Haluuuu……….. dah petang
Jumaat sesangat dah ni….. baru hari ni nak post satu menu.. menu minum
petang, sesuai la kot ni… esok pulak cuti.. alangkah bestnya esok dan lusa
cuti.. cam aku ni memang time cuti pun, tahun depan baru masuk kerja………. Best.. selalu
bergaduh dengan adik pasal cuti kan sebab dia cuti tak selama aku.. ko ade??? Hahaha….
Kebetulan dok sesaje petang
ni rasa macam boring la pulak.. dan perut pun rasa lapar la jugak. Dok
jengok-jengok kat dapur, apa benda yang ada… biskut krim, biskut mayat ( ganas je bunyi
dia kan, sebab masa orang meninggal selalu ada biskut ni, ala biskut empat
segi tu la yang tawar tu ), nasi dan
lauk ada la……… takkan nak makan nasi petang-petang ni… korek sana
sini, jump la roti.. mmmmmm…..terus teringat nak buat pudding roti la.. apa lagl
amik la bahan-bahan yang telah sedia ada kat umah ni…. Tetiba mak tanya
nak buat apa… aku cakap la nk buat pudding roti… mak pun cam
cuak jer aku nak buat pudding roti ni… ntahlah… dulu.. memang family
aku cop aku ni tangan bangku.. tangan bangku? Bukan kaki bangku taw..
peribahasa aku sendiri ni.. tangan bangku tu maksudnya tak tau masak.. asal
masak jer mesti hitam dan hangit…. Mak boleh cam sape masak
kalau kat umah tu.. hehehhe….. takper, practice make perfect kan…. dan aku dah
boleh masak sekarang ni… walaupun tak terrer macam chef zam, chef wan, chef riz,
chef yang kat hotel semua tu tapi at least tak lapar la keluarga aku bila nak
makan kan….. yang penting HABIS!!!..
Ok la, this time nak share
satu resepi yang amat mudah sekali iaitu pudding roti… haah, pudding roti
yang simple tu.. guna je roti yang tak habis tu, … tapi masa aku
buat ni, aku main redah jer amik roti yang mak baru beli.. nanti siap la dia
bising roti dia nak makan pepagi tu dah tinggal separuh.. hehehehe….. takper, kejap
je tu… okeylah cik abg, cik adik….dan segala cik lagi lah
ini resepinya..
BAHAN-BAHAN
5 keping roti ( aku pakai
gardenia )
1 cawan whipping cream
1 cawan susu segar
2 sudu gula pasir
1 penutup esen vanilla
2 biji telur ayam saiz
sederhana
Secubit garam
Sedikit mentega untuk
disapukan pada Loyang
CARA-CARANYA KALAU KORANG
NAK BUAT LA…
1. Masukkan telur, garam dan esen
vanilla ke dalam susu segar dan kacau hingga sebati ke dalam loyang yang telah
disapu mentega
2. Koyakkan roti dan rendam dalam susu, biarkan 10 minit
3. Dalam kuali, cairkan gula sehingga bertukar warna keperangan ( jangan
sampai coklat tua, itu hangit namaya, kalau dah hangit tu, buang aje la……….. buat baru! )
4. Apabila gula sudah bertukar kepada warna keperangan, masukkan whipping
krim dan kacau sehingga sebati dan masukkan sedikit air dalam 5 sudu
5. Tuangkan bancuhan gula dan whipping krim tadi ke dalam Loyang yang
berisi roti
6. Bakar selama 50 minit pada suhu 180 darjah celcius…
7. Siap, boleh dimakan bersama whipping cream juga….
0 comments:
Post a Comment