CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Monday 27 February 2012




Sakit pinggang (low back pain atau lumbago) adalah penyakit neurologis kedua paling umum setelah sakit kepala. Hampir setiap orang pasti pernah mengalaminya. Untungnya, sebagian besar sakit pinggang sembuh hanya dalam beberapa hari.
Menurut lamanya, sakit pinggang terdiri dari dua jenis. Sakit pinggang akut atau jangka pendek umumnya berlangsung hanya beberapa hari sampai minggu. Sakit pinggang disebut kronisbila berlangsung lebih dari 3 bulan.
Sebagian besar sakit pinggang disebabkan oleh trauma punggung bawah atau gangguan sepertisciatica dan artritis. Trauma tersebut dapat disebabkan oleh cedera olahraga, bekerja di rumah atau di kebun, atau tersentak tiba-tiba seperti kecelakaan mobil atau tekanan pada tulang belakang lainnya. Penyebab lain yang paling umum adalah menggunakan otot-otot punggung Anda dalam kegiatan yang tidak biasa Anda lakukan, seperti mengangkat mebel atau melakukan pekerjaan berat seperti mencangkul.
Gejala sakit pinggang berkisar pada sakit otot yang menusuk atau nyeri, kaku/keterbatasan rentang gerak, atau ketidakmampuan berdiri tegak. Kadang-kadang, rasa sakit yang dirasakan di pinggang dapat menjalar sampai ke tempat lain dari tubuh.
Tips untuk mencegah sakit pinggang
  1. Selalu melakukan peregangan sebelum latihan olah raga atau kegiatan fisik lainnya yang berat.
  2. Jangan membungkuk ketika berdiri atau duduk. Ketika berdiri, jaga titik berat badan Anda agar seimbang pada kaki Anda. Saat bekerja di rumah atau di kantor, pastikan permukaan pekerjaan Anda berada pada ketinggian yang nyaman untuk Anda. Duduklah di kursi dengan sandaran yang baik dan posisi dan ketinggian yang tepat untuk tugas tersebut.
  3. Selingi duduk Anda dengan secara berkala berjalan-jalan atau melakukan peregangan otot ringan untuk mengurangi ketegangan. Jika Anda harus duduk untuk jangka waktu yang panjang, istirahatkan kaki Anda di bangku rendah atau tumpukan buku.
  4. Kenakan sepatu yang nyaman dan bertumit rendah.
  5. Tidurlah dengan miring untuk mengurangi tekanan pada tulang belakang Anda. Selalu tidur di permukaan yang cukup padat, jangan terlalu empuk.
  6. Mintalah bantuan orang lain bila Anda mengangkat benda yang berat.
  7. Jangan mengangkat dengan membungkuk. Angkat objek dengan menekuk lutut Anda dan berjongkok untuk mengambil objek. Jaga punggung lurus dan terus dekatkan objek ke tubuh Anda. Hindari memutar tubuh saat mengangkat.  Lebih baik mendorong  daripada menarik ketika Anda harus memindahkan benda berat.
  8. Jaga nutrisi dan diet yang tepat untuk mengurangi dan mencegah berat badan berlebihan, terutama lemak di sekitar pinggang. Diet harian yang cukup kalsium, fosfor, dan vitamin D membantu menjaga pertumbuhan tulang baru.
  9. Jika Anda merokok, berhentilah. Merokok mengurangi aliran darah ke tulang punggung bagian bawah dan menyebabkan cakram tulang belakang mengalami degenerasi.
  10. Berolahragalah secara teratur. Gaya hidup aktif berkontribusi dalam mencegah  nyeri pinggang.


Sunday 26 February 2012

Perut kempis?


Aku sedang tonton rancangan Dr Oz ni... korang kenal tak dia? dia ni doktor yang femes sebab telah masuk dalam rancangan Oprah... bior betul? betul la.

Tajuk malam ni ialah perut kempis... dia sedang menerangkan sebab kejadian perut kempis ni.. ada makanan2 tertentu yang mudah untuk membuat kita nak makan selali, maksudnya membuka selera kita untuk makan lebeh lagi.  tak salah maakn semua benda cumakita perlulah menghadkan kadar pengambilan kita supaya jangan berlebih2 untuk mengambil makanan tersebut..

Sebenarnya peanut butter tu tak menggemukkan pun, rendah kolestrolnya..cuma janganlah amik berlebihan.. seperti coklat, coklat amatlah baik untuk emosi kita,cuma jangan keterlaluan...  Cuba kita lihat orang tua yang bekerja bersawah, mereka makan nasi pagi-pagi untuk bekalan tenga mereka seharian.. tapi mereka tidak ada penyakit yang memudaratkan dan sihat aja..

Bagi aku, makan banyak takpe, janji keje pun banyak..sebab makanan yang kita makan akan ditukar kepada tenaga yang diperlukan oleh badan.. Kejadian lemak disekitar tubuh kita itu adalah disebabkan oleh makanan tidak ditukarkan kepada tenaga lalu ditukarkan kepada lemak yang berada di bawah kulit kita.

Oleh itu, buat banyak pergerakan untuk mengelakkan lemak bermastautin di sekitar tubuh kita..

Sapa nak join? aku dulu.............

takut tak nampak kakiku........

Thursday 23 February 2012

Sirih junjung.....

Sirih junjung....... satu kemestian dalam perkahwinan orang Melayu... kenapa? itu kan budaya kita orang Melayu... "biar mati anak jangan mati adat"... itu salah satu pepatah lama orang Melayu.. Aku terfkir juga, kalau anak tu mati, siapa yang nak teruskan adat tu..kan? hurmm..fikirlah sendiri yer...

Masa aku kawen dulu pun, memang aku yang buat sendiri sirih junjung tu... sampai la ank sedara bertunang ke nak kawen ke aku lah bidan terjunnya.... takat boleh lah.... takde la otai.... dah nama bidan terjun....

Bahan-bahan yang perlu ada biasanya...... daun sirih, span basah, bunga hidup, bunga halus tu, daun-daun..lidi satay, dawai2 halus, tapak(pasu kecik,bakul etc), buah pinang satu set...

Dah ada bahan-bahan tu bolehlah terus menggubah daun sirih tu, samada nak gaya moden atau gaya klasik. macam yang aku selalu buat ni, aku buat gaya moden je... kalau gaya klasik tu perlu ada pinang segala bagai tu... sebenarnya lagi bagus ada sebab itu adat orang Melayu kan.  Zaman dulu sirih junjung dibina dengan amat tinggi smai pernah cecah 1 meter lebih... imagine kalau pengantin tu, sorang utara, sorang selatan? tak ke haru nak bawa tu... nak naik apa pergi ke sana tu?

Kalau aku buat, dah tentu tentu aku akan buat patern baru, moden dan mudah. Ini amatlah menjimatkan masa dan belanja..

Nanti aku paste gambar sirih jujung ...... aku dok tgh cari kat mana aku save nih..hehehe

Friday 17 February 2012

Doa untuk dapatkan zuriat....... insyaallah...




Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1.
Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.
Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.
Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4.
Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5.
Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
*
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


رَبِّ Ù‡َبْ Ù„ِÙŠ Ù…ِÙ† Ù„َّدُÙ†ْÙƒَ Ø°ُرِّÙŠَّØ©ً Ø·َÙŠِّبَØ©ً Ø¥ِÙ†َّÙƒَ سَÙ…ِيعُ الدُّعَاء
- آل عمران/38

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan."
(Al Imran:38)



Tandas wangi...


Hari ni aku nak cerita pasal tandas... Baru-baru ni aku ada singgah di satu stesen minyak sebab nak isi minyaklah kan.. dalam pada nak isi minyak tu, tetiba rasa cam nak terkucil lak....... so, lepas isi minyak bagai, aku pun bawalah kete aku ke tempat parking kete yang berdekatan dengan stesen minyak tu... Aku bukak pintu kereta, terus keluar dari kereta terus ke tandas stesen minyak tu..

Aku terus tercari-cari, mana ni bilik air ni...oooo.... kat situ rupanya.. aku lihat tombol pintunya tak ada.. aik, suspennyer... camner ni kalau orang masuk.... takpela, tak tahan punya pasal, aku pun terus melangkah masuk ke tandas tersebut.. dan terus membaca doa masuk tandas.... kalau taknak syaitan jantan dan betina kacaulah......



Sebaik sahaja aku melangkah masuk, aku terus menguak pintu tandas di dalam bilik air itu, dan teruslah ehem..ehem.... fuhhh..leganya....

Semasa aku sedang berhajat tu, sempatlah sangat aku meninjau keliling tandas yang disediakan oleh pihak stesen minyak ni.... Macammana nak bagi tau erk.. nak kata bersih, macam bersih, nak kata tak bersih, boleh jugak kata begitu... sebenarnya camni... kalau dinding mozeknya senang cerita memang tak pernah bersentallah... korang taulah kalau tak pernah bersental tu camne kan, berdaki sana sini kan...coklat celah sana, kelabu celah sini... dah nama tak pernah bersental... aku rasa pekerja bangla ni, setakat nak pastikan hanya cebisan sampah tu tak kelihatan sangatlah.... nak jaga betul-betul bersih tu memang tak lah..!! Wangi jauh sekali la..... kalau dalam mangkuk tandas tu, memang warna kuning lah.... yang biasa menyelamatkan keadaan ialah mozek tu memang warna gelap... so, takdelah nampak sangat kedakian yang telah berkurun lama duduk bermastautin di situ adanya.. boleh..?

wooo..... aku rasa patut diadakan pertandingan tandas awam terceria peringkat demi peringkat la... kalau tak pun buat takat peringkat stesen minyak je pun dah okey dan diberikan ganjaran yang menarik.. mesti diorang yang bekerja di situ berlumba-lumba menjaga keceriaan tandas yang dikendalikan.. ye tak? takdelah berkerak sana dan sini.... buat malu kat pelancong jer kan.... nampak sangat penduduk Malaysia ni tak allergic langsung dengan kebersihan tandas...  


Kebersihan Tandas Cermin Peribadi...?


Ye ke? Ye kot... so, apa lagi.........tindakan seterusnya, pergi bersihkan tandas kita di rumah dulu okey.....

Kalaulah tandas kat rumah aku macam ni.....


Sunday 12 February 2012

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER



Salam Kepada Pembaca,
Kali ini topiknya berkenaan sakit kanser..semua orang tahu akibat penyakit kanser kan..takper, kali ni kita kongsi sedikit cara rawatan islamik mengubati kanser. infon ni aku acopy dari sebuah blog tuannya dikenali sebagai captain.. terima kasih captain, semoga ilmu yang dimanfaatkan dapat digunapakai oleh semua orang...InsyaAllah, dengan adanya surah dari ayat-ayat tersebut. Dapatlah hamba Allah ini mulakan baca 8 surah dengan baik, semuga Allah SWT menyembuh penyakitnya selain berikhtiar dengan perubatan moden.

Cara-caranya: 

Sebelum memulakan bacaan: 

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihat kan minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada anggota yang kena barah kanser dan mandi pesakit dengan air ini. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semuga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.


1. SURAH AL MAIDAH (AYAT 82-91).

2. SURAH AL ARAAF (AYAT 70-81).


3. SURAH AR RA'D (AYAT 16-28).


4. SURAH AL ANBIYAA' (AYAT 38-50).


5. SURAH ASY SYU'ARA (AYAT 185-227).


6. SURAH AZ Zummar (AYAT 42-52).


7. SURAH GHAFIR (AYAT 67-77).


8. SURAH AZ ZUKHRUF (AYAT 52-70).


Wasallam.

Saturday 11 February 2012

WHITENEY HOUSTAN MENINGGAL DAH.......



Los Angeles (CNN) -- Legendary pop singer Whitney Houston was found dead Saturday at a Beverly Hills, California, hotel, officials said. She was 48.
The entertainer, whose incredible talent was discovered at an early age, was pronounced dead at 3:55 p.m. (6:55 p.m. ET) at the Beverly Hilton hotel despite resuscitation efforts, a police spokesman said.
Beverly Hills Police Lt. Mark Rosen said there were "no obvious signs of criminal intent" and that the cause of her death is being investigated.
Houston's bodyguard found her body, said Courtney Barnes, publicist for hip-hop artist Ray J, who was dating the pop diva.
According to her official website, Houston sold more than 170 million albums, singles and videos. But she also struggled with addiction problems over the years.
Houston, whose hits included "The Greatest Love of All," died on the eve of the 54th annual Grammy Awards at the Staples Center in Los Angeles. She had performed as late as Thursday night at a pre-Grammy event in the area.
Music producer Jimmy Jam, after conversations with those heading up to Sunday's night show, told CNN that he believes the event will change significantly -- including a tribute to the singer.
Houston was set to appear in this year's "Sparkle," a remake of the 1976 hit, which was loosely based on the story of The Supremes. It was her first movie role since 1996's "The Preacher's Wife."
News of her death elicited a flood of reaction from fans and fellow celebrities alike.
SUMBER : CNN

Friday 10 February 2012

....doakan aku........



Salam... udah lame benor rasenyer tak update n3 ni..sori, keje banyak sesangat yang memerlukan kudrat Allah bg ni... 


bz ngan apa? ha, untuk pengetahuan korang aku dapat further study lagi... hehehehe... alhadulillah.... course apa tu aku rahsiakan buat masa ini.. nantilah bila ada modal aku ceritalah erk...


cuma aku minta doa kalian, semoga aku sabar dan tabah dalam mencapai cita-cita aku ni... baru sekarang allah memperkenankan permintaan aku.. doakan kejayaan aku dunia dan akhirat...terima kasih atas doa kalian yer.....

Thursday 2 February 2012

....mascara..........


" awak pandang apa...? " kataku kepada bf aku..... "takde apa-apa....tengok jer.." katanya... " tengok apanya..........?" balas aku lagi..." tengok mata awak la.." katanyanya.." ha, tengok bulu mata saya lagilah tu...!!!" kataku melulu...  " hehehehe ..takpelah, saya memang berkenan kat bulu mata awak yang lentik tu, salah ker......?" katanya tanpa berselindung...." ooo..... okey....!!" kataku sambil tersenyum wangi jer..hehehehehe..........

Bagi aku perempuan yang ada bulu mata yang lebat dan panjang amat cantik sekali.. memang pun! korang mesti rasa begitu kan.. kalau tak, takkanlah terciptanya mascara kan..tujuannya hanya satu iaitu supaya nampak cantik.  Bagaimana? Mascara dapat memanjang dan melebatkan bulu mata, sekaligus kegorgeousan mata kamu itu kan...

Aku memang suka pakai mascara... kebetulan bulu mata aku memang panjang, so agak senanglah nak sapu mascara kat bulu mataku ini... memang konpomlah kengkawan aku jeles ngan bulu mata aku ni... alhamdulillah kurniaan allah kan...
hehehehehe...

aku paling suka pakai mascara Loreal..kenapa? kerana diriku begitu berharga.. aaawwww......hahahaha.... buat iklanlah pulak... aku dah try bermacam-macam jenis mascara, dan yang paling aku suka ialah Loreal.. sebab this mascara make my eyeslashes look gorgeous sangat... korang boleh tengok gambar-gambar aku pakai mascara ini... jangan tengok gambar aku pakai bulu mata palsu tu yer... petua aku pakai mascara ialah aku pakai yang water proof.  Bagi korang yang matanya suka berair macam aku, eloklah pakai yang water proof camni.. korang boleh guna jenama peberet koranglah.... yang sesuai... bukan semua produk sesuai untuk kita kan... terpulanglah.... tp, aku suker sesangat jenama ni..mahal pun takpe,berbaloi-baloi............

Sebenarnya maskara ini telah ber abad lamanya … Namun begitu bahan-bahan yang digunakan yg membezakannya dari masa ke semasa…Tahukah anda bahawa maskaradiperbuat daripada Jelaga, tembaga,

timah hitam dan badam bakar pada era 3400-30 di greece. Bahan tersebut di sapu pada bulu mata menggunakan batang berupa tulang, kayu gading atau kaca. Ada juga yang menggunkan tahi buaya, madu atau air bawang sebagai bahan penghitam mata.

Zaman telah berubah munculnya pereka maskara yang pertama iaitu Eugene Rimmel diabad ke-19. Rimmel bermaksud maskara. Namun begitu perkataan maskara diambil dari bahasa Itali maschera yang bermaksud mask atau topeng.

Bagi yang tak biasa pakai mascara tapi teringin nak pakai, bolehler cuba yer... kalau bulu mata anda pendek, takpe... jangan putus asa..sebenarnya bukan masalah besar pun, mybe masalah kecil kot.. hehehhe...boleh, korang cuba je... slow-slow...lama-lama mesti dapat menyapu setiap helaian bulu mata korang tu....

Ada jenis yang berminyak tetapi susah betul nak cuci.... kena pakai remover lak.. aku menyampah buat kerja macam ni, leceh, melambatkan masa dan memedihkan mata aku lak.. Baik aku guna Loreal, dahlah bila pakai tu nampak cantik gitu, pastu senang lak nak cuci, hanya guna air..... walaupun water proof kan...........

oklah, hari ni aku membebel pasal mascara sebab tadi ada rakan aku dok belek bulu mata aku hari ni sebab kejelesan yang tiba-tiba meluap-luap tatkala melihat kegorgeousan mata aku...huhuhuhuhuhu......

ok, cubalah korang erk.....jangan takut-takut pada yang penakut......" ini tidak adil.........tidak adil............" eheks..... yuna ke..? erk.........



Wednesday 1 February 2012

adoi......sakit kepala........

Salam........adoi........ sakitnya kepala ni...  tak baik lagi ke? malam tadi pun sakit sesangat, tak tahan betul sampai telan 2 biji panadol...alhamdulillah baik dah... tapi, alamak sekarang kembali sakit pulak, kenapa...? stress ke? atau apa? aku pun google lah pasal apa aku ni sakit kepala.. info yang aku dapat pasal sakit kepala ni adalah seperti berikut :


Jenis-jenis Sakit Kepala
1. Sakit Kepala Yang Tegang

Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.

2. Migrain
Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.

* Migran klasik - Sakit kepala dengan kehilangan    

                          selera makan, mual dan muntah,   
                          yang didahului oleh "aura" - kesan 
                          visual seperti pancaran petir, 
                          perasaan mencucuk dan perubahan 
                          fikiran.
* Migran biasa - lebih kurang sama kecuali tiada 

                         kehadiran. 


Bentuk migran lain yang lebih jarang

Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.

3. Sakit Kepala Berkelompok

Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.

4. Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang 
    Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah

Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.

5. Peningkatan Tekanan Pada Otak

Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.

6. Keradangan Pada Selaput Otak

Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.

7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian 
    Kepala

Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.

8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga 
    Tulang (Sinus)

Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.

9. Penyakit Telinga

Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.

10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit

Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.

11. Punca Toksik Dan Metabolik

Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Faktor-faktor Pencetus
v Stres
v Corak tidur yang berubah
v Alkohol
v Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
v Cahaya yang terang
v Kelaparan
v Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
v Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat 
   dalam sosej
v Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
v Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmai 
   anda
v Perubahan hormon, misalannya semasa haid, 
   pengambilan pil perancang keluarga
v Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang 
   berisi asap

so, aku ni sakit kepala pasal apa erk.... GRRRRR....STRESS......KERJA BANYAK... HELP ME! HELP ME!