Adakah Allah sangat baik kepada kita? Jawapannya ialah "YA".. Kenapa? Terlalu banyak bukti yang telah diberikan oleh Allah untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada kita. Pelbagai hadiah dihulurkan tanpa mengira samada kamu beragama Islam atau Kristian atau apa sahaja sebenarnya... Contohnya memberikan kita hadiah berupa makanan, minuman, oksigen, pakaian, tempat tinggal, keluarga, kebahagian dan sebagainya...
Adakah semua antara kita berfikir semua itu dari Allah? Atau adakah ketika susah sahaja kita mengingatiNya?
"I love Allah........."
Sukar atau mudah untuk melafazkannya? Mudah bukan....? Tetapi , sejauh manakah kita melafazkannya dengan ikhlas dan sepenuh hati? Akah kita mengikut semua ajarannya?
"I miss u Allah........."
Sukar atau mudah untuk melafazkannya? Mudah bukan....? Tetapi, sejauh manakah kita melafazkannya dengan ikhlas dan sepenuh hati? Akah kita rindu padanya apabila sengaja melambat-lambat temujanji denganNya? Dating? Ya, solat....
BAGAIMANA NAK BAGITAU ALLAH, I LUV U ALLAH....
1. Mengenali Allah swt
Melalui Asma Ul Husna.... Allah sangat sempurna, tiada langsung kekurangan padaNya. ZatNya tidak terjangkau oleh akal kita sebagai manusia seperti dalam surah al-Syura 42:11 "Tiada satu pun yang seumpama denganNya. Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat"... Allah lebih dekat dengan kita melebihi urat leher kita sendiri...
2. Bersangka baik kepada Allah
Perlu sentiada +ve dengan Allah... Maksudnya apa sahaja ujian yang datang adalah daripada Allah yang sedang menguji kita.. Cakap memang senang, tapi nak tanggung memanglah sakit.. Habis tu camne? Banyakkan sabar ajelah...Takkan terus nak cakap beriman, baru kena test dah menggelabah kan...!
3. Mencintai apa yang dicintai oleh Allah
Apa yang kita cintai itu mestilah selari dengan kehendak Allah swt. Cinta berkait dengan amal, amal berkait dengan ikhlas...tetapi ia memerlukan disiplin yang tinggi untuk mencari cinta Illahi kepada kita. Sesungguhnya jika kita mengingati Allah, Allah juga akan mengingati kita..
4.Membenci sesuatu yang Allah benci
Perkara-perkara yang mengundang kebencian Allah swt ialah...
* Menduakan cinta Allah swt dengan benda lain
* Berzina, sodomi, minum arak
* Tak solat, lambat-lambatkan solat, sengaja tidak berjamaah
* Ingat sikiiiiiiiit je pada Allah
* Sikit je baca al-quran
* tak nak berdoa dan bertawakal kepada Allah
* Mencintai dunia
* Tashabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah swt seperti tidak menutup aurat, cara hidup dan penampilan
* Berkawan dengan orang jahat dan lalai
* Siakan waktu dalam mengingati Allah
* Banyak makan,minum,tidur dan buang masa yang boleh menyebabkab rosak hati dan malas melakukan
ibadat
* Dengar lagu dan tegok rancangan yang lagha
* Ambil mudah perkara yang halal dan haram
* Melanggar perkara yang haram seperti wanita tidak menutup aurat, rokok,dadah dan sebagainya
5.Memperkecil Cinta Kepada Dunia
Menyucikan diri dan berserah diri kepada Allah tanpa melupakan tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Selain itu menyucikanjiwa daripada akhlak tercela dan menghiasi diri dengan sifat mahmudah dan nyata mukan mazmumah dalam hidup seharian untuk mennyerah seluruh jiwa raga hanya kepada Allah...
Kesimpulannya marilah kita bersama-sama memulakan satu niat baru atau yang dah berniat itu, teruskanlah bermujahadah ke jalan Allah untuk meraih cinta Allah...kerana Allah akan mencintai sesiapa sahaja yang mencintaiNya.......
0 comments:
Post a Comment