Hari ini , aku dapat perkhabaran kurang gembira daripada seorang teman di fb yang menyatakan bahawa rakan sekuliyah aku kak ana merangkap teman sebilikku sedang berada dalam keadaan koma ketika ini dan berada di hospital di JB..
Ya Allah, alangkah sedihnya hatiku ini.... Ya Allah, apa pun juga yang kau duga kepada kami, harapnya menjadi satu penghapus bagi dosa kami.. moga kami diberikan ketabahan dariMu ya Allah..
Teringat kenangan bersama-sama Kak Ana di bilik asrama Blok D Maktab Perguruan Teknik.. Selama 3 tahun kami memang bersama-sama.. Ada yang suka dan ada yang duka.. ada masa jugak berkecik hati, ada masa buat dek jer... kak ana...
Apapun Izma mintak maaf atas kesalahan izma pada kak ana... walaupun kita dah 11 tahun tidak berjumpa, tp alhamdulillah di fb kita bertemu... di fb jualah kita melihat keletah anak masing-masing... Izma doakan agar kak ana dalam lindungan Allah swt... Kami sentiasa doakan kebaikan kepada kak ana sekeluarga.. Amin
"Manusia yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa."
Baru tadi izma call abg zaini bertanyakan perihal keadaan kak ana.... demi allah, amat sedih menerima perkhabaran dari abg zaini.. walaupun suami kak ana tu satu usia dengan izma, tp izma tetap panggil dia abang... hehehe... sajeje..... Abg zaini kata kak ana stress dengan kerja di sekolah.. ye lah.... izma faham dengan stress tu sebab sekolah zaman sekarang tak seperti du-dulu.. serius kalau izma tau kerja banyak camni, izma taknak jadi cikgu.... kalau org bukan cikgu mungkin tak faham, sebab masing2 ada stressnyer sendiri. Tapi memang ada kajian yang menunjukkan kerja sebagai pendidik ni kerja yang paling stress sekali...
Kak Ana, Izma harapkan agar kak ana memberikan respon yang baik semasa dalam perawatan penyembuhan ini.. walaupun kak ana tidak sedar, tapi izma tetap berpesan pada abang zaini agar selalu bacakan yaasin pada kak ana... insyallah berkat dari surah yaasin yang abg zaini bacakan tu, dengan izin Allah, kak ana akan pulih seperti sedia kala.. izma juga ada kirimkan salam untuk kak ana...
Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
Abg zaini, harapnya abg zaini bersabarlah dengan ujian dari Allah ini yer.. Itu je Izma mampu beritahu pada abg zaini... izma tau, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..takpe abg zaini... izma tau abg zaini boleh buat, izma tau abg zaini seorang yang kuat... izma tau abg zaini hebat.... insyallah abang zaini mampu untuk mengharungi dugaan yang maha hebat untuk abg zaini dan anak-anak sekalian.. semoga anak-anak mempunyai hati yang kuat seperti ibu dan ayahnya juga.
Anak-anak, aunty izma tahu korang mempunyai hati yang kuat seperti ibu dan ayah... bersabar yer.. itu Allah mahu menguji keimanan kita aje.. Aunty tahu korang mesti dah berdoa kepada Allah supaya sembuhkan ibu kan.. takpe, doa kami juga sentiasa mengiringi doa kalian... usah gentar, usah khuatir anak-anak, Allah sentiasa bersama hambaNya yang sabar... Walaupun anak-anak kecil lagi, tapi kamu mempunyai hati yang besar..... minta pada Allah supaya Allah lapangkan hati kamu yer... Jangan lupa untuk mengaji untuk ibu.. Ibu senang kalau tahu anak-anak ibu mengaji untuk ibu... Anak-anak ibu sentiasa doakan yang baik-baik untuk ibu kan....
"Kami tak tahu ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik pada Allah."
Boleh tengok kat link ni
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm
Boleh tengok kat link ni
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm
Akhir kata dari izma, semoga abg zaini, anak-anak dan keluarga kak ana tabah dalam menghadapi dugaan dari Allah ini.... Ingatlah, dugaan Allah amatlah besar, kerana Dia kasih kepada hambaNya.... Allah ingin uji ketaqwaan kita..... doalah supaya diberikan kekuatan dan ketabahan untuk bersedia dan redha dalam menempuh ujian dariNya ....
Semoga cepat sembuh kak ana...
Amin..........
0 comments:
Post a Comment