Hari ni aku tak nak membebel pasal lain. Hari ni aku nak bagi resepi makan malam kat umah aku ni. Hari ni aku rasa tekak aku nak makan ikan bakar lah. Cari punya cari resepi dalam internet, terjumpalah aku dengan resepi CMG ni... korang mesti kenal dengan CMG kita ni kan... So, tanpa berlengah-lengah td, aku teruslah memasak untuk santapan dinner aku malam ni.
Actually, aku memang dah plan nak masak, so aku pergi pasar malam dan beli lah bahan-bahannya untuk sambal siakap portugis..dalam suasana hujan lagi...siap berpayung bagai sambil memilih ikan siakap yang cantik gitu!!
Sebenarnya aku pun tak tau kenapa dinamakan sambal siakap portugis ni. Maybe, resepi ni berasal daripada orang keturunan portugis kot... Apa apa pun, terima kasih pada CMG kerana sudi berkongsi resepi ni.... wow, best...
baiklah ni resepinya, walaupun menderhaka sikit erk..
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang serai
1 cm lengkuas
4 helai daun limau purut
1 biji limau nipis
4 sudu cili kering blender
2 helai daun kunyit yang besar
2 biji buah keras
sedikit minyak bawang putih
garam
gula
Petai
Aluminium foil
CARA
Tumiskan minyak masak sikit dan letak bawang putih dalam 6 biji untuk jadikan minyak bawang putih dan sejukkan seketika
Bersihkan ikan dan perap dengan garam dan limau nipis dalam 10 minit
Kisarkan serai, bawang merah, bawang putih, buah keras, lengkuas
Sediakan aluminium foil dan alas dengan daun kunyit,letak ikan di atasnya
Setelah siap bahan campuran tadi, lumurkan pada ikan luar dan dalam
Tuangkan sedikit minyak bawang putih
Hiriskan daun limau purut dan tabur atas ikan
Taburkan petai yang telah dikupas
Bungkus dengan cermat
Bakar ikan tadi dalam 30 minit api sederhana atau mengikut dapur/oven anda
Setelah siap, boleh juga dihidang dengan sambal kicap berlada
Selamat mencuba
0 comments:
Post a Comment