menggunakan barangan bayi yang tidak mengandungi sebarang haruman atau hipoalergenik (tidak menyebabkan alahan).
Ujian alahan dan rawatan
Oleh kerana alahan pada haruman bukan masalah serius, ada yang bertanya, adakah ujian untuk alahan ini perlu? Ia terpulang kepada anda, namun jika anda ada sejarah keluarga yang mengalami alahan teruk, apa salahnya menjalani ujian ini, setidak-tidaknya ia boleh dijadikan sempadan untuk mengelakkan masalah yang lebih teruk berlaku. Ujian alahan di klinik juga boleh dilakukan, supaya anda tidak perlu lagi berteka-teki punca alahan anda.
Pelekat ujian alahan haruman ini mengandungi lapan jenis pewangi yang kerap menimbulkan gejala alahan. Ia hanya perlu ditampal di atas kulit selama 48 jam. Selepas ditanggalkan, doktor akan memeriksa kehadiran bintik merah – yang menandakan anda alah pada wangian tertentu.
Kemudian kesan ini akan dilihat selepas 72 jam tampalan ditanggalkan. Kesan berkenaan akan dilihat atau diperiksa sekali lagi seminggu kemudian. Mengapa perlu dilakukan pemantauan berterusan? Ini adalah untuk melihat sekiranya berlaku kesan alahan tertangguh seperti yang diterangkan di atas.
“Sehingga kini tiada satu rawatan khusus yang boleh menyembuhkan alahan. Kaedah terbaik ialah menghentikan penggunaan produk yang mengandungi haruman selama dua minggu. Jika masih mahu menggunakannya, cuba satu produk pada satu masa. Melalui kaedah ini, jika berlaku gejala alahan, anda mudah mengenal pasti puncanya.
“Anda juga boleh lakukan sendiri ujian alahan di rumah. Caranya mudah iaitu dengan menyapukan satu-satu produk ke kulit di pelipat lengan. Kulit di sini lebih sensitif dan gejala alahan akan muncul segera jika anda ada masalah ini.
“Sapukan produk itu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan biarkan hingga ia hilang sendiri. Sistem imun kita perlukan sedikit masa untuk mengenali satu-satu bahan yang disapu pada kulit sebelum ia menunjukkan reaksi alahan.
“Walaupun ini bukan kaedah standard tetapi ia berkesan. Pun begitu kaedah ini hanya sesuai untuk produk yang boleh bertahan lama atas kulit seperti gincu atau solekan tetapi ia kurang berkesan bagi produk yang mudah hilang apabila terkena air seperti sabun dan syampu,” katanya.
Tidak berbau atau tanpa haruman?
Ini satu perkara penting yang perlu anda fahami. Jika anda perhatikan, biasanya pada label akan tertulis perkataan ‘Tidak Berbau’ (Unscented) atau ‘Tiada Haruman’. Adakah ia sama? Tidak. Bagi yang ada masalah alahan, pilih produk yang tidak mengandungi haruman.
Elakkan membeli produk dengan label ‘Tidak Berbau’ kerana produk begini biasanya mengandungi bahan untuk ‘menutup’ bau haruman yang ada di dalamnya. Walaupun ia tidak berbau, ia mungkin mempunyai haruman yang boleh mencetuskan gejala alahan pada anda.
Benarkah kandungan alkohol dalam pewangi menyebabkan alahan?
Tidak, kata Dr Woo. Minyak atau alkohol dalam semburan pewangi anda berperanan sebagai ‘pemegang’ sebatian yang mempunyai bau itu. Jika tiada alkohol atau minyak, sebatian yang berbau harum itu akan sejat dan hilang. Ia tidak akan menyebabkan gejala alahan. Gejala alahan anda disebabkan sebatian yang harum itu.
Bahan yang diketahui paling kerap menyebabkan alahan dalam minyak wangi ialah balsam of Peru. Selain itu minyak wangi yang mengandungi rempah seperti kulit kayu manis, bunga cengkih dan vanila juga diketahui boleh menyebabkan gejala alahan. Selain itu ada juga orang alah pada haruman daripada buah-buahan sitrus (limau dan oren) tetapi kesnya tidak banyak.
Panduan atasi masalah alahan haruman
Pilih produk yang tidak mengandungi haruman atau mempunyai perkataan hipoalergenik.
Tukar tempat duduk di pejabat. Sama ada anda menjauhkan diri daripada orang yang memakai haruman yang boleh mengganggu anda. Jauhi juga tempat yang sesak kerana di tempat ramai orang kemungkinan anda terdedah kepada haruman adalah tinggi.
Buat panggilan telefon jika anda perlu ada urusan atau perlu berbincang dengan orang yang memakai haruman.
Ubahsuai jadual kerja anda (jika boleh). Jika anda bekerja di syarikat yang mengamalkan waktu kerja anjal, datang kerja lebih awal supaya anda juga boleh balik awal. Cara ini akan memendekkan tempoh anda berada bersama-sama dengan rakan sekerja lain malah bagi orang yang menggunakan pengangkutan awam, ia dapat menghindarkan mereka daripada bersesak ketika pergi dan balik kerja.
Pasang kipas mudah alih yang kecil di meja anda. Kipas kecil ini boleh menggerakkan udara dalam pejabat, sekurang-kurangnya di sekitar anda. Ia juga cara yang baik untuk menyahkan bau dengan cepat.
Tukar kaedah bekerja dan berurusan. Gunakan teknologi untuk memudahkan kerja anda seperti berurusan melalui e-mel, telefon dan faksimili.
Jika anda mengesyaki mengalami alahan haruman, hentikan penggunaan produk berkenaan selama dua minggu. Biasanya kesan alahan akan hilang selepas sendiri selepas dua minggu.
Jika anda cukup berani, beritahu si pemakai minyak wangi mengenai masalah anda dengan cara yang lembut supaya dia tidak berasa malu atau kecil hati.
0 comments:
Post a Comment