CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Thursday, 6 December 2012

Belajar la.........


Assalamualaikum




Di dalam Islam, ilmu yang wajib dipelajari oleh umatnya terbahagi kepada 2 iaitu Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. Betul ni.......

Tapi apakah yang dimaksudkan dengan ilmu fardhu Ain? Ilmu fardhu Ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim. Ini merupakan tanggungjawab setiap individu. Maksudnya..kalau dah masuk agama Islam, seseorang tu wajib pelajari ilmu fardhu Ain ni. Contoh ilmu fardhu Ain ialah ilmu aqidah, akhlak, fiqh dan ilmu yang berkaitan dengan Islam. Jika ilmu ini tidak di pelajari dan di amalkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim, maka individu tersebut akan berdosa. 

Apa pula ilmu fardhu kifayah? Ilmu fardhu kifayah ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh sebahagian daripada masyarakat. Jika sebahagian telah mempelajari dan mengamalkannya, maka terlepas dosa bagi masyarakat Islam keseluruhannya tetapi jika langsung tiada yang mempelajari dan mengamalkannya, maka semua umat Islam akan mendapat dosa. Ilmu fardhu kifayah merupakantanggungjawab sosial. Ia berkait rapat dengan hubungan bermasyarakat. Contoh ilmu fardhu kifayah ialah ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu ekonomi, ilmu perundangan, ilmu kebudayaan dan sebagainya. Maknanya kalau seorang dah tunaikan tanggungjawab tu maka selamatlah muslim lain daripada menanggung dosa itu...

Sememangnya kedua-dua ilmu ini sebenarnya saling berkait rapat dan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Ilmu fardhu Ain menjadi tunjangnya kepada ilmu fardhu kifayah. Jika kurang salah satu, maka akan menjadi pincang individu tersebut seterusnya berkait kepada hubungan kemasyarakat dan yang paling kritikal sekali ialah negara. Sememangnya ia amat berkaitan dengan semua orang juga.

Pada masa kini, kita dapati ramai individu muslim yang kurang mengambil berat tentang ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu muslim iaitu ilmu fardhu Ain. Ramai yang lebih mementingkan ilmu fardhu kifayah sebagai ilmu utama..bahkan ilmu fardhu Ain itu merupakan asas kepada ilmu yang lain..akibatnya, lahirnya peguam yang kurang amanah, peniaga yang tidak jujur, pemimpin yang tidak adil dan zalim serta pelbagai lagi jenayah yang wujud. Mungkin masing -masing ada kepentingannya sendiri.

Kedua-dua ilmu wajib kita pelajari dan diamalkan dalam kehidupan kerana jika tidak ada salah satunya, hidup kita tidak akan sempurna. Kan lebih elok jika jadi seorang jurutera tetapi jurutera yang beriman, kalau menjadi pemimpin..jadi pemimpin yang adil dan saksama, kalau jadi doktor..jadi doktor yang pandai menjaga aib orang lain..jadi nelayan, nelayan yang sentiasa bersabar dan redha akan rezekinya pada hari itu..kalau jadi peniaga..jadi peniaga yang jujur dan sebagainya. sebab semua pekerjaan perlukan keimanan tidak kira la apa sahaja pekerjaan yang mereka lakukan.

Islam itu sangat indah, tetapi umat Islam itu sendiri yang gagal untuk menunjukkan dan mempamerkan keindahannya kepada umat agama lain sehinggakan mereka sendiri tidak nampak apa beza agama mereka dengan Islam? Sebab itu apa yang kita lihat hari ini, kebanyakkan muslim sekarang hanya beragama Islam, tetapi cara kehidupan mereka lebih kebaratan.  Jadi apakah yang dapat ditonjolkan tentang keindahan Islam? Apa sumbangan kita? Dapatkan kira menarik orang bukan Islam melihat tentang kehebatan dan keindahan Islam? Mampukah kita? Bahkan umat Islam lebih teruk lagi akhlaknya..kadang-kadang perkara yang kita nampak agak remeh dan temeh..itulah yang menjadi punca kepada masalah jenayah yang teruk pada hari ini. Semua itu disebabkan oleh kurang ilmu. Umat Islam kebanyakannya malas untuk mempelajari ilmu..malas mengkaji, menghayati ilmu menyebabkan umat Islam ketinggalan jauh. Kalau ada pun yang berjaya, tetapi gagal pula dalam ilmu -fardhu Ain..sama-sama kita muhasabah diri.


0 comments:

Post a Comment