Thursday, 30 October 2014
Friday, 19 July 2013
Nasi Maqlubah Kambing...
assalamualaikum....
wassup... wassup...
menu berbuka apa hari ni.... aku pun dok tengah memikirkan apa la nak masak untuk berbuka puasa nanti...
dan telah membuat keputusan menu untuk berbuka puasa pada hari ini ialah.............
nasi maqlubah kambing ....
kambing????? pandai ke masak kambing aku ni... hehehe.. tak pernah pernah masak kambing pun sebenarnya seumur hidup... tapi nak cuba jugak la camne pun...
korang tau tak maksud maqlubah ni... ha........ maksudnya diterbalikkan...
tk faham lagi??
nasi ni cara masaknya berselang seli....
maksudnya nnti kita akan masukkan sekali ayam ni sekali dengan nasi pastu bila dah masak korang akan terbalikkan periuk tu atas dulang, baru boleh makan... faham tak? try la nnti erk...
ok la.. dipendekkan cerita ni la resepinya.. bahan-bahan ni untuk makan tiga orang tau.. kalau nak makan ramai tambahlah sukatannya....
BAHAN NASI
2 pot beras basmathi
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 inci halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
6 biji bunga lawang
6 biji cengkih
3 sudu besar minyak zaitun
BAHAN SAYUR
2 biji kentang potong baji
1 batang terung panjang potong empat
1 ketul bunga kobis
2 batang lobak merah
1/2 labu kuning potong dadu besar-besar
KAMBING
3 keping kambing yang dah dipotong ( aku beli kt giant yg dah siap slice )
3 ketul kiub ayam
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 cm halia yang telah diparut
3 ulas bawang putih yang telah diparut
1 sudu kecil rosemary
2 sudu besar madu
SOS SALATAH
1 genggam lada kecik
1 pokok daun ketumbar dan akar sekali
3 biji tomato merah
garam
gula
perasa
1 kiub ayam
1/2 cawan cuka masakan
CARA LA PLAK KAN...
- Basuh beras basmathi dan toskan
- perapkan dengan bahan untuk beras kecuali minyak zaitun seperti di atas sementara kita siapkan bahan lain ni...
- rebuskan daging kambing sahaja dengan kiub ayam
- simpan air rebusan untuk dimasak dengan nasi nanti
- agak-agak dan empuk keluarkan kambing tadi, ketepikan
- perapkan daging kambing tadi dengan bahan (tumbuk) untuk kambing seperti di atas
- goreng semua sayuran tu sekejap, ketepikan
- setelah siap semuanya mula-mula sekali kita masukkan ikut step taw... ikut ni, jgn tk ikut... kang tak jadik.. hahahaha....
lapisan pertama :
masukkan kambing yang telah diperap tadi ke dalam periuk nasi, ingat masukkan kambing dlu taw....
lapisan kedua:
masukkan sayuran yang telah digoreng tadi atas kambing tu.... korang letak je, jgn tya byk!
lapisan ketiga:
barulah masukkan beras tadi. tuang atas sayur tu la.... hentak-hentak sikit kasi beras penuhi ruang yang ada tu..... letakkan stok kambing tadi tu...
pastu baru letak minyak zaitun atasnya...
memang cara masak nasi maqlubah ni macam ni... selang seli patutnya, tapi aku ringkaskan supaya senang sikit... letak kambing dulu, kemudan sayur, pastu baru letak beras... sekali jer...takyah lapis banyak kali lah... kalau korang nk melapis banyak2 pun terpulang la...
pastu biarkanlah nasi tu masak
sementara tu korang siapkan sos salatah tu... kisar aje semua tu, pastu masak kejap atas dapur...
nasi dah siap nanti, ingat, terbalikka periuk tu atas dulang taw... jangan sampai tertumpah... kalau tak terbalikkan periuk nasi tu tk la namanya nasi maqlabah....
tuang la sos salatah tu kat kambing tu masa nak makan....
ok, siap..
sila la cuba yer....terima kasih....................
Saturday, 22 June 2013
Home Made Ice Cream
yuuuuuummmmmmm...
musim-musim panas ni pekena ais krim memang la best....
sedap sesangat air krim yang sejuk lalu kat kerongkong ni...
huh... kena plak dengan perisa kegemaran..
apa lagi dok ulang yang tu je la...
so, hari ni aku nak buat ais krim tapi yang buat sendiri sebab malas pergi kedai..
kebetulan plak bahan-bahan semua dah ada kat rumah...
tinggal buat aje la...
resepi aku amik kat group yang aku join kat fb, GROUP RESEPI TURUN TEMURUN..
dalam grup ni banyak sangat resepi yang boley kita cuba, samada yang senang atau yang susah semua ada. tinggal lagi nak ke tak nak buat jer.. dah la ada sesetengah resepi tu tak pernah tau pun ada.. but good to know la...
alhamdulillah, kita berkesempatan belajar resepi yang mudah ni.... aku bese la, nak resepi yang sedap dan mudah jer.... ngeh...ngeh...ngeh..
ok... jom kita tgk bahan-bahannyer..
BAHAN-BAHAN
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu besar overlet
3 sudu besar gula halus
2 penutup esen vanilla
1 biji telur
* milo
* chochlate rice
* kekacang
CARA-CARANYA
Kisar semua bahan kecuali yang bertanda * selama 20 minit
Pastu asingkan kepada 2 bekas yang berpenutup
If nak buat satu perisa, letak sebekas je la...
1 bekas letak milo ( ikut suka byk mana, 2-3 sudu la..)
1 bekas lagi takyah letak apa2 ( kalau nak letak jugak, terpulang la perisa apa2 pun.. )
Tutup bekas tu
Letak dalam freezer at least 5 hours..
Pastu boley la makan...
Hiaslah ngan choclate rice ke, kekacang ke ape2 je la..
Friday, 7 June 2013
... DIY wall deco ...
halluuuuu....
punye la lama dah tak update blog kan... what to do, terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan.. masa mencemburui i kah? oh... tidak... hehehehe
hari ni adik aku yang kecik tu sibuk je dok ngendeng2 kat kakak dia ni... ngendeng ape? ngendeng suh wat ngecat bilik dia tu... adoila......
sambil tu aku amik la idea kat utube ngan mencari cik google.. idea2 yang gojes2 untuk dibuat rujukan mendeco bilik adik kecik aku nih!
so, patern yang dipilih.... wuhhuuuu...
amacam..?
Tuesday, 28 May 2013
Menggambar
MENGGAMBAR
PENGENALAN
Topik satu
dimulakan dengan pengenalan dalam bidang menggambar yang menyentuh tentang
definisi menggambar. Kemudian diikuti pula dengan pengenalan dan penerokaan
tentang alat, media dan teknik dalam menggambar. Beberapa contoh menggambar
dari pelbagai alat, media dan teknik ditunjukkan dalam topic ini. Dalam sub
tajuk seterusnya, disentuh tentang tujuan menggambar dari aras pengetahuan,
kefahaman,aplikasi, analisa,sintesis dan penilaian. Dalam kepentingan
menggambar banyak diterangkan bagaimana murid-murid berkomunikasi, ekspresi
diri dan menerapkan nilai estetik dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
Akhir sekali ialah rumusan keseluruhan topic secara menyeluruh.
1.1
PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR
Mengikut sukatan pelajaran pendidikan
seni visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan
perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat
kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat
gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Di samping itu, ia menekankan
aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. Antara
kegiatanyang dijalankan dalam bidang menggambar ini ialah lukisan, catan,
kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek.
Bidang ini menekankan perkembangan
imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar
meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan
kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lenih dekat
lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid
terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi focus utama bidang
menggambar ini.
Selain dari itu bidang menggambar
dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni
reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Dengan ini murid akan dapat
menyelaraskan pemerhatian mereka dan pengalaman mereka dalam aktiviti hasil
kerja seni. Aspek apresiasi hasil kerja perlu diadakan sebagai satu proses
pembelajaran murid.
(a) Definisi
menggambar
·
Adalah satu representasi visual
sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata
·
Ia mengandungi komposisi artistic
yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata
·
Sesuatu gambaran mental yang jelas
dan pemberitahuan imej mental seseorang
·
Ilustrasi yang digunakan untuk
menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
·
Gambaran huruf yang diterangkan dalam
bentuk grafik
·
Representasi visual yang dihasilkan
dalam bentuk dua dimensi
·
Gambar sebagai satu artifak yang
menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek
(b) Pengenalan
dan Penerokaan Alat, Media, dan Teknik
Adalah
menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai
jenis kertas yang berbagai tekstur, berbagai jenis warna dan saiz. Lain-lain
kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti kertas surat
khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah,
‘sugar paper’, ‘toilet paper’, kertas kadbod dan banyak lagi.
Alat
tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau media basah
semuanyan amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Selain itu
gunting berbagai saiz dang am bahan buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti
menggambar juga perlu. Alatan dan media yang berbagai yang digunakan ke atas
sesuatu bahan tujuannya supaya dapat menghasilkan satu hasil kerja seni yang
pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan ton.
Dalam
penerokaan terhadap aktiviti menggambar, berbagai media boleh digunakan dan
disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan
media yang boleh digunakan bagi aktiviti menggambar :-
·
Berbagai jenis pensil
·
Warna pastel, warna air, warna
poster, warna pensil
·
Kapur warna
·
‘oil pastel’
·
Artline atau marker
·
Berbagai jenis pen
·
Gouche, akrilik, cat minyak
·
Stensil
·
Kolaj
·
Capan, cetakan
·
Lilin
·
Berbagai jenis cebisan kertas
suratkhabar atau majalah
·
Bahan-bahan semulajadi seperti
berbagai jenis tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran dan buah-buahan
·
Penyedut minuman
·
Gunting,pisau lipat dang am
·
Berbagai jenis berus lukisan
·
Palet/pembancuh warna
1.2
TUJUAN MENGGAMBAR
Hasil pembelajaran yang perlu dicapai
oleh setiap murid dalam kegiatan menggambar ialah :-
·
Asas menggambar
·
Menggambar
·
Meneroka beberapa teknik yang berbeza
dalam melukis dan membuat gambar
·
Menggunakan Asas Senireka dalam
menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
·
Menggambar berdasarkan tema
pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan computer
·
Menggambar berdasarkan tema
pengalaman imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berpandukan computer
Jika dilihat secara keseluruhannya,
setiap hasil pembelajaran tersebut boleh dibahagikan mengikut aras yang
tertentu seperti berikut :-
·
Aras pengetahuan
·
Aras kefahaman
·
Aras aplikasi
·
Aras analisa
·
Aras sintesis
·
Aras penilaian
(a) Aras
Pengetahuan dan Kefahaman
·
Memahami konsep dan fungsi setiap
aktiviti yang dipelajari
·
Menyatakan perasaan, idea dan
imaginasi yang dipelajari melalu kegiatan menggambar
·
Meningkatkan pengetahuan asas seni
reka serta mengaplikasikannya
(b) Aras
Aplikasi dan Analisa
·
Merasa dan mngenalpasti pelbagai
kesan, benda alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan
·
Membuat penerokaan berdasarkan
pemerhatian dan bantuan computer dalam penghasilan karya
·
Mempelbagaikan alat, bahan dan teknik
dalam penghasilan karya seni visual
(c) Aras
Sintesis dan Penilaian
·
Menghayati benda yang dilihat,
disentuh dan didengar serta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak
disukai
·
Memilih, memadan, menyusun dan memanipulasikan
bahan secara kreatif
·
Meningkatkan minat daya kreatif dan
imaginasi dalam kegiatan seni visual
·
Mengumpul dan merekod maklumat serta
pengalaman untuk meningkatkan hasil portfolio
·
Menghargai sumbangan pelukis tempatan
dan unsur-unsur budaya tanah air melalui kegiatan seni visual
1.3
KEPENTINGAN MENGGAMBAR
Proses penerangan, analisis,
interpretasi dan penilaian yang dilakukan sewaktu pengajaran dan pembelajaran
diterangkan secara terperinci dari tahun satu ke tahun enam seperti berikut :-
Tahun pertama : murid didedahkan
dengan asas menggambar.
Tahun kedua :murid dapat mengetahui
dan mengenalpasti alat, bahan dan teknik yang wujud berdasarkan eksperimen yang
dijalankan
Tahun ketiga : murid sudah boleh
meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar
Tahun keempat : murid dapat
menggunakan asas senireka iaitu unsure-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan
dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
Tahun kelima : murid dapat
mengaplikasikan elemen asas senireka yang sesuai dalam aktiviti menggambar
mereka. Murid juga dapat mengetahui bahasa seni visual yang mudah untuk
berinteraksi
Tahun keenam : proses menggambar
adalah berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual
dan berbantukan computer.
Berikut adalah bagaimana proses
komunikasi, luahan perasaan, penilaian dan penghargaan dilakukan :-
·
Perbincangan di antara guru dan murid
mengenai pengetahuan dan konsep asas senireka dalam menggambar
·
Soal jawab berkaitan unsure seni dan
prinsip rekaan sebelum semasa dan selepas menggambar
·
Pameran – memerhati dan membezakan
alatan, media, bahan teknik dan kegiatan
Komen hasil kerja murid – kita boleh
komunikasikan tentang :-
·
Apa yang kita suruh murid buat
·
Bentuk, warna, corak, garisan dan ton
dan jalinan
·
Kadar banding, saiz dan susunan corak
· Cara-cara bagaimana idea tersebut
boleh digunakan dalam bidang berlainan media
Ini antara karya yang aku buat untuk Bidang Menggambar yer kawan-kawan ...
ada lagi karya yang aku tk masukkan dalam ni.. nnti la kalau free aku masukkan lagi yer...
KOLAJ
LUKISAN ( MY SON )
CATAN WARNA POSTER
CATAN ARKRILIK
RESIS
GOSOKAN
GURISAN
CAPAN
POSTER
ada lagi karya yang aku tk masukkan dalam ni.. nnti la kalau free aku masukkan lagi yer...
Sunday, 17 March 2013
Monday, 21 January 2013
Ayam Roaster ala-ala pakcik Kenny jer....
Al- kisahnyer............ hari tu, kejadian ni dah dua kali berlaku sebenarnya... aku, mu hubby and of course la my son pergi la dinner kat Kenny Roger..... mestilah nak makan kat situ sebab i like the ayam la.. sos black paper lagi... yummmm..... nak dijadikan cerita sampai situ mestilah order, kalau tak order macam mana orang nak serve makanan yer tak... dah order segala bagai tunggu la, apa yang kami order tu.... tik tok tik tok, punyalah lama..................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................huh, lama kan................................................................! Adoi la........... memang lama sungguh tunggu ayam ni masak.. kena tempah kat tempat lain ker, atau baru nak ternak ayam ker.... letih kome ni.... ayam kennya rogers ni biasanya dia akan masak kat situ...
yang kes pertama ni, dah order 2 ekor ayam, dah setengah jam baru pekerja dia tu bagi tau ayam tinggal sekor jer... wtf betul la....! hampeh! apesal la tak bagi tau awal2.. so, boleh la aku blah ke, order yang lain ke......
kes ke dua pulak, tunggu nak dekat sejam, ada la dalam 50 minit, aku panggil la pekerja si pakcik kenny ni, mana order kami tak sampai2 lagi ni.... anak aku pun dah lapar tahap gaban dah ni... tu yang lagi buat aku geram! budak tu boleh cakap salah order, hek eleh..... geram betul la...! orang lapar memang la mudah marah kan... sabar je la.... ape ke mangkuk pekerja pakcik kenny ni... diorang di tak dihantar masuk kelas PR ke ape...??? dah dua kali berlaku...
ok, la disebabkan dah kempunan nak makan puas2 ayam roaster la sangat ni kan, apa lagi minggu ni cari resepi dah buat... hahahahahah, alhamdulillah, puas makan.....
dah jadi dah la marah tu, kita buat ayam ni pulak erk.... resepi ni korang boleh la nak top up ke , nak kurang ke apa yang patut, terpulang la erk........
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam
1 inci halia
3 biji bawang putih
1/4 bawang besar kuning
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil kunyit
2 sudu besar madu
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
1 sudu kecil mix herb ( aku guna yang italian , korang guna la jenama ape pun, ok jer )
CARANYER LA PLAK KAN
Kisar semua sekali kecuali ayam
Cucuk ayam dengan garfu ( untuk bahan perap menyerap lagi baik ler! )
Perap semalaman lagi sedap, aku perap 3 jam jer
( tangan anak umi ni.. rajin tolong umi, alhamdulillah )
Panggang la ayam tu guna oven ke, mikrowave ke selama 30 minit
Semasa masak ayam ni, aku letak sekali kentang yang telah dibelah dua kat dalam tu..
Lepas 30 minit, dah siap...!
Boleh la makan dengan kentang, sayuran atau nasi pun sedap
aku makan ngan brown sos, salad and tomato ceri....
woooooooooooooo!!!
Selamat mencuba yer.......
Insyaallah, kenyang sekeluarga.........