CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Friday, 6 January 2012

Belajar menghargai erti budi dan kawan sejati

Salam sekali lagi... cuba pejamkan mata sejenak...pejam...aik, jangan bukak mata sebelah pun..ha...tipu... pejam mata dan fikir sejenak, adakah selama kita hidup kita telah menghargai rakan-rakan kita atau kita menghargai orang lain sebetul-betulnya?



pernah tak kita bersusah payah demi seorang rakan? kalau setakat kebetulan pun dah alhamdulillah dapat bantu sedikit sebanyak kan...

dan dalam hidup aku, aku pernah rasa tidak dihargai dan ditolak tepi..sangat menyedihkan. ada juga makhluk allah yang berhati kejam sebegini. kejam ke? kalau nak catat satu persatu dalam blog ni rasanya tak cukup sampai esok kot...Cuma kehidupan seharian inilah yang akan beri korang rasa apa itu hargai, menghargai, dan dihargai! juga dapat mematangkan korang...

Bagaimana dengan istilah "orang memberi, kita merasa"? sesuai kah? yup, sesuai...tapi, perlu juga kita membalas budi mereka kan.. takkan lepas kita, kita lagi dan kita lagi.... akhirnya, orang jemu dengan kita kan..

Bagi aku kalau korang nak kenal erti budi dan rasa, cubalah korang tabur budi pulak kat orang lain... tengok dan nilai sendiri..ikhlas atau tidak perbuatan kita tu. kalau ikhlas, sure tak rasa apa kalau orang tu buat derrkkk je kat kita kan... buat kerana allah... tapi kalau buat kerana manusia, itu yang timbul isu tak puas hati tu..

stress juga kalau ada kawan yang selalu timbulkan masalah ni...ignore je kat kita..mungkin mereka rasa kita ni tak layak jadi kawan mereka kot...? bagus ke mereka tu?  good sangat ke? ujub? kalau mereka ikhlas nak kawan, rasanya siapa kita tak menjadi ukuran bukan? atau ada udang sebalik batu?



Kawan yang baik pada aku ialah

  • kawan yang selalu menegur silapan aku 
  • yang selalu perasan akan perubahan diri aku 
  • yang cuba buat aku senyum walaupun hakikatnya memang dia tahu yang korang takkan senyum.
  • yang layan kerenah korang walaupun dia orang ada kerja lain sebenarnya.
  • yang tahu erti gurau, lawak, serius.
  • yang faham hanya dengan jelingan mata korang.
  • yang hidupnya, percaya korang.
  • yang dirinya tegak untuk korang.
  • yang jiwanya seirama (geng) dengan korang.
so, amacam...susah juga nak cari kawan ni kan... kawan suka-suka tu merata boleh dapat..kawan sejati tu yang susah nak cari....


so, renungkanlah ciri-ciri sahabat yang korang cari tu...boleh ke jadi kawan dunia akhirat korang...


0 comments:

Post a Comment