CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Monday, 26 November 2012

Durian Crepe Umi

Assalamualaikum uolllsssss............
hehehhe........... akhirnya alhamdulillah jadik jugak la DC aku ni.... punya la berzaman-zaman dah beli bahan-bahan untuk buat DC ni.. akhirnya pada hari ini, terciptalah DC aku yang pertama.. wallah...
Dah lama betul dengar orang cakap pasal DC ni... aku pun ada la cari2 lah kat cik google ni.. banyak wesbsite masakan yang aku jumpa dan selidik..terima kasih pada blogger masakan yer... kerana resepi yang diberi tu amatlah terbaik........ banyak pilihan dan variasi.. dan banyak juga la pilihan. tapi aku cuma nak try yang durian filling dulu ni.. maklumlah aku ni pun cam hantu durian jugak.. ngeh ...ngeh.....ngeh.... kebetulannya pulak sekarang ni kan musim durian, apa lagi.. sementara dah musim ni, kena la try apa yang ada, karang dah habis musim ni, takkan nak letak filling yang memacam kan.. tapi, boleh jugak kan.. tetiba je terkena musim kedondong ke, cempedak ke, rambai ke.... ha, apecer....
ok la, ni aku nak bagi tau la bahan-bahan yang perlu ada masa nak buat DC ni... kalau korang nak ikut, ikutlah.. nak tambah memane yang patut tu, terpulang la....... korang jugak yang makan nanti kan..




BAHAN-BAHAN UNTUK CREPE ( KULIT )
200 ml santan
170 g tepung gandum
3 biji telur
secubit garam
pewarna ( suka hati korang lah nk warna ape....)

FILLING
Isi durian
1 cawan fresh cream

CARA-CARA NAK BUAT LA PLAK....
1. Satukan bahan-bahan nak buat crepe tu dalam blender, pastu tapis....( takut berketul lak kan ), kalau korang rasa nak letak warna, dipersilakan, kalau taknak pun tak pe, takde sape marah pun....) ketepikan.
2. Dalam bekas lain pulak, pukul cream fresh tu lebih kurang 5 minit, sampai ada peak ( kalau terbalikan bekas yang ada batter tu tk tumpah pun )
3. Letak cream fresh dalam beg plastik, dan potong hujungnya agak-agak dalam 1 cm... ( senang nak piping kan nanti supaya tak sememeh, ada juga yang guna sudu jer, terpulang la kat korang kan )
4. Ambil isi durian dan blend kasi halus, pastu letak dalam piping beg juga ( pakai plastik biasa pun boleh,pastu potong satu sahaja penjuru plastik tu )
5. Letakkan beg plastik cream fresh dan beg plastik durian tu dalam peti ais (bukan kat freezer taw!)
6. Ambil kuali non stick, kalau takde pakai je la kuali leper atau pun kuali biasa, basahkan tisu dapur dengan sikit minyak pastu, lenserkan atas kuali korang tu... biarkan dalam 15 saat...
7. Sendukkan satu senduk kecil bancuhan crepe tu, dan tuang ke dalam kuali sambi goyang-goyangkan kuali korang tu untuk jadikan crepe tu bulat ( ala-ala buat lempeng la jugak ni pun ! )
8. Biarkan dalam beberapa saat sehingga masak ( aku suka buat berwarna-warni,thats y aku punya crepe tu berbelang-belang... hehehehe... itu pun ikut kreativiti korang jugak...)
9. Ingat, jangan terbalikkan crepe tu, sebab kita hanya gunakan sebelah permukaan sahaja!
10. Apabila dah siap semua crepe tu, biarkan seketika sehingga suhu turun atau sejuk ( jangan masukkan dalam peti sejuk pulak korang taw! )
11. Apabila crepe dah siap, guna bahagian permukaan atas crepe ( yang tak menggerutu / yang tak kena kuali masa masak ), letak la dalam dulang atau pinggan
12. Ambik fresh cream, tiubkan sikit atas crepe tadi tengah-tengah tau... 
13. Ambik filling durian tadi, tiubkan sikit atas cream fresh tadi tu..
14. Ambik freash cream, tiubkan atas filling durian pualk... ( kira-kiranya durian tu dikepit oleh cream fresh la, atas dan bawah....... korang faham tak ape aku cakap ni? )
15. Pastu apa lagi, lipat la kira kanannya.....sampai jadi macam bantal gemuk tu la.......
16. Dah siap semua, apa lagi...letak dalam peti dulu, dalam 2-3 jam baru boleh makan dalam keadaan sejuk... tapi kalau dah tak tahan sangat, belasah je la.............

ok, itu je la update kali ni............. harap korang suka la.... aku pun terasa pening2 jugak ni, dok pekena durian yang tak habis lagi tu............. adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii................



0 comments:

Post a Comment