CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Sunday, 4 December 2011

Kerabu kaki ayam


Assalamualaikum sekali lagi........
sebenarnya resepi ni dah buat makan untuk tengah hari tadi, cuma baru sekarang nak post kat blog...takpelah kan...janji post.... masakan ni dibuat sebab banyak sangat kaki ayam kat dalam freeze tu.. dah banyak jenis menu dibuatnya... tp, kaki ayam tak habis2 lagi....so, menu apa lagi yer...? mmm...hari tu ada makan di Kampung Baru, apa ntah kedai tu nama dia.... memang sedap sesangat la kerabu kaki ayam tu. Hari ni teringat pulak kat kerabu kaki ayam...so, search la di myrsepi dan memacam lagilah untuk dapatkan resepi kerabu ni.. alhamdulillah dah dapat resepi dan terus buat... apa pun, tengok gambar ni dulu...


BAHAN-BAHAN

500g Kaki ayam yang sudah direbus empuk sampai lembik
2 biji limau nipis
6-7 biji cili padi
1 biji lada merah
3 biji bawang merah
2 sudu gula yang dicairkan
sedikit garam
sedikit perasa
1 batang bunga kantan
1 pokok daun ketumbar
4-5 helai daun kesum
2 batang serai
1 biji tomato

CARA-CARA

Semua bahan dimayang halus dan dicampur dengan kaki ayalm yang telah direbus empuk tadi.... garam,gula dan perasa boleh diletak mengikut kesesuaian selera anda...
sekian sahaja menu saya untuk tengah hari ini, yang boleh dikongsi bersama-sama... mudah aja.... silalah cuba..

0 comments:

Post a Comment