Tetttttt................. raya lagi??? dah tentu la... Puasa sebulan, Syawal pun sebulan kan... tapi, ni bukanlah menu ke .... erk.. berapa syawal erk... heehehe.... menu ni aku buat untuk dinner hari ni. Hari tu ada masak nasi impit, so ada lebih lagi.. eloklah dimanfaatkan agar tidak membazirkan. Alhamdulillah, menu lontong goreng dapat disiapkan, bolehla dimakan untuk 3 orang.. kalau agak-agak sedap bolehlah ditambah sukatannya. Bukan ape, takut tak cukup lak nanti.
Menu lontong goreng ni biasanya terdapat di negeri Johor. Mak aku la ajar menu ni.. di tempat lain agak jarang kedengaran menu ni.. takper, lepas ni korang boleh la mencuba menu ni ye.. tak susah mana pun. sangat-sangatlah senang nak buat dan rasa sedap.... percaya tak? tak percaya? kena la cuba dulu......
BAHAN-BAHAN
1 pek nasi impit yang telah direbus semalaman
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang besar
2 sudu lada kering yang dikisar
1 pokok daun sup
1 pokok daun bawang
1 ketul dada ayam goreng yang diracik
2 biji telur ayam
2 sudu udang kering tumbuk halus
4 sudu minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
bawang goreng untuk hiasan
CARA-CARA NAK BUAT BENDA ALAH NI..
1. Tumis la lada kering, bawang kecil,bwg putih dan udang kering sehingga wangi.
2. Masukkan nasi impit yang telah dipotong dadu
3. Masukkan gula dan garam
4. Masukkan telur yang dikacau terlebih dahulu ke dalam kuali
5. Masukkan daun sup dan daun bawang
6. Masukkan dada ayam yang telah diracik tadi
7. Gaul sehingga masak dan sebati
Taraaaaaaaaa......... dh siap dan sedia untuk dinikmati bersama-sama air teh o ke.. wow..!!! Cuba la kalau nak kan kelainan pada menu harian anda, pasti nak lagi lepas ni.. insyaallah...
0 comments:
Post a Comment