CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Assalamualaikum wbt


Monday 3 September 2012

Masalah membaca di kalangan murid-murid

Masalah membaca dikalangan kanak kanak. Terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Punca anak-anak jadi begitu kerana :
a. Ini mungkin kerana kurang tumpuan atau memberi perhatian dalam bacaan
b. Tidak aktif membaca atau jarang jarang membaca
c. Tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya
Apa Latihan -latihan tertentu perlu diberikan kepada anak begini.
Motivasi dan galakan ibubapa
Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar membaca dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan galakan pada anak baca buku. Ibubapa mesti displinkan anak dalam membaca atau belajar.
Tanamkan minat membaca
Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri anak-anak kita. Bagaimana nak tanam minat membaca. Mulakan dengan buku bergambar dahulu dan boleh juga guna kad bergambar. Cerita kat anak apa nama gambar itu biar anak minat dan ingin tahu. Katakan pada anak, jika kamu boleh baca kamu akan tahu lebih banyak lagi. Ini akan membina minat anak membaca.
Jangan Paksa Anak Tapi guna Pendekatan Mesra Berhikmah
Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis. Mulakan aktiviti ini dalam 10 minit hingga 30 minit sehari. Ini Masa kualiti yang perlu ibubapa lakukan.
Masalah Baca Tapi Tak Faham
Latih kepada anak, supaya bertanya dalam diri sendiri, “apa yang aku baca tadi”, “apa yang disampaikan penulis itu”, “buku tadi cerita apa ha”, “bab tadi mengenai apa”, dan sebagainya. Anak perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis.
Pesan pada anak kalau tak faham suatu perkataan, Tanya abah atau ibu. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan ibubapa atau gurunya.
Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya
Jangan marah bila anak salah baca, tapi ajar anak ilmu membaca.

sumber :http://cpintrass.com

0 comments:

Post a Comment