CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Wednesday 19 December 2012

Saya alah kepada pewangi, sungguh!

Yuhhu................ betul, saya alah kepada pewangi... tak tau la kenapa.. asal minyak wangi kuat jer, mula lah sakit kepala berdenyut denyut..... dahlah tu, bukan takat masa tu jer, sampai berhari-hari.... tolongla..... macam tu jugaklah kalau bau busuk, pun sama.. .. asal bau tu kuat jer, cepat je kepala ni berdenyut. 

Ada satu ketika dulu, masa tu naik komuter nak pergi kerja la pepagi tu... biasalah naik komuterkan, kita kena bersesak sesak dengan ramai orang yang pelbagai bangsa dan opkosss la BAUUUUU..... walaupun dah nama pagi, train bermula dari Pelabuhan Klang, makan masa lama tu... phewwww..... baik punyer... elok la plak, time naik tu rebut jugak la tempat duduk kan, sebab dalam 20 minit jugak la kalau tak dapat tempat duduk kena berdiri. Nak jadi rezeki ada la tempat duduk, aku pun dengan rasa leganya cepatlah duduk kat seat tu... ingatkan kelegaan aku berpanjangan, rupanya dengan keadaan bersesak sesak dengan ramai orang ni, ada la mamat bangla ni berdiri depan aku.. elok pulak tu tangannya yang sebelah dok pegang benda alah pemegang yang gayut kat syiling komuter tu... lantak ko la nak pegang ke tak benda tu, masalahnya bukan kat pemegang tu.. masalahnya kat ketiak ko tu... masyaallah, bau semerbak tak hengat menyebarkan aromanya masa tu.... dengan cepatnya otakku mengesan bau yang kurang menyenangkan tu, eh, bukan kurang menyenangkan, sangat sangat sangat menyakitkan kepala otak saya ni, sebab saya dah start pening pening sampai nak termuntah bagai dalam train tu hokeyyyy.... apa lagi, sah sah la kepala otakku pening kepala sampai 3 hari... walaupun dah makan panadol, tetap sakit kepala yer... oh, tidak! itulah salah satu pengalaman saya semasa naik train selama dah bertahun tahun ni............ temanya saya tak tahan bau kuat!

Kat bawah ni ada artikel daripada kesihatan malaysia katanya  .....

http://www.kesihatanmalaysian.com/tak-selesa-bau-wangi/


‘Tak Selesa Bau Wangi’

“MAAFLAH, saya tidak pakai minyak wangi. Saya ada alahan. Ada jenis minyak wangi yang akan buat saya bersin dan sakit kepala. Kalau terkena kulit, akan naik ruam dan gatal-gatal,” kata seorang teman menolak pelawaan rakan sepejabat lain yang membawakan sampel minyak wangi.
Terkejut penulis mendengarnya. Memang penulis sendiri tidak tahan dengan minyak wangi yang terlalu kuat baunya tetapi baru sekarang penulis mengetahui ada orang yang alah pada haruman sehingga boleh menjejaskan kesihatan.
Rupanya ia bukanlah masalah terpencil kerana dianggarkan satu hingga empat peratus penduduk di sesebuah negara mengalami alahan pada haruman.
Menurut Perunding Imunologi, Asma dan Alahan Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Kent Woo, alahan haruman ini tidak hanya merujuk kepada minyak wangi saja malah turut membabitkan bahan dandanan diri, alat mekap, sabun, syampu, losen, haruman kereta atau bilik dan semua barang yang mengandungi pewangi.
Kajian yang dijalankan Universiti Georgia Barat mendapati hampir 30 peratus daripada orang disoal selidik mengakui berasa tidak selesa dengan barang mengandungi haruman. Di kalangan mereka yang ada asma, barang mengandungi haruman ini terutama yang berbau kuat boleh mencetuskan gejala alahan.
Haruman tidak sama dengan alergen iaitu bahan yang menyebabkan gejala alahan. Ia dikelaskan sebagai bahan pencetus ketidakselesaan. Bagaimanapun pada individu sensitif dan mengalami masalah asma atau alahan rinitis tidak terkawal, bahan mengandungi haruman boleh membahayakan kesihatan mereka.
“Minyak wangi khususnya adalah campuran kompleks juzuk berbau manis sama ada daripada sumber asli atau tiruan. Setakat ini lebih 5,000 sebatian yang diketahui digunakan dalam pembuatan minyak wangi. Sebatian yang memberi bau harum itu mudah tersejat. Justeru, pengusaha menggunakan alkohol atau minyak sebagai ‘pemegang’ supaya ia boleh bertahan lama.
“Minyak wangi secara umumnya mempunyai dua komponen iaitu komponen atas dan bawah. Biasanya komponen bawah ini akan melekat pada kulit manakala komponen atas pula mudah tersejat. Komponen atau sebatian yang tersejat dalam udara inilah yang memberikan bau harum kepada minyak wangi.
“Bagaimanapun individu yang menghidap penyakit saluran pernafasan seperti asma atau alahan rinitis yang tidak terkawal boleh mengalami gejala penyakit mereka apabila sebatian minyak wangi ini masuk ke dalam hidung mereka,” katanya.
Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal Annals of Alergi, pesakit asma mengalami gejala selepas terdedah kepada minyak wangi. Perkara ini berlaku kerana haruman daripada minyak wangi boleh menyebabkan kerengsaan pada saluran pernafasan.
Punca sebenar alahan kepada haruman masih tidak diketahui. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja daripada semua peringkat umur. Namun biasanya ia lebih kerap berlaku kepada wanita yang lebih banyak terdedah kepada haruman berikutan penggunaan alat solek dan dandanan diri berbanding lelaki.
“Dermatitis sentuhan adalah alahan kosmetik yang paling biasa dialami wanita. Ramai yang mendapat ruam atau rasa gatal di tempat yang kerap disapu kosmetik. Alahan haruman pula biasanya menyebabkan munculnya ruam pada muka, leher atau belakang telinga,” sambungnya lagi.
Tanda-tanda anda alami alahan haruman:
Bersin apabila tercium bau minyak wangi yang dipakai rakan sepejabat dan dalam masa beberapa minit, anda mula sakit kepala.
Apabila membuka sabun cecair dan terkena pada tangan, tangan anda mula ditumbuhi ruam dan rasa gatal.
Bersin apabila tercium bau harum daripada lilin aromaterapi.
Apabila membuka majalah yang ada iklan minyak wangi dengan haruman, mata berair dan anda bersin berulang kali.
Gejala alahan haruman:
Gejalanya mungkin berbeza mengikut masalah kesihatan pesakit tetapi secara umumnya ia membabitkan saluran pernafasan (termasuk hidung) dan mata. Antara alahan yang kerap dialami ialah:
Sakit kepala
Sesak nafas
Bersin
Pernafasan berbunyi kasar dan kuat
Dada terasa ketat
Gejala asma bertambah teruk
Hidung berair atau tersumbat
Kulit naik ruam, gatal dan merah (bagi individu yang ada masalah alahan kulit)
Contohnya pesakit yang ada alahan rinitis yang teruk mungkin akan bersin dan hidung mula tersumbat selepas terhidu bau wangi. Pesakit asma pula boleh mengalami rasa sesak dada dan sukar bernafas.
Ada juga sesetengah pesakit yang mengalami alahan teruk mendapat ruam selepas makan makanan mengandungi rempah seperti kayu manis, bunga cengkih dan vanila – sebatian yang sama digunakan dalam penghasilan minyak wangi.
Bila kesan alahan bermula?
Tempoh permulaan alahan berbeza antara individu mengikut daya ketahanan atau sistem imun badan masing-masing. Ada yang cepat iaitu beberapa minit (biasanya dalam 30 minit) dan gejala akan berulang semula selepas beberapa jam.
Ada juga individu yang hanya mengalami gejala selepas beberapa hari atau minggu dan keadaan ini dipanggil kesan alahan tertangguh. Kesan alahan tertangguh ini lazimnya berlaku pada kulit di mana kulit akan menjadi kering secara perlahan-lahan dan disusuli rasa ruam, gatal dan sakit.
Kesan alahan ini tidak hilang walaupun disapu losen pelembap dan jika ia berlarutan, kulit semakin kering dan mungkin merekah. Jika ini berlaku kepada anda, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Malah jika anda mengalami alahan pada haruman, jangan terlalu risau kerana ia bukan masalah serius tetapi ia menyebabkan ketidakselesaan. Bahkan ia mudah dirawat dengan menghentikan penggunaan yang boleh mencetuskan gejala alahan berkenaan.
Kanak-kanak juga boleh mengalami alahan haruman ini kerana mereka sudah terdedah kepada produk yang wangi sejak kecil. Lebih cepat pendedahan seseorang kepada produk mengandungi haruman, lebih tinggi kebarangkalian untuk mengalami alahan ini pada usia muda.
Justeru, ibu bapa yang mempunyai anak kecil disarankan menggunakan barangan bayi yang tidak mengandungi sebarang haruman atau hipoalergenik (tidak menyebabkan alahan).
Ujian alahan dan rawatan
Oleh kerana alahan pada haruman bukan masalah serius, ada yang bertanya, adakah ujian untuk alahan ini perlu? Ia terpulang kepada anda, namun jika anda ada sejarah keluarga yang mengalami alahan teruk, apa salahnya menjalani ujian ini, setidak-tidaknya ia boleh dijadikan sempadan untuk mengelakkan masalah yang lebih teruk berlaku. Ujian alahan di klinik juga boleh dilakukan, supaya anda tidak perlu lagi berteka-teki punca alahan anda.
Pelekat ujian alahan haruman ini mengandungi lapan jenis pewangi yang kerap menimbulkan gejala alahan. Ia hanya perlu ditampal di atas kulit selama 48 jam. Selepas ditanggalkan, doktor akan memeriksa kehadiran bintik merah – yang menandakan anda alah pada wangian tertentu.
Kemudian kesan ini akan dilihat selepas 72 jam tampalan ditanggalkan. Kesan berkenaan akan dilihat atau diperiksa sekali lagi seminggu kemudian. Mengapa perlu dilakukan pemantauan berterusan? Ini adalah untuk melihat sekiranya berlaku kesan alahan tertangguh seperti yang diterangkan di atas.
“Sehingga kini tiada satu rawatan khusus yang boleh menyembuhkan alahan. Kaedah terbaik ialah menghentikan penggunaan produk yang mengandungi haruman selama dua minggu. Jika masih mahu menggunakannya, cuba satu produk pada satu masa. Melalui kaedah ini, jika berlaku gejala alahan, anda mudah mengenal pasti puncanya.
“Anda juga boleh lakukan sendiri ujian alahan di rumah. Caranya mudah iaitu dengan menyapukan satu-satu produk ke kulit di pelipat lengan. Kulit di sini lebih sensitif dan gejala alahan akan muncul segera jika anda ada masalah ini.
“Sapukan produk itu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan biarkan hingga ia hilang sendiri. Sistem imun kita perlukan sedikit masa untuk mengenali satu-satu bahan yang disapu pada kulit sebelum ia menunjukkan reaksi alahan.
“Walaupun ini bukan kaedah standard tetapi ia berkesan. Pun begitu kaedah ini hanya sesuai untuk produk yang boleh bertahan lama atas kulit seperti gincu atau solekan tetapi ia kurang berkesan bagi produk yang mudah hilang apabila terkena air seperti sabun dan syampu,” katanya.
Tidak berbau atau tanpa haruman?
Ini satu perkara penting yang perlu anda fahami. Jika anda perhatikan, biasanya pada label akan tertulis perkataan ‘Tidak Berbau’ (Unscented) atau ‘Tiada Haruman’. Adakah ia sama? Tidak. Bagi yang ada masalah alahan, pilih produk yang tidak mengandungi haruman.
Elakkan membeli produk dengan label ‘Tidak Berbau’ kerana produk begini biasanya mengandungi bahan untuk ‘menutup’ bau haruman yang ada di dalamnya. Walaupun ia tidak berbau, ia mungkin mempunyai haruman yang boleh mencetuskan gejala alahan pada anda.
Benarkah kandungan alkohol dalam pewangi menyebabkan alahan?
Tidak, kata Dr Woo. Minyak atau alkohol dalam semburan pewangi anda berperanan sebagai ‘pemegang’ sebatian yang mempunyai bau itu. Jika tiada alkohol atau minyak, sebatian yang berbau harum itu akan sejat dan hilang. Ia tidak akan menyebabkan gejala alahan. Gejala alahan anda disebabkan sebatian yang harum itu.
Bahan yang diketahui paling kerap menyebabkan alahan dalam minyak wangi ialah balsam of Peru. Selain itu minyak wangi yang mengandungi rempah seperti kulit kayu manis, bunga cengkih dan vanila juga diketahui boleh menyebabkan gejala alahan. Selain itu ada juga orang alah pada haruman daripada buah-buahan sitrus (limau dan oren) tetapi kesnya tidak banyak.
Panduan atasi masalah alahan haruman
Pilih produk yang tidak mengandungi haruman atau mempunyai perkataan hipoalergenik.
Tukar tempat duduk di pejabat. Sama ada anda menjauhkan diri daripada orang yang memakai haruman yang boleh mengganggu anda. Jauhi juga tempat yang sesak kerana di tempat ramai orang kemungkinan anda terdedah kepada haruman adalah tinggi.
Buat panggilan telefon jika anda perlu ada urusan atau perlu berbincang dengan orang yang memakai haruman.
Ubahsuai jadual kerja anda (jika boleh). Jika anda bekerja di syarikat yang mengamalkan waktu kerja anjal, datang kerja lebih awal supaya anda juga boleh balik awal. Cara ini akan memendekkan tempoh anda berada bersama-sama dengan rakan sekerja lain malah bagi orang yang menggunakan pengangkutan awam, ia dapat menghindarkan mereka daripada bersesak ketika pergi dan balik kerja.
Pasang kipas mudah alih yang kecil di meja anda. Kipas kecil ini boleh menggerakkan udara dalam pejabat, sekurang-kurangnya di sekitar anda. Ia juga cara yang baik untuk menyahkan bau dengan cepat.
Tukar kaedah bekerja dan berurusan. Gunakan teknologi untuk memudahkan kerja anda seperti berurusan melalui e-mel, telefon dan faksimili.
Jika anda mengesyaki mengalami alahan haruman, hentikan penggunaan produk berkenaan selama dua minggu. Biasanya kesan alahan akan hilang selepas sendiri selepas dua minggu.
Jika anda cukup berani, beritahu si pemakai minyak wangi mengenai masalah anda dengan cara yang lembut supaya dia tidak berasa malu atau kecil hati.


... Untung ke tidak pergi ke I-city ni....



Halluuuu...... saya nak share something......


I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit.... 

Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.

Aku kena main dan aku kena tipu.

Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10 . Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.



Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.


Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. 

Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.


Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?


Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".


yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?


Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"


Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.


Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;


Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.


sumber : diambil daripada website : apesal.com.. korang boleh refer kat sini yer..

Kebenaran Sebenar I-City Shah Alam Yang Dipuja Selama Ini Terbongkar


Monday 17 December 2012

Kue Teow Hong Kong...




Yuhhu................ anda di mana? saya di sini...... tiap-tiap hari makan nasi ajer... badan pun dah makin tembam sejak cuti sekolah ni... Nak buat macam mana, emak masak la katakan. Tapi hari ni, saya nak kongsikan resepi yang mudah sangat, resepi kue teow hong kong.. tak yah susah-susah pergi jauh2 untuk makan kue teow ni, kat sini pun boleh dapat.. siap boleh masakkan sekali yer.. resepi ni pun boleh kita ote nak pedas kan sikit ke tak nak pedas ke, boley jer... ikut suka la.. macam saya, lebih sukakan yang lebih pedas, saya taruk banyak cili sikit. kalau yang ada anak kecil tu, boley la kurangan tahap kepedasannya.

Mulut rasa nak makan kue teow, sampai aje kat kedai terus je grab babahn-bahan yang diperlukan untuk memasak menu ni. Tetapi, bila dah masuk kedai, banyak la pulak iklannya, termasuk la beli bahan untuk buat kek tiramisu.. adik saya yang nak makan sangat, buatkan la jugak.. kesian... karang kempunan pulaknyer.. dah berminggu dah mintaknya... dah siap pun, ada dalam peti ais tu.. resepinya sama la macam yang saya pernah postkan hari tu..

BAHAN-BAHAN
1 Paket kue teow ( basuh bersih )
2 biji telur
3 ketul dada ayam yang diotong kecil
10 ekor udangyang dibuang kepala
3 ekor sotong yang dipotong bulat
1 batang lobak merah dipotong panjang
1 tangkai sawi yang dipotong kecil
1 sudu lada sulah yang telah ditumbuk halus
1 sudu tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air
5 biji lada kecil
2 Mangkuk kecil air kosong
4 ulas bawang putih yang dibuang kulitnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA NAK BUAT 
- Pecahkan telur dalam bekas besar dan masukkan kue teow
- Masukkan sedikit garam dan gula, gaulkan semua sekali
- Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak
- Ambil segenggam kue teow tadi dan masukkan ke dalam kuali panas sambil menekan kue teow tadi menjadi sedikit leper
- Selesai menggoreng kue teow tadi, terus letakkan ke dalam pinggan
- Ulangi langkah ini, sehingga habis...
- Panaskan periuk saiz sederhana
- Masukkan minyak masak
- Tumis bawang putih sehingga naik bau ( awas, bawang putih cepat hangus! )
- Masukkan isi ayam, goreng 3 suku masak
- Masukkan udang dan sotong
- Masukkan lobak merah
- Masukkan air dan biarkan mereneh seketika
- Masukkan sawi, lada sulah dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air ke dalam periuk tadi
- Perasakan dengan garam dan gula ikut selera
- Done!
- Tuangkan kuah yang telah siap ini, keatas kue teow yang telah siap digoreng tadi
- sedia dimakan...........




Friday 14 December 2012

Puding roti butterscotch....




Haluuuu……….. dah petang Jumaat sesangat dah ni.. baru hari ni nak post satu menu.. menu minum petang, sesuai la kot ni esok pulak cuti.. alangkah bestnya esok dan lusa cuti.. cam aku ni memang time cuti pun, tahun depan baru masuk kerja………. Best.. selalu bergaduh dengan adik pasal cuti kan sebab dia cuti tak selama aku.. ko ade??? Hahaha.
Kebetulan dok sesaje petang ni rasa macam boring la pulak.. dan perut pun rasa lapar la jugak. Dok jengok-jengok kat dapur, apa benda yang ada  biskut krim, biskut mayat ( ganas je bunyi dia kan, sebab masa orang meninggal selalu ada biskut ni, ala biskut empat segi  tu la yang tawar tu ), nasi dan lauk ada la……… takkan nak makan nasi petang-petang ni korek sana sini, jump la roti.. mmmmmm..terus teringat nak buat pudding roti la.. apa lagl amik la bahan-bahan yang telah sedia ada kat umah ni. Tetiba mak tanya nak buat apa aku cakap la nk buat pudding roti mak pun cam cuak jer aku nak buat pudding roti ni ntahlah dulu.. memang family aku cop aku ni tangan bangku.. tangan bangku? Bukan kaki bangku taw.. peribahasa aku sendiri ni.. tangan bangku tu maksudnya tak tau masak.. asal masak jer mesti hitam dan hangit. Mak boleh cam sape masak kalau kat umah tu.. hehehhe.. takper, practice make perfect kan. dan aku dah boleh masak sekarang ni walaupun tak terrer macam chef zam, chef wan, chef riz, chef yang kat hotel semua tu tapi at least tak lapar la keluarga aku bila nak makan kan.. yang penting HABIS!!!..
Ok la, this time nak share satu resepi yang amat mudah sekali iaitu pudding roti haah, pudding roti yang simple tu.. guna je roti yang tak habis tu, tapi masa aku buat ni, aku main redah jer amik roti yang mak baru beli.. nanti siap la dia bising roti dia nak makan pepagi tu dah tinggal separuh.. hehehehe.. takper, kejap je tu okeylah cik abg, cik adik.dan segala cik lagi lah ini resepinya..

BAHAN-BAHAN

5 keping roti ( aku pakai gardenia )
1 cawan whipping cream
1 cawan susu segar
2 sudu gula pasir
1 penutup esen vanilla
2 biji telur ayam saiz sederhana
Secubit garam
Sedikit mentega untuk disapukan pada Loyang

CARA-CARANYA KALAU KORANG NAK BUAT LA
1.    Masukkan telur, garam  dan esen vanilla ke dalam susu segar dan kacau hingga sebati ke dalam loyang yang telah disapu mentega
2.    Koyakkan roti dan rendam dalam susu, biarkan 10 minit
3.    Dalam kuali, cairkan gula sehingga bertukar warna keperangan ( jangan sampai coklat tua, itu hangit namaya, kalau dah hangit tu, buang aje la……….. buat baru! )
4.   Apabila gula sudah bertukar kepada warna keperangan, masukkan whipping krim dan kacau sehingga sebati dan masukkan sedikit air dalam 5 sudu
5.   Tuangkan bancuhan gula dan whipping krim tadi ke dalam Loyang yang berisi roti
6.    Bakar selama 50 minit pada suhu 180 darjah celcius
7.   Siap, boleh dimakan bersama whipping cream juga.





Thursday 6 December 2012

Belajar la.........


Assalamualaikum




Di dalam Islam, ilmu yang wajib dipelajari oleh umatnya terbahagi kepada 2 iaitu Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah. Betul ni.......

Tapi apakah yang dimaksudkan dengan ilmu fardhu Ain? Ilmu fardhu Ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim. Ini merupakan tanggungjawab setiap individu. Maksudnya..kalau dah masuk agama Islam, seseorang tu wajib pelajari ilmu fardhu Ain ni. Contoh ilmu fardhu Ain ialah ilmu aqidah, akhlak, fiqh dan ilmu yang berkaitan dengan Islam. Jika ilmu ini tidak di pelajari dan di amalkan oleh setiap manusia yang bergelar muslim, maka individu tersebut akan berdosa. 

Apa pula ilmu fardhu kifayah? Ilmu fardhu kifayah ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh sebahagian daripada masyarakat. Jika sebahagian telah mempelajari dan mengamalkannya, maka terlepas dosa bagi masyarakat Islam keseluruhannya tetapi jika langsung tiada yang mempelajari dan mengamalkannya, maka semua umat Islam akan mendapat dosa. Ilmu fardhu kifayah merupakantanggungjawab sosial. Ia berkait rapat dengan hubungan bermasyarakat. Contoh ilmu fardhu kifayah ialah ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu ekonomi, ilmu perundangan, ilmu kebudayaan dan sebagainya. Maknanya kalau seorang dah tunaikan tanggungjawab tu maka selamatlah muslim lain daripada menanggung dosa itu...

Sememangnya kedua-dua ilmu ini sebenarnya saling berkait rapat dan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Ilmu fardhu Ain menjadi tunjangnya kepada ilmu fardhu kifayah. Jika kurang salah satu, maka akan menjadi pincang individu tersebut seterusnya berkait kepada hubungan kemasyarakat dan yang paling kritikal sekali ialah negara. Sememangnya ia amat berkaitan dengan semua orang juga.

Pada masa kini, kita dapati ramai individu muslim yang kurang mengambil berat tentang ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu muslim iaitu ilmu fardhu Ain. Ramai yang lebih mementingkan ilmu fardhu kifayah sebagai ilmu utama..bahkan ilmu fardhu Ain itu merupakan asas kepada ilmu yang lain..akibatnya, lahirnya peguam yang kurang amanah, peniaga yang tidak jujur, pemimpin yang tidak adil dan zalim serta pelbagai lagi jenayah yang wujud. Mungkin masing -masing ada kepentingannya sendiri.

Kedua-dua ilmu wajib kita pelajari dan diamalkan dalam kehidupan kerana jika tidak ada salah satunya, hidup kita tidak akan sempurna. Kan lebih elok jika jadi seorang jurutera tetapi jurutera yang beriman, kalau menjadi pemimpin..jadi pemimpin yang adil dan saksama, kalau jadi doktor..jadi doktor yang pandai menjaga aib orang lain..jadi nelayan, nelayan yang sentiasa bersabar dan redha akan rezekinya pada hari itu..kalau jadi peniaga..jadi peniaga yang jujur dan sebagainya. sebab semua pekerjaan perlukan keimanan tidak kira la apa sahaja pekerjaan yang mereka lakukan.

Islam itu sangat indah, tetapi umat Islam itu sendiri yang gagal untuk menunjukkan dan mempamerkan keindahannya kepada umat agama lain sehinggakan mereka sendiri tidak nampak apa beza agama mereka dengan Islam? Sebab itu apa yang kita lihat hari ini, kebanyakkan muslim sekarang hanya beragama Islam, tetapi cara kehidupan mereka lebih kebaratan.  Jadi apakah yang dapat ditonjolkan tentang keindahan Islam? Apa sumbangan kita? Dapatkan kira menarik orang bukan Islam melihat tentang kehebatan dan keindahan Islam? Mampukah kita? Bahkan umat Islam lebih teruk lagi akhlaknya..kadang-kadang perkara yang kita nampak agak remeh dan temeh..itulah yang menjadi punca kepada masalah jenayah yang teruk pada hari ini. Semua itu disebabkan oleh kurang ilmu. Umat Islam kebanyakannya malas untuk mempelajari ilmu..malas mengkaji, menghayati ilmu menyebabkan umat Islam ketinggalan jauh. Kalau ada pun yang berjaya, tetapi gagal pula dalam ilmu -fardhu Ain..sama-sama kita muhasabah diri.


Sunday 2 December 2012

Creamy Au Gratin Potatoes




Di pagi Isnin yang indah ini................ cewaaaaahhhhh... banyak la kan, actually kebanyakkan orang akan anggap hari Isnin hari yang boring... huuurrmmmm... aku pun rasa cam tu jugak kekadang... memandangkan aku bercuti hari ini, so alangkah bestnyer dapat memasak di rumah.. hehehe.. ini pun dah nak dekat waktu tengah hari.. sebab tu la resepi yang aku nak post ni dinamakan brunch... wallahh............ 

Menu ni sedap jugak dimakan pada waktu padi atau malam... tapi, nak makan waktu bila-bila pun terpulanglah jugak.. ikut sedap tekak korang lah kan.. kepada yang berdiet tu, terpulang la nak makan banyak mana, sikit ke banyak ke... boleh je.. sebab guna cheese / keju... pedehal.. tapi bagi aku, kalau dah sedap makan aje la, tapi janganlah berlebih-lebih masa makan tu, dah kenyang berenti la..... takkan nak hadap sampai habis kan...... 

ok la kengkawan erk... membebel je banyak-banyak ni.. ni ha resepinyer... takat nak cuba benda baru ni okey  kan.. tapi ada jugak sesetengah orang tak suka benda-benda pelik masuk tekak dia. so far, aku sangat suka mencuba makanan baru... siyes, kalau kayu dan batu tu orang boleh masak wat la resepi apa-apa pun yang boleh dimakan, opkosss aku nak try jugak............


BAHAN-BAHAN

(A)
6 Biji kentang sederhana besar yang dikupas kulitnya
2 Biji bawang besar yang dihiris bulat-bulat
sedikit garam dan lada hitam

(B)
50g butter
5 sudu tepung gandum
1 ketul kiub ayam
1 kotak kecil susu segar 
2 tangkai daun bawang yang dihiris
5 keping cheddar cheese yang dipotong kecil
sedikit garam

CARA NAK MASAKLAH PULAK

1. Cari la bekas yang boleh masuk dalam oven / mikrowave
2. Sapukan dalam bekas tu dengan butter/minyak... aku guna minyak yang pakai spray tu, senang
3. Letak kentang dan bawang berselang seli
4. Tabur la ngan lada hitam dan garam sikit
5. Ketepikan
6. Panaskan oven 190 darjah... Patutnya letak kat no satu ni, tkperlah... sempat lagi...
7. Ambil kuali dan panaskan
8. Letak butter, dan cairkan dalam kuali tu jugaklah kan
9. Apabila dah cair, masukkan tepung.. masak sampai masaklah.. agak2 la erk...gaul rata
10. Masukkan susu pulak, kacau sampai sebati
11. Masukkan kiub ayam, garam dan lada hitam
12. Masukkan cheese tu, kacau rata-rata dan sebati
13. Tuangkan dalam bekas yang ada bahan A tadi tu,  hentak2 sikit bekas tu supaya bahan B ni boleh sampai ke bawah
14. Bakar dalam oven / mikrowave yer....... dalam 20 minit ( kalau nak lebih pun tak per! jangan hangus, sudah lah!)
15. Done!

Dah sudah masak tu, biarlah kejap... kasi sejuk sikit, baru boleh makan pun.. Aku makan ngan sosej goreng, egg crumble, baked beans cam dalam gambar ni....... nak makan camtu je pun boleh jugk...
Okey, selamat mencuba yer......... kalau korang nak tambah apa2 pun, boleh jer... korang yang makan jugak kan..... aku suka dengan cara aku ni............